Khutbah Jumaat PTS: Menghasilkan Karya Evergreen
Bahasa Quran adalah bahasa yang sempurna. Ia bersifat evergreen, makanya selepas 1500 tahun, bahasa Quran masih difahami dan masih dinikmati keindahannya.
Maka layaklah ciri-ciri pada bahasa Quran itu ditiru oleh para penulis, supaya dengan itu karya mereka menjadi indah dan evergreen.
Cerita-cerita dalam Quran juga bersifat evergreen. Selepas 1500 tahun, cerita-cerita itu kekal bererti, segar dan indah.
Novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El- Sherazzi mempunyai 2 ciri utama karya yang bersifat evergreen, yang dapat membolehkan novel itu kekal berpuluh-puluh tahun dalam pasaran. Dua ciri itu adalah:
(i) Ceritanya evergreen.
(ii) Gaya bahasanya evergreen.
Dua unsur ini wajib hadir bersama-sama dalam sesebuah karya, barulah karya itu dapat bertahan lama dalam pasaran.
Kalau ceritanya sahaja yang mempunyai ciri-ciri evergreen, tetapi gaya bahasanya tidak evergreen, karya itu tidak akan kekal lama dalam pasaran. Begitu juga sebaliknya.
Novel adalah buku cerita. Sesebuah buku cerita tidak akan menjadi karya sastera apabila gaya bahasanya tidak indah.
Gaya bahasa yang indah itu ditandai oleh 3 ciri:
(i) Tatabahasanya betul.
(ii) Perbendaharaan katanya kaya.
(ii) Mengandungi fraseologi baru dan segar.
Gaya bahasa Ayat-ayat Cinta memiliki ciri-ciri bahasa Quran. Yang paling jelas adalah tidak terdapatnya ayat-ayat tergantung dalam novel itu, maka tidak hairan mengapa Ayat-ayat Cinta menghasilkan kesan emosi yang kuat ke atas sanubari pembacanya.
Ayat-ayat tergantung adalah ayat-ayat yang tidak lengkap unsur subjek-predikatnya. Dalam Quran tidak terdapat ayat-ayat tergantung.
Namun, dalam novel-novel Melayu popular kontemporari, ayat-ayat tergantung menjadi ciri yang menjadi unsur tiru-meniru antara sesama penulis. Malah, dalam novel-novel yang diterbitkan oleh DBP pun unsur ayat tergantung amat banyak, sedangkan berdasarkan nahu Quran, ayat tergantung adalah tatabahasa yang salah.
Gaya bahasa Ayat-ayat Cinta membolehkan novel itu kekal berada dalam pasaran, mula-mula sebagai novel modern, lalu menjadi novel modern classic, dan akhirnya menjadi novel classic.
Ayat-ayat Cinta akan berada dalam kelas novel-novel modern classic seperti Salah Asuhan, Siti Nurbaya, Tenggelamnya Kapal Vander Wijck, dan lain-lain, yang sudah lebih 45 tahun terbit tetapi masih diulang cetak dari waktu ke waktu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hayakallah buat Sifu,
Saya ingin bertanya kepada Sifu,
Adakah penulis-penulis boleh menggunakan penulisan seperti Ayat-ayat Cinta untuk menulis novel-novel di PTS?
Jika ya, maka Alhamdulillah, lapangan kreativiti bagi para penulis semakin luas.
Saya dapati penulisan Ayat-ayat Cinta mengandungi unsur-unsur berikut:
1. Gambaran perwatakan dan pemandangan yang jelas yang membolehkan pembaca membentuk imaginasi secara nyata. Kecerdasan spatial dapat digerakkan.
2. Gambaran suasana yang boleh dirasai secara nyata, seolah benar-benar berlaku. Saya tertarik untuk minum air mangga selepas membaca cerita ini. Sekali lagi otak dapat bersenam menggunakan kecerdasan spatial.
3. Ayat-ayat yang serba romantis. (Oh, saya teringatkan Romantis Selatan pula). Dialog seperti ini menenangkan.
4. Watak utama digambarkan dengan cemerlang dan tahu menghargai dirinya. Sering menulis perkara-perkara yang positif mengenai dirinya, pemikirannya dan tindakannya.
5. Moral di sebalik kesusahan dan tragedi.
Saya dapati novel Ayat-ayat Cinta ditulis dengan mendominasikan tiga jenis kecerdasan, iaitu kecerdasasn spatial, intrapersonal dan verbal.
Berdasarkan penelitian saya, ketiga-tiga kecerdasan ini wujud dengan jelas di dalam Al-Quran.
,,,,,,,,,,,,,,
Nota Sifu:
Dalam teori surah Yusuf, ada 2 unsur pada teknik penulisan:
(1) Unsur halal-haram.
Contoh: Menerangkan kecantikan tubuh badan perempuan cantik dan lelaki tampan, baik dalam ayat naratif mahupun dalam ayat dialog adalah tidak dibenarkan.
(2) Unsur keindahan.
Contoh: Menggunakan gaya penceritaan orang ketiga.
Dalam surah Yusuf, Allah menggunakan gaya penceritaan orang ketiga, yakni ‘dia’ dan ‘Yusuf’. Maka dengan menggunakan gaya orang ketiga cerita itu menjadi indah. Dalam Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman menggunakan ‘aku’.
Unsur keindahan tidak termasuk dalam unsur halal-haram. Makin kurang unsur keindahan, makin kurang indah karya yang dihasilkan. Apabila unsur keindahan itu banyak, maka karya menjadi lebih indah.
Teknik menceritakan dengan detail pemandangan alam dan artifak-artifak adalah termasuk di bawah unsur keindahan. Kalau unsur itu tidak dipatuhi, tidak berdosa.
Yang sudah pasti, jika saudara belum pernah masuk penjara Kajang, saudara tidak dapat menerangkan apa yang ada dalam penjara itu. Tetapi, dengan menggunakan teknik surah Yusuf, pengalaman peribadi penulis tidak menyekat ruang gerak watak-watak. (Lihat bagaimana dengan menggunakan teknik surah Yusuf, sasterawan Abd. Latip Talip dapat menghasilkan siri novel pahlawan Islam yang indah walaupun beliau belum pernah menjejakkan ke Jerusalem ataupun Andalusia.)
Itulah sebabnya kehadiran dalam bengkel teknik surah Yusuf perlu sebagai pencerahan.
Saya suka sekiranya mendapat maklumat sebab orang Malaysia lebih mengagungkan bahasa Indonesia.
Terima kasih kerana memberi penerangan. Di sini saya telah memahami konsep penulisan manuskrip untuk novel-novel di PTS.
Sebelum ini saya bimbang jika kaedah penulisan yang melibatkan kecerdasan spatial tidak digunakan maka sesuatu karya sci-fi atau fantasi akan menjadi cacat. Pembaca memerlukan gambaran untuk menterjemahkan karya-karya sci-fi dan fantasi ke dalam bentuk visual menerusi daya imaginasi mereka.
Tanpa adanya naratif yang boleh merangsang kecerdasan spatial, pembaca-pembaca yang memiliki kecenderungan ini berasa kurang selesa (otak kurang bersenam seperti seseorang dipaksa duduk terlalu lama sehingga lenguh lututnya kerana tidak dapat berlari atau berjalan).
Berdasarkan penjelasan Sifu, saya memahami bahawa penulis PTS dibolehkan untuk menggambarkan suasana dan objek-objek (contohnya pemandangan di lokasi, suasana, suhu, prop dan sebagainya) dalam novel-novel sci-fi dan fantasi mereka. Dengan wujudnya keadaan ini, penulis boleh mendalami penjelasan penceritaan mereka dan seterusnya memberi sumbangan idea bagi teknologi-teknologi baru yang mungkin boleh diusulkan kepada pakar rekcipta berteraskan sains dan teknologi dunia.
Penulis menggunakan imaginasi untuk membentuk visi menerusi gaya penulisan mereka, manakala saintis dan jurutera menggunakan idea dan imaginasi penulis untuk merekacipta sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Siapa tahu, seorang kanak-kanak atau remaja yang tertarik dengan penceritaan seseorang penulis mengenai satu-satu teknologi sains, pada masa akan datang berhajat untuk merealisasikan teknologi itu untuk kegunaan manusia.
Saya berpendapat novel sci-fi atau fantasi bukan sekadar bermatlamatkan kemanusiaan semata-mata, tetapi penulis dapat menyampaikan sesuatu idea mengenai bagaimana teknologi itu dapat dimanfaatkan untuk kegunaan manusia. Semakin jelas gambaran sesuatu idea itu disampai oleh penulis, semakin bergunalah ia untuk dikaji dan dicipta pada kemudian hari. Novel sci-fi dan fantasi pada pendirian saya ialah satu bentuk proposal rekabentuk peralatan berteraskan sains dan teknologi. Hari ini kita anggap ia cuma khayalan penulis, namun pada masa akan datang, peristiwa ini tidak mustahil.
Saya melihat bagaimana idea eksoskeleton seorang seniman direalisasikan pada hari ini (bukan lagi di dalam filem, tetapi secara nyata di US (Eksoskeleton XOS) dan di Jepun (Eksoskeleton HAL). Saya juga melihat bagaimana teori algoritma matematik digunakan untuk mencipta sesuatu berteraskan eksoskeleton di Malaysia (kerana saya belajar di pusat kajian tersebut dan melihat dan mengalami sendiri bagaimana saintis-saintis tempatan dan luar negara ini bekerja di depan mata saya setiap hari, mengkaji dan mencipta teknologi-teknologi yang belum didedahkan kepada umat manusia secara umum, dan antara mereka adalah orang-orang tersayang dan dihormati, yang mengajar saya ilmu-ilmu sains dan matematik secara percuma - seperti yang saya ceritakan di dalam e-mel).
Sebab itu saya berasa bimbang sekiranya penulis tidak dibenarkan menggambarkan suasana, lokasi, bentuk objek, prop dan sebagainya dalam penulisan mereka. Sekiranya penulis tidak diberi peluang untuk menggambarkan teknologi, pemandangan dan lain-lain perkara yang bermanfaat kepada manusia, maka saya berasa sangat kecewa. Namun, menerusi penjelasan Sifu, kekeliruan itu sudah dileraikan.
Terima kasih Sifu. Saya beransur dahulu.
Salam Jumaat.
Saya masih lagi menyimpan novel Salah Asohan, terbitan Pustaka Antara. Saya ambil kembali dari rak buku di rumah emak bagi dibaca sekali lagi.
Post a comment