Monday, October 26, 2009

Tip Memilih Tema Buku yang Mahu Ditulis

Dalam isu memilih judul buku yang hendak ditulis, lazimnya penulis-baru mempunyai logik sendiri, manakala penerbit mempunyai logik sendiri juga. Apabila penulis menggunakan logik yang serupa dengan logik penerbit, ia membawa keuntungan bagi kedua-dua pihak.

Penulis-penulis baru lazimnya tidak faham logik penerbit. Sebagai contoh, penulis baru cuba menulis buku yang temanya belum ada dalam pasaran. Tetapi penerbit mencari buku yang temanya popular dalam pasaran.

Seorang penulis menghantar karyanya yang bertajuk 'Senjata-senjata Tradisional Masyarakat Melayu'. Katanya, "Buku seperti ini belum ada dalam pasaran."

Bagi penulis-baru, kalau sesuatu tajuk itu tidak ada dalam pasaran, itu bermakna peluang buku itu dibeli orang adalah lebih baik disebabkan buku itu tidak ada persaingan. Sebaliknya logik penerbit mengatakan, kalau tajuk itu tidak ada, jangan-jangan itulah tandanya tidak ada penerbit yang mahu menerbitkan tajuk seperti itu kerana mereka percaya tajuk itu tidak laku.

Apabila sesuatu tema itu banyak dalam pasaran, itu bermakna banyak penerbit menerbitkan buku-buku yang temanya serupa. Walaupun mereka bersaing sesama mereka tetapi tema itu tema yang popular dan evergreen. Mereka cuba menang bersaing dengan menerbitkan buku masing-masing dengan wajah kulit dan gaya olahan yang lebih digemari oleh pembaca.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ikan Besar Internet-Marketing Terbaru yang Masuk Kolam PTS Previous entry: Pasaran Sastera Remaja Sangat Bagus

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: