Ahmad Patria Abdullah
Nota: Cuba teka, dalam foto di atas, yang mana satu Tn. Ahmad Patria Abdullah. Foto disalin dari blog Tn. Firdaus Ariff.
Semasa Tn. Firdaus Ariff di sekolah, beliau membaca karya sai-fai Nisah Haron. Semasa Pn. Nisah Haron di sekolah, beliau membaca karya sai-fai Ahmad Patria Abdullah.
Ahmad Patria Abdullah adalah nama paling besar dan paling berpengaruh dalam dunia novel sai-fai dan fantasi Melayu.
Sewaktu bercakap dalam Konvensyen Sai-Fai Melayu di PWTC sempena Pesta Buku 2009, beliau menyatakan bahawa novel-novel sai-fai dalam bahasa Inggeris semuanya menolak kewujudan Tuhan disebabkan pengarang-pengarangnya adalah mereka yang menolak kewujudan Tuhan.
Beliau juga menyebut tentang peri pentingnya pengarang sai-fai Melayu bersikap kreatif dalam bahasa. Lalu beliau memberi contoh, ada masanya pengarang perlu mencipta istilah sendiri, umpamanya istilah Inggeris yang singkat dan tepat, tetapi apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi panjang. Contohnya, istilah 'star destroyer' yang mungkin diterjemahkan menjadi 'kapal pemusnah bintang'. Dalam kes seperti itulah pengarang sai-fai Melayu jangan menterjemahkan istilah Inggeris itu, sebaliknya mencipta istilah Melayu sendiri.
Ahmad Patria Abdullah adalah anak lelaki kepada Sasterawan Negara Datuk Abdullah Husain. Beliau adalah seorang ahli farmasi, dan mempunyai 8 orang anak.
Karya beliau yang menjadikan namanya besar adalah Saga Artakusiad, terbitan DBP. Beliau kini sedang menyemak semua karyanya itu kerana DBP sudah bersetuju mencetak semula siri itu kerana masih terdapat permintaan daripada pasaran.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment