Wednesday, March 10, 2010

Surat: PTS Diperhatikan

Salam,

Saya ternampak status seorang teman facebook. Tertarik dengan status yang memaparkan nama PTS.

Setelah digali apa ceritanya, rupanya beliau baru sahaja menolak satu projek besar kerana baginya projek itu 'tidak syariah compliant'. (Projek dari Pak Arab - boleh bayangkanlah berapa besar.)

Beliau pernah bertugas di sebuah advertising firm yang mempunyai potensi untuk sama kuat seperti Leo Burnett dan pernah menang Kancil Award. Namun beliau tinggalkan kerjaya bergaji mencecah 10K itu setelah syarikat tersebut membawa 'client' minuman keras.

Kini dia hidup kesempitan dengan kerja sebagai copywriter yang bergaji rendah berbanding rakan lain yang berada di firm besar bergaji besar dan melancong ke Eropah setahun lapan kali, beliau masih tetap kukuh percaya dengan konsep syariah compliant. Dan kejayaan PTS sentiasa diperhatikannya sebagai pedoman prinsip hidupnya.

Sekadar berkongsi pengalaman. Terima kasih.

NAZRI BIN MOHD ANNUAR

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages