Monday, September 22, 2008

UIAM Setakat Mengumpulkan Terjemahan al-Quran

Berita bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai projek mahu mengumpulkan sampai sebanyak 100 terjemahan al-Quran dalam pelbagai bahasa dapat dibaca di sini.

Fungsi yang lebih penting dimainkan oleh sebuah universiti Islam adalah menghasilkan terjemahan, kerana menurut ulamak Manna Khalil al-Qattan (yang kitabnya digunakan sebagai teks di UIAM), aktiviti menterjemahkan al-Quran adalah wajib hukumnya, (bukan mengumpulkan terjemahan-terjemahan al-Quran).

Dalam konteks Malaysia, al-Quran masih belum diterjemahkan ke dalam banyak bahasa-bahasa tempatan, seperti Iban dan Kadazan, sedangkan kitab Bible sudah lebih 25 tahun dapat dibaca dalam kedua-dua bahasa itu. 

Nota: PTS akan mewakafkan RM30 ribu bagi memulakan projek menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Iban dan Kadazan. Kita sedang mencari individu Iban dan Kadazan yang beragama Islam. Jika tuan-tuan dan puan-puan mengenali individu seperti itu, mohon hubungi saya melalui emel klik di sini ataupun HP 016 661 1439.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Pentingnya Kawalan Kualiti Cerita Previous entry: Laut Biru Sektor Buku Terjemahan
coachsha  on  09/22  at  08:00 AM

Wakaf 30 ribu!! MashaAllah!!  Takbir!!!!!

Nadai nemu jakoh Iban tapi saya sokong usaha murni ini. 

Sesungguhnya mahir pelbagai bahasa dan dialek memang satu aset.  (Malah kalau pandai bersembang dalam pelbagai loghat tempatan - Kedah, Kelantan, Perak, T’ganu dsb dengan fasih dan lancar sudah cukup hebat.)

Dalam berdakwah, tentu sekali lebih hebat bila kita mempunyai para da’i yang mampu menguasai bahasa Iban, Dusun, Kadazan, Kantonis, Tamil dan banyak lagi.  Boleh cair hati pendengar melihat kesanggupan ‘orang luar’ mempelajari dan berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka.

Semoga rahmat dan hidayah Allah dilimpahruahkan kepada mereka yang terlibat dalam projek ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/22  at  09:28 AM

Dari emel yang saya terima:

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga puan walafiat dan beroleh rahmat sepanjang Ramadan. Amin.

Saya berminat turut serta dalam tim penterjemah ke bahasa Iban. Saya tahulah sedikit sebanyak bahasa Iban. Tapi tak ‘master’. Terima kasih.

SYAHRUL NIZAM JUNAINI
Senior Lecturer
Faculty of Computer Science & Information Technology
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Zamri Mohamad  on  09/22  at  12:08 PM

Assalam alaikum Puan,

Insya Allah akan saya panjangkan teguran ini kepada tim-tim tertentu dalam organisasi tersebut. Terima Kasih atas teguran itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/22  at  04:43 PM

Salam.

Setuju agar lebih banyak terjemahan dalam bahasa tempatan dapat diusahakan.

Untuk makluman, Yayasan Restu baru sahaja melancarkan Al-Qur’an Mushaf Malaysia dengan Terjemahan Bahasa Inggeris.

Maklumat lanjut: http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20080918233711/Article/index_html

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/23  at  05:14 AM

Surat ini masuk melalui emel saya:

Assalamu’alaikum warahmatullah. Puan, Saya doakan semoga Puan berada dalam kesejahteraan dan limpahan rezeki yang berkah dari Allah Ta’ala. Berhubung dengan entri Puan sepertimana dalam perkara di atas, saya ingin maklumkan pada Puan bahawa saya ada seorang sahabat dari suku kaum Kadazan.  Namanya Puan Nur Hidayah Abdullah, seorang pensyarah di UIA dalam bidang psikologi.  Kalau tidak silap saya, beliau memeluk Islam semasa belajar di ITM (sebelum melanjutkan pelajaran di UIA). Nombor telefon beliau adalah : 012-3858387. Sekian, terima kasih.

Wan Norjihan binti Wan Abdullah

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/23  at  08:42 AM

Tuan Zam,

Saya fikir amat secocok apabila PTS dan Yayasan Restu berganding bahu mengusahakan terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Iban dan Kadazan.

Adakah tuan kenal baik dengan orang kuat Yayasan Restu? Saya dan Prof. Abdullah Hassan mahu berjumpa dan berbincang dengan Yayasan Restu berkenaan kerjasama itu.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  09/24  at  04:53 AM

Puan Ainon,

Saya tahu seseorang yang boleh bantu Puan dan Prof bertemu dengan pemilik Yayasan Restu.  Saya sendiri telah beberapa kali ke sana.  Kalau puan berminat akan saya panjangkan kepadanya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/25  at  11:53 AM

Puan Ainon,

Boleh berhubung terus dengan Datuk Abdul Latiff Mirasa - Pengerusi Yayasan Restu atau En. Ahmad Ikram Hussain bin Abdul Mutalib - Ketua Pegawai Eksekutif di talian 03-55119001/9002/9003. Saya sendiri adalah kakitangan di Yayasan Restu.

Maklumat lanjut: http://www.restu-art.com

SifuPTS  on  09/25  at  06:59 PM

Surat ini masuk melalui emel saya:

Salam,
Pn Ainon, saya kenal seorang hamba Allah, Iban, sudah masuk Islam, seorang peguam dan masa ini kerja di Jabatan Agama Islam Sarawak, Tuan Haji Norhaza Redhuan Abdullah @ Edwin anak Arah. Beliau telah buat terjemahan 1 juz (juz 30) ke dalam bahasa Iban. Boleh hubungi beliau di hp: 013-8095037.
Sekian, semoga amalan kita diterima Allah sw.t., amin..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: