Tiru Penulis Ini: Ahmad Fadzli Yusof
Ahmad Fadzli Yusof mula menerbitkan bukunya dengan PTS sewaktu masih belajar dalam tahun akhir di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Pada masa ini beliau sedang menggulati tesis PhDnya.Beliau adalah penulis buku-buku panduan kejayaan di sekolah dan di tempat kerja yang paling banyak judul dengan PTS. Set buku-buku motivasi sukses di sekolah yang beliau tulis menjadikan beliau nama basahan di kalangan guru-guru sekolah seluruh negara.
Sehingga hari ini beliau sudah mempunyai 20 judul dengan PTS, dan masih ada judul-judul barunya yang akan diterbitkan. Sebuah judul beliau sudah diterbitkan di Indonesia oleh MIZAN.
Beliau adalah penulis PTS yang paling kuat bekerja dan mengambil daya usaha sendiri mempromosikan buku-bukunya. Beliau juga amat mudah memberikan kerjasamanya kepada pegawai-pegawai PTS bagi menjayakan semua program promosi pengarang PTS dengan MPH dan POPULAR.
Kita meramalkan, inilah dia wajah tokoh 'National Motivator' bagi negara kita pada masa depan, mengambil alih status itu daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah apabila beliau bersara.
Baca blog rasmi beliau di sini.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








Sumber Berita Cerita Inspirasi Motivasi Dunia Terbaru - beritama.com