Artikel
    <dc:language>en</dc:language>
Tip Survival Penerbit: Strategi Menembusi Sektor Kelas Menengah
      <description>Dulu-dulu, penerbit buku Melayu sukar membuat keuntungan kerana hanya anak orang tidak berduit membaca buku-buku Melayu. Faktor sosiologi ini menyebabkan buku Melayu tidak dapat dijual dengan harga mahal.
Oleh hal yang demikian buku-buku Melayu terpaksa diterbitkan dalam bentuk nipis, supaya harganya mampu dibeli oleh pembeli yang tidak berduit. Begitu juga ilustrasi yang digunakan terpaksa menggunakan ilustrasi yang berkualiti rendah, kerana itu yang murah.
Trend sudah berubah. Sekarang anak-anak kelas menengah Melayu dengan bangganya mempamerkan kepada dunia penulis Melayu pujaan mereka. (Foto menunjukkan salah seorang peminat novel-novel AinMaisarah.)
Perubahan trend pasaran ini berlaku apabila penerbit buku mengubah konten dan pakejing buku-buku Melayu, sesuai dengan citarasa orang berduit.
Namun buku-buku yang ditargetkan kepada remaja kelas menengah hanya laku keras di bandar-bandar utama dan dijual di dalam rangkaian kedai buku elit kerana di situlah golongan ini pergi membeli buku.
Buku-buku itu tidak dapat dijual melalui kedai-kedai buku indie meskipun kandungannya mematuhi syariah, sedangkan jumlah kedai-kedai indie adalah lebih banyak daripada rangkaian kedai buku elit.
Nota: Foto hiasan menunjukkan salah seorang peminat novel-novel AinMaisarah. Beliau adalah sampel remaja yang kini membaca novel popular dalam Bahasa Melayu.</description>
Pesaing Novel Ramaja adalah Top-up
      <description>Pesaing utama penulis novel remaja bukanlah penulis lain, tetapi telco. Ini kerana pada hari ini setiap orang remaja sudah memilki handphone prepaid, oleh itu keperluan utama remaja hari ini adalah membeli top-up.
Dalam situasi sekarang, hanya remaja yang benar-benar suka membaca sahaja yang sanggup menyimpan wang bagi membeli buku. Jumlah kelompok ini sangat kecil berbanding dengan jumlah remaja yang sebenar. Mereka inilah yang diklasifikasi sebagai pembaca tegar.
Pasaran pembaca tegar inilah yang menjadi kek yang dikongsi oleh para penerbit novel remaja. Pembaca tegar akan membeli dan membaca apa-apa sahaja bahan bahan bacaan yang menarik minat mereka. Mereka tidak taksub kepada mana-mana nama penulis.
Daripada kelompok pembaca tegar itu, penulis cuba menjadikan mereka peminat tegarnya. Peminat tegar akan membeli semua buku pengarang yang diminatinya. Jadi, survival penerbit dan penulis novel remaja bergantung kepada peminat tegar masing-masing.
Jumlah pembaca tegar tidak meningkat kerana remaja akan cepat membesar dan masuk ke alam dewasa. Tempat mereka diisi oleh kanak-kanak yang membesar menjadi remaja.
Menurut Tn. Syaizul Amal, Pengurus AinMaisarah, jumlah peminat tegar AinMaisarah adalah sekitar 20 ribu. Mereka inilah yang membeli dan membaca AinMaisarah.
Jumlah 20 ribu itu lebih kurang serupa dengan jumlah peminat Datuk Siti Nurhaliza. Peminat Datuk Siti mungkin berjuta banyaknya tetapi mereka cuma suka mendengar lagu secara percuma. Hanya peminat tegarnya sahaja yang akan membeli CD beliau.
Kedai Menentukan di Mana Buku Kita Dipamerkan
      <description>Kedai buku dimiliki oleh pemilik kedai buku, bukan oleh penerbit. Oleh itu pemilik kedai buku yang menentukan di rak mana buku-buku kita akan disusun.
Tiap-tiap kedai mempunyai sistem masing-masing. Sebagai contoh, ada kedai buku yang memberikan rak khusus kepada buku-buku sesuatu penerbit. Ini lazimnya dilakukan untuk penerbit yang mempunyai banyak judul dan peminat buku-buku penerbit itu sudah banyak.
