Thursday, July 15, 2010

Tip Bahasa Sastera: Status Dialog Bahasa Basahan

Penulis-penulis novel yang menggunakan bahasa basahan datang daripada aliran falsafah realisme. Mereka berpegang pada prinsip bahawa sastera harus merakamkan dunia realiti. Maksud realiti adalah alam real-fizikal. Apa yang berlaku dalam alam sebenar harus digambarkan demikian dalam sastera. Dari sudut itu, sastera berfungsi sebagai arkib linguistik temporal. Prinsip inilah yang mendorong pengarang-pengarang itu menggunakan bahasa basahan dalam novel-novel mereka.

Bahasa basahan adalah bahasa yang dipertuturkan dalam konteks urusan sehari-harian.

Di bawah ini adalah contoh dialog bahasa Melayu basahan era tahun 2006, dipetik dari novel Lafazkan Cintamu oleh Aida Adriani:

"Sorry Erina. You terkejut ke? Kenapa you tidur bertelekung macam ni? You buat I terkejut tadi. Macam hantu. Eh, dah lama ke you balik?"

"I tertidur lepas solat isyak tadi. Pukul 10.00 tadi I sampai. I balik dulu sebab I call you tadi tapi tak dapat-dapat."

"Tak mengapa. I yang patut mintak maaf sebab tak bagi ahu you I tak boleh jemput. Telefon I tertinggal di rumah."

"You ke mana sebenarnya?"

"I pergi jumpa member-member lama. Dia orang tahu I tak ada kerja, so dia orang sibuk nak tolong. I dah lama tak contact dia orang tu. Sejak I kerja kat KL, kita orang tak pernah jumpa. Sekarang ni bila dah jumpa sorang, ramailah yang contact."

"Oh...."

"Erina...."

"Ada apa?"

"Member-member I nak ajak join dia orang bisnes. I rasa ini peluang terbaik untuk I mulakan perniagaan. Duit simpanan yang I ada tu boleh dibuat modal. You setuju tak?"

"Kalau you rasa you boleh percayakan kawan-kawan you tu, I rasa tak ada masalah. Cuma you kena hati-hati, kadang-kadang kawan sendiri pun tak boleh diharap. Jangan you terkena tipu dahlah.

"Erina... Erina... I dah lama kenal dia orang tu. Masa kat US dulu, hubungan kami dah lebih dari adik beradik. You jangan risaulah. Ini Razwan! Razwan tak pernah tertipu! Nanti, you jadi isteri businessman, kalau ada rezeki, isteri jutawan!"

NOTA: Dalam surah Yusuf, segala sesuatu yang tertulis dalam surah itu adalah benar belaka (realiti), namun dalam surah itu semua watak bercakap menggunakan Bahasa Arab Tinggi. Justeru penggunaan bahasa basahan adalah tidak selaras dengan teori dan teknik surah Yusuf.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: RM250 Ribu Bajet Membeli Ruang Iklan untuk Kempen Baca@Ramadhan PTS Previous entry: Buku Musim Raya Sudah Mula Keluar Gudang PTS
Web Sutera  on  07/18  at  07:50 AM

Ayat-ayat sebeginilah yang saya kategorikan sebagai perogol bahasa Melayu. Saya memang bengang!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/20  at  10:12 AM

Pening saya baca petikan itu. Berserabut dan bercelaru. Buku adalah alat untuk menyampaikan mesej dan maklumat. Jika bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej dan maklumat tidak tentu arah bunyinya, tidak tercapailah matlamatnya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: