Teori Komunikasi Bahasa Islami: Pengenalan (siri 1)
Ada pelbagai media yang digunakan oleh manusia bagi berkomunikasi.
Manusia boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat non-verbal, lambang-lambang, kod warna dan banyak lagi. Media komunikasi yang paling penting adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan.
Para penulis patut menggunakan Quran sebagai panduan memilih gaya bahasa bagi penulisan kita, apatah lagi apabila yang kita tulis itu adalah buku-buku yang objektifnya adalah menyampaikan mesej Quran itu sendiri.
Contoh panduan menulis novel yang digali dan diambil daripada Quran adalah dalam kes panduan mencipta dan menulis cerita yang indah berdasarkan ciri-ciri surah Yusuf.
Buku-buku agama dalam Bahasa Melayu yang ada dalam pasaran sekarang sukar dibaca oleh orang Islam sendiri, apatah lagi oleh bukan Islam, disebabkan ciri-ciri bahasa yang digunakan dalam buku-buku itu bukan ciri-ciri bahasa Quran.
Penulis buku-buku agama konvensional menggunakan gaya bahasa peribadi masing-masing, mereka tidak ikut gaya bahasa Quran dan Nabi Muhammad.
Jikalau kita bertanya kepada mereka, "Ustaz, mengapakah ustaz menggunakan perkataan ini, dan bukan itu?" nanti jawapan yang kita dengar BUKAN, "Saya ikut ciri bahasa Quran." ataupun "Saya ikut ciri bahasa Rasulullah SAW." tetapi selain itu.
Nota: Kepada mentee-mentee SifuPTS, mulai entri ini Sifu akan menerangkan ciri-ciri bahasa Quran dan bahasa Nabi Muhammad.
Disclaimer: Ambil perhatian, SifuPTS adalah seorang yang terlatih secara formal dalam bidang linguistik teoretis, tetapi beliau tidak tahu bahasa Arab.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ok Puan, saya akan sentiasa baca entri ini, insyaallah. Terima kasih atas tunjuk ajar.
——-
Assalamualaikum.
UIA ada buat kelas bahasa Arab, Puan. Ada keluar di suratkhabar. Saya rasa, jika Puan Sifu dapat menguasai bahasa Arab, InsyaALLAH lebih mantap.
Post a comment