Apabila ini berlaku, ia ada kesan positif dan negatifnya. Dari satu sudut, peminat penerbit itu mudah menjumpai buku yang dicari. Dari satu sudut lain, peminat kategori khusus pula yang tidak menjumpai buku yang dicari.
Ini berlaku kepada siri Komik-M terbitan PTS. Di sesetengah kedai, Komik-M dipamerkan di rak buku-buku PTS bersama-sama dengan sastera kanak-kanak dan remaja terbitan, bukan di rak komik. Akibatnya peminat komik tidak berjumpa dengan Komik-M kerana mereka akan menjuju rak komik apabila mencari komik.
Apabila ini berlaku, eksekutif jualan yang men-servis kedai buku dapat memberikan cadangan kepada petugas kedai di mana sebaiknya buku diletakkan supaya jualan buku itu naik.</description>
Tip Survival Penerbit: Strategi Mengawal Kualiti Buku
      <description>Pada masa ini semakin banyak penerbit mencontohi prosedur yang digunakan di PTS bagi mengawal kualiti buku-buku yang diterbitkan, di mana penulis dikehendaki menghantar proposal dahulu kepada editor.
Kemudian proposal itu dinilai sama ada diterima ataupun ditolak. Apabila proposal diluluskan barulah penulis memulakan proses menghasilkan manuskripnya.
Strategi menilai proposal dan meluluskan proposal belum cukup bagi tujuan mengawal kualiti buku yang terbitkan. Ini kerana idea dalam proposal itu mungkin bagus, tetapi manuskrip yang dihasilkan oleh penulis belum tentu cukup bagus.
Sebagai contoh, tema dan plot cerita dalam proposalnya bagus, tetapi apabila manuskripnya dihasilkan, mutu manuskrip itu mempunyai banyak kelemahan, seperti bahasa yang digunakan tidak cukup indah, ada bahagian yang tidak mematuhi syariah, masih banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa, lukisan watak tidak cukup kuat, mesejnya kabur, dan lain-lain faktor.
Dalam kes seperti ini manuskrip yang bermutu rendah wajib dipulangkan kembali kepada pengarang supaya diperbaiki ataupun ditolak sahaja kerana tidak memenuhi kriteria kauliti.
Editor dan penulis perlu memahami 2 perkara yang berlainan:
1. Idea
Apabila proposal diluluskan, yang dinilai adalah kertas cadangan 'idea' yang hendak dituliskan dalam manuskripnya nanti. Jawatankuasa penerbitan tidak meluluskan manuskrip.
2. Manuskrip
Manuskrip dinilai menggunakan kriteria-kriteria yang berbeza. Kriteria itu adalah bagi menjamin kualiti buku yang diterbitkan adalah tinggi dan laku dalam pasaran.
Di sinilah perlunya jabatan editorial mempunyai 2 panduan yang berbeza bagi kegunaan semua editor:
1. Manual bagi menilai idea yang dikemukakan dalam proposal oleh penulis.
Manual ini penting kerana ia menjamin idea dalam buku yang akan ditulis itu nanti buku yang ada permintaan baginya dalam pasaran. Tanpa manual ini banyak proposal akan ditolak dalam mesyuarat jawatan kuasa penerbitan dan ini menjatuhkan semangat editor dan penulis.
2. Manual bagi menilai kualiti manuskrip yang diterima dari penulis.
Manual ini penting bagi menjamin buku yang diterbitkan itu laku kerana ia mencapai kualiti bahasa, mutu seni, teknik persembahan, pematuhan syariah dan lain-lain aspek teknikal pada sesebuah karya yang bermutu.
NOTA: Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ketua editor bagi menggubal dua manual itu.
Jawatan Kosong di Jabatan Marketing PTS
Sehubungan dengan itu, Jabatan HRDA sekarang mempelawa mana-mana individu yang berminat mengisi jawatan itu dengan menghantar resume terus ke Jabatan Sumber Manusia PTS (shazarina@pts.com.my) ataupun (aizat@pts.com.my)Maklumat lanjut jawatan yang dipohon, syarat-syarat, borang permohonan dan cara-cara memohon jawatan kosong yang diiklankan, klik: http://pts.com.my/index.php/karier/eksekutif-pemasaran-pengiklanan-promosi/</description>
Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu
      <description>Judul Baru1. Kasut Ballerina Putih 30002. Perakboy 30003. Si Duyung Comel (ed. kemas kini) 30004. Blues Amni Cik Propagadis 3000Judul Ulang Cetak1. Mendidik Anak Perempuan 10002. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab 65003. Surat Biru Dakwat Ungu 1500</description>
Taklimat Pembikinan Video Latihan
      <description>Tuan Muhammad Firdaus Ariff (foto), penerbit eksekutif PTS Production Sdn Bhd, akan mengadakan taklimat projek penerbitan siri video-video training.
Beliau menggalakkan penulis-penulis PTS yang mempunyai buku yang kontennya sesuai dijadikan skrip training hadir dalam sesi taklimat itu.
Taklimat akan diadakan pada 8 Februari, jam 10 pagi, di ibu pejabat PTS di Dolomite Business Park, Batu caves, Kuala Lumpur.
Hubungi Tn. Firdaus 0132002705
Ini contoh video training yang mahu diterbitkan itu. KLIK Di SINI</description>
PTS Menubuhkan Jabatan Pemerdagangan Harta Intelek
Fungsi utama jabatan ini adalah:
1. Menjadikan aktiviti pengurusan harta intelek karya penulis-penulis PTS sebagai sumber perolehan dan keuntungan tambahan bagi penulis dan syarikat.
2. Memasarkan pelesenan harta intelek penulis PTS kepada pihak ketiga di dalam dan luar negara.
3. Menguruskan pelesenan harta intelek dari luar untuk anak-anak syarikat PTS.
Pengurus jabatan ini adalah Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto). Beliau sebelum ini pernah memikul tanggungjawab menguruskan dan memulakan bisnes PTS One Sdn Bhd, dan menerokai laut biru pasaran sastera kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Melayu. Kemudian beliau memikul tanggungjawab memulakan operasi Jabatan Pemasaran PTS.</description>
Buku-Buku Agama PTS Ditulis Supaya Imej dan Gaya Bahasanya Mesra kepada Bukan-Islam
      <description>Foto menunjukkan salah seorang pembeli dan pembaca buku-buku PTS. Beliau bukan penganut agama Islam.
Menerbitkan buku-buku agama Islam khusus supaya dapat dibaca oleh target bukan-Islam adalah kerja yang lebih sukar dibandingkan dengan menerbitkan buku agama untuk target Islam.
1. Kedai-kedai buku agama tradisional lebih suka menjual buku-buku agama tradisional juga. Buku-buku itu ditargetkan kepada orang Islam sahaja.
2. Pelanggan kedai-kedai buku indie itu seratus peratus orang Islam. Mereka mahukan buku-buku agama yang menggunakan imej tradisional, dan yang gaya bahasanya juga tradisional, yakni bahasa yang banyak menggunakan kata pinjaman Arab, bukan kata pinjaman Inggeris.
3. Pasaran orang bukan-Islam adalah tersangat kecil. Mereka tinggal di bandar-bandar utama dan membeli buku di kedai-kedai elit. Jualan buku-buku agama melalui kedai buku indie adalah lebih banyak dibandingkan dengan kedai buku elit.
Pasaran buku agama tradisional adalah besar, justeru dari sudut bisnes,  menerbitkan buku tradisional adalah lebih menguntungkan. Jika begitu halnya, mengapakah PTS menerbitkan buku-buku agama yang mesra kepada bukan-Islam? Jawabnya, PTS berjuang menyampaikan Islam kepada bukan-Islam.</description>
Lelong Buku: Keperluan dan Risikonya
      <description>Foto menunjukkan keadaan yang dapat dilihat setiap hari di hadapan pintu masuk gudang PTS. Ada buku-buku yang baru sampai dari kilang cetak. Ada buku-buku return dari kedai kerana tidak laku dijual.
Dalam bisnes, ruang adalah wang. Sekarang ini sewa 1 unit kilang  berderet sudah naik kepada RM8k sebulan. Itulah kos menyimpan buku-buku  return PTS. Ia menjadi beban kewangan kepada penerbit.
Dari sudut bisnes, mengadakan majlis lelong buku adalah lebih baik daripada menjual buku-buku itu kepada lori kitar semula. Melelong buku dapat mengurangkan kerugian. Risikonya adalah reaksi negatif dari pihak penulis yang bukunya dilelong dengan harga terlalu rendah.</description>