Wednesday, December 10, 2008

Tip Membuka Kedai Buku

MOHD NASIR MUTALIP menulis kepada Tuan SAIFUDDIN AWANG pemilik kedai buku Pustaka Munirah di Kemaman:

Asalamualaikum. Saya Mohd Nasir yang tinggal di Perak. Saya ada membaca tentang kehebatan Pustaka Munirah dalam blog Universiti PTS sehingga tersenarai "Pelanggan Emas" PTS. Sebenarnya saya ada merancang untuk membuka sebuah kedai buku dan alat tulis didaerah tempat saya tinggal. Saya ingin meminta sedikit tips-tips dari tuan bagi memberi motivasi pada saya.

(a) Berapa modal yang diperlu untuk membuka sebuah kedai buku
(b) Dimanakah boleh saya mendapat bekalan buku-buku terutama buku sekolah
(c) Tentang mesin fotostat. Dimanakah boleh saya mendapatkannya terutama dengan harga murah.

Semoga saya mendapat tips dari saudara dan kita berkerjasama. Sekian. Terima kasih

Mohd Nasir bin Mutalip
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

Tuan SAIFUDDIN AWANG menjawab:

Waalaikumussalam. Terima kasih di atas minat dan pertanyaan saudara. Untuk kali ini, saya hanya menjawab secara ringkas kerana kesuntukan masa. Sebenarnya saya baru pulang dari fardu haji seminggu yang lalu, jadi banyak urusan kedai termasuk penempahan stok yang habis dan penghantaran barang yang mesti diselesaikan. Maklumlah awal tahun, banyak pejabat yang memerlukan "barangan baru". Saudara boleh email saya semula selepas ini.

(a) Saya memulakan perniagaan saya pada bulan Julai 2005 dengan modal sebanyak RM100,000 dengan menggunakan duit simpanan sendiri (saya dan isteri). Ini termasuklah peralatan kedai seperti rak, mesin fotostat, deposit sewa kedai dan sebagainya. Bagi saya, jumlah ini adalah memadai untuk sebuah kedai yang 'sederhana'. Kedai besar seperti Popular, MPH mungkin memerlukan modal sekitar RM 500,000. Bagi kedai kecil, mungkin sekitar RM50,000.

Apabila kedai kita berkembang baik dan akaun kita "cantik molek", bank mungkin mempertimbangkan untuk memberi kita sedikit facility. Alhamdulillah, sekarang Maybank Islamic ada memberi saya sedikit "Islamic cash facilities" (overdraf)... tetapi ambil masa juga untuk mendapatnya dan isteri saya yang bekerja sebagai pegawai kerajaan terpaksa menjadi penjaminnya. Tetapi OKlah... bolehlah guna jika terdesak.

(b) Saya tidak menjual buku-buku sekolah kerana persaingan yang sengit di sini terutamanya dari "salesman" dari Kuantan. Jadi kedai saya hanya memfokuskan buku-buku umum terbitan PTS, Alaf 21, Al Hidayah, Telaga Biru, Anbakri, Buku Prima dan beberapa syarikat kecil lagi. PTS dan Alaf21 adalah 'gergasi buku' di Malaysia. Apabila kita mempunyai akaun dengan mereka (dan yang penting, membayar hutang-hutang mereka dengan baik!!), kita seolah-olah sudah mempunyai buku-buku yang terbaik di Malaysia. Ini juga merupakan alat pemasaran (marketing tool) kita. Kita boleh dengan bangganya memberitahu pelanggan kita, "Tuan mahu order buku PTS? Boleh... sebab kita wakil pengedar PTS di sini...".

Selain dari itu, kedai saya juga menjual alat-alat tulis dan khidmat percetakan digital. Khidmat percetakan memerlukan pengalaman. Kebetulan saya ada pengalaman dalam bidang ini kerana saya pernah bekerja di syarikat percetakan sebelum ini selama 15 tahun.

Untuk mendapat bekalan buku sekolah, saya rasa saudara perlu menelefon mereka sendiri. Cari nombor telefon pada buku-buku terbitan mereka. Ini pun kena banyak 'berdoa' sebab kadang-kadang mereka tidak layan. Saya sendiri sebenarnya mengambil masa juga untuk mendapat kepercayaan penerbit.

Alaf 21 - saya dapat akaun dan kredit selepas menelefon mereka dan salesman mereka datang sendiri 'menjenguk' kedai saya.
PTS - saya dapat akaun dan kredit selepas setahun membeli secara 'cash'; maknanya tempah buku, bayar kemudian barulah mereka hantar buku.
Al Hidayah/ArRisalah - mereka datang ke kedai saya setelah mereka dicadangkan (recommend) oleh Badan Cemerlang Johor Bahru. Saya biasa "berbual-bual" dengan salah seorang pengurus Badan Cemerlang ketika saya bekerja di Johor Bahru dulu.

Ada juga beberapa pembekal alat tulis yang datang ke kedai saya setelah dicadangkan oleh rakan-rakan salesman mereka yang lain. Yang penting, kita jaga nama baik kita. Dan kita akan dianggap "pelanggan emas" apabila semua hutang dan bil dibayar mengikut jadual. Kalau ada masalah duit, jangan segan untuk telefon mereka dan berbincang dengan cara baik. Paling penting, jangan lari dari hutang dan kita mesti selalu sematkan dalam kepala bahawa hutang wajib dibayar.

(c) Mesin fotostat mesti dibeli dari syarikat yang berhampirang dengan kedai saudara kerana ia memerlukan servis. Jika beli dari KL walaupun harganya murah, siapa akan buat servis jika mesin rosak? Jadi mesti berhati-hati sebelum membeli mesin ini.

Sekianlah untuk kali ini. Harap ia memberi sedikit idea untuk saudara.

Saifuddin.
012-7822384
http://pustakamunirah.wordpress.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Contoh Format Menulis Surat Komplen yang Betul Previous entry: Malaysiakini: Hishamuddin Tidak Takut Ugutan Gapena
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/25  at  01:01 AM

as’kum,

sebenarnye saya berminat nak berniaga terutama alat2 tulis termasuk kedai percetakan dan computer software,hardware, msalah modal mungkin xda masalah kerana ia boleh di cari, tapi langkah pertama ialah lokasi yg sesuai untuk bertapak pernigaan macam ni, tambahan pula sekarang ni musim ekonomi tak stabil, dari segi faktor mana yang boleh di ambil kira untuk membuka perniagaan seperti yang diinginkan ni?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/15  at  10:09 PM

salam..saya tertarik jwapan yg diberikan…saya dalam proses memcari mentor untuk menajalankan perniagaan kedai buku dan alat tulis..saya memerlukan quotation untuk alat tulis dan buku…harap tuan dapat memberi pandgan yg bernas dan teknik yang betul untuk saya mulakan perniagaan ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/06  at  12:55 PM

salam sejahtera, saya ingin tanya jika saya ingin membuku bisness jual buku pts secara online, ttpi saya tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan pengedar syarikat tersebut dan berapa modal yang diperlukan untuk membuku bisness tersebut??

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: