Thursday, September 02, 2010

Siri Buku Berilustrasi PTS: Mahal Namun Sangat Laku

Siri buku berilutrasi terbitan PTS One Sdn. Bhd. sedang sangat laku dalam pasaran saat ini.

Foto di kanan menunjukkan himpunan buku-buku itu yang dipesan semula (repeat order) oleh sebuah cawangan kedai buku POPULAR di Pulau Pinang yang sedang menunggu penghantaran.

Siri ini dijual pada harga purata RM25 ringgit senaskhah meskipun ia ditargetkan kepada pembaca kanak-kanak antara 8 - 12 tahun. 

Ia dicetak menggunakan kertas mahal dengan 100% 4-warna.

Buku kanak-kanak dibeli oleh kanak-kanak tetapi harganya dibayar oleh ibu bapa mereka.

Buku dalam kategori ini dibeli oleh anak-anak dari golongan kelas menengah dengan 2 pendapatan (double income), di mana kedua-dua suami isterinya bekerja. Golongan ini mempunyai daya beli yang tinggi. Mereka juga mempunyai nilai pendidikan yang tinggi untuk anak-anak mereka. Mereka berada di bandar-bandar utama.

Sambutan yang baik itu membuktikan ibu bapa sanggup membeli buku cerita yang cantik dan mahal untuk anak-anak mereka. 

Tidak semua cerita digemari oleh anak-anak kelas menengah, oleh itu penulis perlu membuat kajian cerita-cerita yang bagaimana yang diminati oleh mereka.

Demikian juga, tidak semua lukisan berwarna yang mereka gemari. Penerbit perlu mendapatkan pelukis yang mempunyai sentuhan yang sesuai dengan citarasa anak-anak itu.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages