Monday, March 26, 2007

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 6)

Ciri kelima bahasa Quran: Bahasa umum

Tuhan hanya menurunkan 1 Quran. Bahasa Quran itu adalah bahasa umum, yakni bahasa yang difahami oleh semua kelompok manusia. Kalau seseorang itu tahu bahasa Arab, dia faham bahasa Quran.

Itulah 1 Quran untuk semua orang, yang tua, yang muda, yang kanak-kanak, yang memiliki PhD, yang brilian, yang biasa-biasa, yang pandai membaca dan menulis, yang buta huruf, yang Islam, yang bukan Islam.

Tidak ada Quran lain untuk kanak-kanak, Quran lain untuk ustaz, Quran lain untuk si kafir, dan seterusnya.

Bahasa Quran itu adalah bahasa yang dapat difahami oleh SEMUA kategori manusia pada masa Nabi Muhammad masih hidup. Orang tidak perlu masuk Islam dulu baru faham bahasa Quran. Ataupun perlu menjadi ustaz dulu, baru faham.

NM yang tidak belajar menulis dan membaca pun faham bahasa Quran itu. Aishah yang muda remaja pun faham bahasa itu. Abdullah bin Umar yang masih kanak-kanak pun faham bahasa itu.

Abdul Rahman bin Auf si jutawan itu pun faham. Abu Hurairah si miskin itu pun faham.

Umar bin Khatab yang masih kafir pun faham bahasa itu. Salman yang bukan orang Arab pun faham bahasa itu.

Bandingkan dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama, yang banyak terjual dalam pasaran sekarang.

Bandingkan dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam terjemahan Quran. Siapalah yang faham Bahasa Melayu itu. Orang bukan Islam tidak faham. Remaja tidak faham.

Ikut prinsip bahasa Quran: Apabila saudara menulis buku-buku yang menyampaikan mesej Quran, gunakan bahasa umum.

Bahasa Quran adalah bahasa umum, yakni bahasa yang dapat difahami oleh orang-orang buta huruf, dan orang-orang bukan Islam sekalipun. Bahasa orang yang bukan ustaz pun faham.

Bacalah buku-buku terjemahan Quran dan hadith dalam Bahasa Melayu yang ada di kedai-kedai buku hari ini. Ada ustaz yang lulus MA dari Mesir pun tidak faham!

Justeru, pada masa ini, mereka yang menterjemah Quran, dalam isu memilih bahasa, mereka tidak ikut sunnah bahasa Quran itu sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (7) Previous entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 5)
Bukunota  on  03/26  at  04:56 PM

Saya boleh bersetuju dengan pandangan Pn Ainon tentang bahasa dalam penterjemahan al-Quran dan hadis.

Terjemahan al-Quran, terutamanya, masih menggunakan bahasa Melayu yang agak klasik.

Saya kira masalah yang kita hadapi ialah menghasilkan terjemahan dengan menggunakan bahasa Melayu dengan laras yang moden.

Bagaimanapun, bukan sebarangan orang boleh menterjemahkan al-Quran. Penterjemah bukan saja perlu mendalami bahasa Arab, bahkan mendalami ilmu dalam pengajian Islam.

Saya bimbang, sekiranya pandangan Puan Ainon disalahgunakan, akan ada pihak yang mengambil terjemahan lama dan mengubahnya ke dalam laras yang lebih moden tanpa mengambil kira ayat dan maksud yang asal dalam bahasa Arab.

Barangkali, harus ada usaha, untuk memperkemaskan keupayaan berbahasa Melayu yang baik dan mengetahui kaedah penterjemahan yang betul kepada kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama, khususnya Usuluddin.

Contohnya, mereka yang berada di pondok, sekolah agama atau universiti, khususnya universiti yang berprestij seperti Universiti al-Azhar ataupun Universiti Madinah.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/26  at  06:00 PM

Untuk terjemah Al-Quran perlu juga merujuk kepada tafsir kerana Bahasa Al-Quran sudah menjadi klasik pada masa kini.

rastom  on  03/27  at  07:21 PM

Menyingkap sejarah tafsir/terjemah al Quran ke Bahasa Melayu, tidak berapa lama dahulu, ada satu usaha menerbitkan terjemahan yang judulnya juga diterjemahkan menjadi ‘Bacaan’ yang kemudian diharamkan kerana ada kaitan dengan Dr. Kassim Ahmad.

Saya tidak sempat meneliti isi terjemahannya kerana buku tersebut telah diharamkan.

Zaman itu Dr. Kassim menjadi kontroversial kerana beberapa kenyataannya mengenai hadis, dan zaman itu juga riuh dengan gerakan pro-Quran.

Wallahua’lam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: