PTS akan Meneroka Pasaran Cina dengan Menggunakan Akhbar Cina Paling Besar
Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto), pengurus jabatan marketing PTS, memberitahu beliau sudah semacam membuat keputusan akhir berkenaan media Cina mana yang akan beliau pilih dan gunakan bagi membolehkan buku-buku PTS menembusi pasaran Cina dengan lebih agresif dan efektif.
Menurut beliau, media Cina itu mestilah:
(i) Dibeli oleh sekolah-sekolah Cina,
(ii) Media itu diedarkan di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak,
(iii) Media itu mempunyai majalah pendidikannya sendiri yang dibaca dan digunakan di dalam bilik darjah sekolah-sekolah Cina.
Beliau berkata lagi, "PTS akan membeli ruang iklan dalam media utama dan juga dalam majalah pendidikannya. Tujuan PTS membeli ruang iklan dalam media utamanya adalah bagi mempromosi brand PTS di kalangan ibu bapa Cina."
Bajet promosi khusus bagi tujuan itu adalah RM100 ribu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








Tahniah saya ucapkan kepada PTS kerana terus berjuang menyampaikan/berdakwah kepada bukan islam tentang keindahan islam. Penggunaan bahasa mudah ini telah membuatkan saya berminat untuk membaca buku-buku agama yang diterbitkan oleh PTS. Pada pandangan saya, penggunaan bahasa mudah akan memudahkan orang islam dan bukan islam memahami islam dalam bentuk yang sebenarnya. Teruskan berjuang memandaikan bangsa melalui agama.