Notis! Wajib Trilogi
![]()
![]()
Jika saudara hendak menulis novel-novel sai-fai dan fantasi untuk diterbitkan oleh PTS, saudara wajib menghasilkan minimum apa yang disebut dengan istilah 'trilogi', yakni 3 buah novel dalam siri yang sama.
Kajian pasaran yang dilakukan oleh jabatan editorial PTS ke atas tingkah laku pembaca kanak-kanak, remaja dan pemuda menunjukkan mereka mahukan cerita yang bersambung-sambung.
Hantar sinopsis ketiga-tiga trilogi saudara kepada Tuan Mat Jan dahulu. Tunggu sehingga beliau luluskan. Selepas itu barulah saudara mula menuliskan novel saudara itu.
Semua buku untuk PTS hendaklah ditulis dengan mematuhi ciri-ciri:
(i) Syariah-compliant, yakni tidak mengandungi ayat-ayat 'haram', sebagai contoh ayat-ayat yang apabila dibaca dapat menyebabkan pembaca timbul nafsu berahi.
(ii) Ditulis dengan menggunakan gaya Bahasa Melayu Tinggi.
Hantar emel kepada Sifu bagi mendapatkan contoh format sinopsis fiksyen yang digunakan di PTS.
Nota: Buku ke-3 siri Takluk Jagat ini akan terbit.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu, tetralogi bukan empat bukukah seperti siri Laskar Pelangi? Apapun, cover novel kedua Takluk Jagat memang mantap!
Hmm.. puan, bagaimana dengan orang yang telah menghantar untuk satu cerita sahaja? Adakah perlu menyambung cerita sehingga menjadi tiga buku?
Saya sudah beli buku 1. Masih belum habis membacanya, baru bab 1. Euro 2008; Turki lawan Swiss, Turki menang!
Post a comment