Saturday, March 13, 2010

Nuriazam Ismail: Pekomik-cum-Novelis Remaja Paling Berjaya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bertahun-tahun Tuan Nuriazam Ismail hidup menanggung saraan anak-anak kecil dan isteri beliau dengan mengambil upah sebagai pelukis sepenuh masa bagi ilustrasi buku-buku kanak-kanak yang kebanyakannya diterbitkan oleh penerbit-penerbit Cina bagi pasaran sekolah.

Sebagai ilustrator, beliau dibayar tunai sebaik-baik menyerahkan kerja-kerjanya.

Orangnya sangat pemalu, tidak suka bercakap, hanya senyum, amat mudah diajak berunding, manakala perkhidmatan dan mutu kerjanya dapat diharapkan. Beliau sanggup menyiapkan kerja-kerja melukis dalam keadaan editor memerlukannya dengan segera.

Disebabkan disiplin kerjanya yang begitu tinggi, editor-editor PTS One sangat bergantung kepada beliau apabila ada kerja-kerja mendadak.

Selama hidup sebagai ilustrator buku kanak-kanak, beliau tidak pernah tahu beliau mempunyai bakat menulis cerita.

Nuriazam Ismail bersahabat baik dengan novelis remaja PTS, Allahyarham Ahmad Zafran Abd. Mutalib (meninggal dunia pada usia 32 tahun akibat lemah jantung). Ahmad Zafranlah yang menarik-narik beliau supaya datang ke kursus penulisan teknik surah Yusuf yang saya kendalikan untuk bakal-bakal penulis PTS. Cerita selanjutnya sudah menjadi sejarah.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages