Terbaru dari Tere-Liye
![]()
Tere-Liye adalah salah seorang novelis Islami yang sangat terkenal di Indonesia. Beliau adalah seorang akauntan di Jakarta.
Ini adalah novelnya yang kelima diterbitkan oleh PTS sebagai edisi Bahasa Melayu Malaysia.
Permintaan bagi novel-novel Islami semakin meningkat hari demi hari. Peningkatan itu berlaku perlahan tetapi konsisten.
Manuskrip yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan masih belum cukup bagi memenuhi citarasa pembaca tempatan dari sudut:
(i) Kepelbagaian tema.
(ii) Mutu sastera.
Bagi memenuhi citarasa pembaca Malaysia yang mahukan novel-novel bermutu tinggi, PTS akan terus menerbitkan novel-novel Islami dari Indonesia, bagi menambah novel-novel karya pengarang tempatan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ada sedikit pembetulan yang sudah kami buat pada font judul. Perkataan ‘Di’, kami tukar huruf ‘D’ kepada ‘d’ Huruf besar kepada huruf kecil. Kaver asal yang diedarkan di Indonesia memang menggunakan huruf besar, tetapi di sini kita sesuaikan dengan tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia.
Saya tidak sabar untuk ke Pesta Buku KL untuk mendapatkan buku ini. Judulnya sahaja sudah membuatkan hati saya berdebar-debar untuk mengetahui apakah yang ingin diceritakan dalam novel ini. Judulnya amat puitis, bahagianya jika menulis buku dan ‘diberi’ judul yang seindah ini.
Kata Puan Ainon, “Manuskrip yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan masih belum cukup bagi memenuhi citarasa pembaca tempatan dari sudut..”
Saya bersetuju. Seperti kata saya sebelum ini bahawa “Isunya lebih memandu minda dan dinarasikan secara ilmiah. Sungguhpun ianya fiksyen, namun para penulis dari sana lebih terbuka minda, berfikir dalam sudut yang agak lain dari majoriti penulis kita di Malaysia.”
Mesti sdr “Wattehack” tidak bersetuju dengan saya. Betulkah?
Enche Web, nampakna enche sangat berdendam dengan wattehek. Sudha-sudah lah tu. Nanti orang kata, ‘tegur orang bukan main, bila diri sendiri kena tegur macam cacing’. Sudah-sudahlah ya.
Tuan “Walaweh” pula! Aduh!
Assalamualaikum Tuan.
Satu lagi, mengapa Tuan “Walaweh” guna alamat emel saya? Kalau hendak menyamar, jangan bercakap. Sila guna identiti sendiri, bro!
Puan, hari Ahad lepas, saya membeli novel Rembulan Tenggelam di Wajahmu di sebuah kedai buku yang terletak di Giant, Pulau Pinang.
Tambahan, halaman sampul belakang yang memetik kenyataan seorang tokoh kenamaan, A Syafi’i Ma’arif tersilap cetak menjadi A Syarif Ma’arif. Semoga maklum.
Post a comment