Konsep “KOMIK MALAYSIA”
1. Komik Malaysia adalah syariah-compliant. Inilah perbezaan yang paling utama.
Dalam Komik Malaysia, tidak ada unsur-unsur yang tidak dibenarkan, umpamanya tiada lukisan watak-watak perempuan yang menonjolkan ciri-ciri objek seksual.
2. Komik Malaysia tidak mem-promote nilai-nilai negatif, seperti pergaulan bebas, keganasan, jenayah ataupun anti-Tuhan, malah sebaliknya, yakni Komik Malaysia menolak itu semua.
3. Komik Malaysia mem-promote nilai-nilai "akhlak dan adab tinggi".
4. Komik Malaysia menyematkan nilai-nilai positif, seperti bercita-cita tinggi, sedia berkorban membela yang benar, memburu kejayaan, mencintai nilai-nilai kepahlawanan dan keberanian.
Dalam Komik Malaysia, semua nilai-nilai itu diselaraskan dengan prinsip-prinsip Islam, yakni matlamat yang betul hendaklah dicapai menggunakan cara-cara yang betul.
5. Komik Malaysia menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
6. Cerita dan stroke lukisan dalam Komik Malaysia adalah evergreen, yakni dapat bertahan lama dalam pasaran, dan dapat diulangcetak setiap tahun, selama bertahun-tahun.
Adalah menjadi prinsip perniagaan PTS bahawa karyawan komik yang bernaung di bawah PTS diberikan layanan yang serupa dengan penulis, yakni mereka kekal memiliki harta intelek mereka.
Editor pengurusan Komik Malaysia adalah Tuan Wan Zuhairi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tulis emel kepada beliau di .(JavaScript must be enabled to view this email address)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Waduh, gantengnya cover ini! B-)
wah.. presiden pekomik sudah keluar komik
Ketika zaman remaja dahulu, saya meminati komik. Tetapi apabila sudah dewasa minat membaca saya lain pula. Namun begitu, demi menyokong PTS, saya akan dapatkan komik ini, insyaAllah.
Tahniah! Saya sudah baca sinopsis dan lihat sekali lalu. Cerita dan konsep yang pasti buat pembaca ingat sampai bila-bila. “wow!” itu yang pertama saya katakan.
Pheewiittt!
Gabungan watak-watak ‘putih dan hitam’ dalam dongeng-dongeng dan hikayat-hikayat Melayu! Bersedialah Liga Budiman-budiman Luar Biasa Alan Moore, Liga Keadilan DC, Pembela Perkasa Marvel dan Kucing Liar Wildstorm! Hehehe…
Tahniah Azhar dan semua yang terlibat!
Adus…
Terkejut saya..Pn. Ainon sudah start promote komik saya.
Terima kasih atas kepercayaan PTS untuk menerbitkan komik saya. Terima kasih juga atas sokongan anda semua.
Harap dengan kehadiran Siri Komik Malaysia, dapat menyemarakkan industri Komik Malaysia.
“Belum cuba, Belum tahu!”
Amin.
Tahniah Waibi Azhar.
minta otograf ya nanti
cam ne nak hantar komik
apa lay out yang perlu (basic layout)
saya orang baru tapi berminak nak buat komik
Post a comment