Friday, December 04, 2009

Testimoni Kesan Positif Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi

Cikpuan Azzah Abdul Rahman (foto) adalah Rakan-FB saya dan juga peserta bengkel Bahasa Melayu Tinggi yang saya jalankan. Beliau menulis nota di bawah ini dalam FB beliau:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ini DAMS (nama syarikat beliau - Ainon) mendapat email komplen daripada seorang pelanggan (jabatan kerajaan) yang masih tidak mendapat resit pembelian buku sejak pembelian pada dua bulan yang lalu. Email itu menggambarkan rasa geram pelanggan terhadap kami kerana tidak berjaya menghubungi kami melalui telefon.

Saya membalas email berkenaan, memohon maaf atas kesilapan yang telah kami lakukan. Email itu saya tulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sepenuhnya.

Dengan tidak disangka, pelanggan berkenaan membalas kembali:

"Terima kasih kerana sudi membalas email saya.Semoga berurusan lagi untuk masa yang akan datang.Terima kasih sekali lagi."

Terima kasih, Puan Ainon Mohd, kerana menurunkan ilmu ini kepada kami.

Seorang Rakan-FB bernama Waida Kmy (foto) menulis komen di bawah ini:

Saya juga berpengalaman yang sama. Berurusan dengan seorang pelanggan untuk GrafikMaya dengan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Sangat mudah berurusan dengan pelanggan ini. Dan, akhirnya beliau menunaikan haji baru-baru ini. Beliau bertanya pula doa apa yang mahu saya kirimkan. Bagus sekali efeknya.

Dibalas pula oleh Azzah Abdul Rahman:

Hebat, bukan? Saya ulang-ulang baca email balasan itu, ringkas tetapi bermakna. Selalunya, pihak saya sebagai pembekal yang akan ucapkan "Semoga berurusan lagi untuk masa yang akan datang." Ini pelanggan pula yang mengucapkan kepada pembekal yang sudah buat silap. Sungguh menarik!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages