Tugas Siapa Mempromosi Buku

Siapakah yang menjalankan tanggungjawab mempromosi buku?
1. Penulis buku itu sendiri.
Ya, penulis perlu bekerja kuat mempromosi bukunya sendiri. Statistik jualan di PTS menunjukkan buku-buku karya penulis yang kuat bekerja mempromosi bukunya memang laku lebih banyak dibandingkan dengan buku penulis yang pasif.
2. Penerbit yang menerbitkan buku itu.
Dari sudut teori pemasaran, penerbit adalah pihak yang bertanggungjawab mempromosi buku-buku yang diterbitkannya. Itulah sebabnya penerbit mempunyai jabatan marketing dengan bajetnya sendiri bagi menjalankan tugas-tugas promosi.
Namun, realitinya penerbit besar menerbitkan beribu-ribu judul, maka adalah mustahil penerbit mampu mempromosi tiap-tiap judul. Jabatan marketing mempunyai strategi, kriteria dan prioritinya sendiri apabila memilih-milih judul mana yang mahu dipromosi.
Penerbit kecil pula tidak mempunyai bajet yang khusus dialokasikan kepada kos promosi.
3. Pengedar yang mengedarkan buku.
Dari susut teori pemasaran, pengedar juga bertanggungjawab mempromosi buku-buku yang diedarkannya. Namun, seperti dalam kes penerbit besar, pengedar besar mengedarkan beribu-ribu judul, jadi dia tidak mampu mempromosi tiap-tiap judul.
4. Pekedai buku yang menjual buku itu.
Pekedai buku juga perlu menjalankan tanggungjawab mempromosi buku-buku yang dipamerkan dalam kedai buku. Tetapi disebabkan jumlah buku yang banyak, pekedai hanya mempromosi buku yang dia yakin dapat dijual dengan banyaknya.
Penulis tidak boleh duduk secara pasif sambil mengharapkan penerbit, pengedar dan kedai buku bagi mempromosi buku mereka.
Ikuti contoh penulis-penulis yang ngetop, dan lihat bagaimana kuatnya mereka bekerja bagi mempromosi buku mereka (dan buku-buku penulis lain juga).
NOTA: Pegawai marketing di syarikat rangkaian kedai-kedai buku elitis (seperti Kinokuniya, MPH dan POPULAR) tidak suka apabila penulis datang sendiri bagi tujuan hendak menjalankan aktiviti promosi di dalam kedai-kedai mereka. Disebabkan mereka mengamalkan budaya pengurusan cara korporat, mereka hanya mahu berurusan pada peringkat korporat sahaja (business-to-business), di mana mereka menyusun program promosi buku dengan pihak penerbit, bukan dengan penulis sebagai individu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam..
Saya sangat bersetuju ..
Penulis, penerbit dan pengedar yang berganding tenaga untuk mempromosikan buku akan lebih mendapat kejayaan..InsyaAllah..
Post a comment