Triller Perang Terbaru PTS
![]()
![]()
Sinopsis: Semuanya bermula tatkala sebuah pesawat pejuang milik tentera Singapura ditembak jatuh di Filipina. Pihak pejuang pemisah yang bermusuh dengan kerajaan Filipina telah dituduh bertanggungjawab. Setelah diselidiki, senjata yang digunakan untuk menjatuhkan pesawat Singapura itu dibangunkan oleh sebuah syarikat milik seorang rakyat Malaysia bernama Arman...
Apa kata tuan Rizal Rosli tentang triler ini:
Saya sudah baca kedua-dua episod: Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks. Kedua-duanya naskah yang sangat memberangsangkan. Sukar hendak berhenti apabila anda mulai membacanya. Sedar-sedar, kedua-duanya saya habiskan dalam masa 3 hari sahaja.
Penuh elemen suspen dan thriller. Terasa seperti benar-benar berlaku kerana bijak menyulam suasana politik Rantau Asia Tenggara dengan begitu baik di samping memaparkan imej Amerika Syarikat sebagai Polis Dunia. Jika benar-benar dihayati anda hampir sahaja membayangkan setiap rentak nadi cerita sebagai sebuah filem espionaj dan militer.
Saya juga terkesan keran Tuan Khairul, yakni penulisnya, bijak memaparkan aset-aset militer dengan baik. Satu bukti bahawa penulis melakukan kajian dengan mendalam.
Paparan watak yang bukan sahaja pelbagai rupa dan tingkahlaku, malah diversiti kaum yang ditonjolkan sangat-sangat menarik hati.
Usaha yang perlu dipuji yang kena dengan tema 1 Malaysia.
Syabas!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum..
saya yang tidak perasan @ buku ini belum sampai di MPH?
wah..mari kita berdoa agar ia dijadikan filem pula !
Saya tidak sedap hati dengan novel-novel ini kerana ia menggunakan nama-nama negara yang benar-benar wujud dan membabitkan peperangan pula…
Tapi, saya tidak pasti sejauh mana ketidaksedapan hati saya ini…
(p/s: tidak sedap hati, bukan tidak senang hati)
Maaf jika ia menyerlahkan pegangan nilai kepada dasar Amerika yang diwakili oleh Singapura dan Filipina manakala Encik Arman mewakili nilai dan daasar England.
Rumusannya kemerdekaan masih dipersepsikan oleh tuntutan kehendak dan kepentingan.
Bagaimanakah muslimin meninggalkan tauhid sebagai medan berpersepsi?
Siapakah yang menjadi perampas kepada kemerdekaan minda?
Eliet dan kekayaannya atau darah dan kebangsawanannya?
Lalu di mana wujud nilai per se bila kemerdekaan pada istilah bahasa berbeza dengan makna merdeka pada sudut ekonomi dan politik?
Buku malaysia yang mencabar Tom Clancy!
Post a comment