Terbaru Dari Taufiqurrahman al-Azizy
Ini adalah novel ke-5 karya Taufiqurrahman al-Azizy terbitan PTS. Sebelum ini semua 4 novelnya terjual laris dan sudah diulangcetak.
Beliau adalah novelis Indonesia yang kedua terpopular selepas Habiburrahman al-Syerazi yang sangat terkenal dengan Ayat-ayat Cinta.
Taufiqurrahman adalah seorang ustaz lulusan pesantren dan kini mengajar di pesantren.
Bagi memenuhi permintaan daripada penggemar novel-novel Islami, PTS akan terus menerbitkan karya-karya penulis Indonesia yang sudah terbukti mendapat sambutan baik di negara itu.
Suatu fenomena yang menarik di Indonesia adalah di mana pesantren (sekolah pondok) mereka terus-menerus melahirkan golongan agama yang juga sasterawan. Semenjak Hamka, pesantren Indonesia tidak pernah berhenti melahirkan Hamka-Hamka kecil.
Salah satu ciri yang istimewa dalam karya-karya penulis pesantren adalah di mana iklim ruh Islam dalam karya-karya itu sangat ketara, terasa dan mendalam apabila dibandingkan dengan karya-karya novel Islami yang dihasilkan oleh penulis bukan pesantren.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment