Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 5)
Ciri keempat bahasa Quran: Inklusif
Tuhan menurunkan 1 Quran untuk semua bangsa manusia di muka bumi ini.
Bahasa Quran itu bersifat inklusif, yakni keperluan semua kelompok manusia sudah diambil kira, walau apa sekalipun kelompok bangsa dan budaya mereka.
Bagi menerangkan apa yang disebut ciri inklusif, kita ambil contoh ini:
Dalam bahasa Quran, perkataan 'qala' digunakan bagi semua - Tuhan, malaikat, manusia - dengan makna semantik yang serupa, iaitu perbuatan mengucapkan perkataan-perkataan dengan menggunakan peti suara, mulut dan lidah, kecuali 'cara' Allah 'berkata' yang tidak seperti cara manusia. Justeru perkataan 'qala' bersifat inklusif.
Dalam bahasa Quran, tidak ada hukum-hakam bahasa yang eksklusif, yang hanya dikhususkan bagi sesuatu kelas manusia sahaja.
Dalam Bahasa Melayu feudal, ada ciri ekslusif, iaitu sebagai contoh, perkataan 'titah' bersifat eksklusif, yakni ia hanya digunakan apabila yang berkata itu adalah raja. Manakala 'sabda' digunakan bagi Nabi Muhammad seorang sahaja.
Jadi ada peraturan eksklusif dalam Bahasa Melayu yang mengatakan, jika ada orang biasa yang bernama En. Hitam bin Bulat berkata, "Saya sudah bersabda kepada kamu, jangan hisap rokok di sini." maka orang itu dihukum sudah menghina Nabi Muhammad.
Peraturan penggunaan 'sabda' seperti ini hanya ada dalam Bahasa Melayu, maka ia disebut ciri eksklusif. Dalam bahasa-bahasa yang beragama Hindu, 'sabda' digunakan oleh semua orang, yakni inklusif. Di Brunei, mufti negara itu pun 'bersabda'.
Apabila 'qala' yang bersifat inklusif dalam bahasa Quran digantikan dengan perkataan 'sabda' yang eksklusif, maka apa yang berlaku adalah, ciri inklusif bahasa Quran sudah ditukar menjadi ekslusif dalam buku-buku agama Bahasa Melayu.
Ia ibarat menukar tembikai dengan labu. Manakala Quran menggunakan bahasa inklusif sebaliknya buku-buku agama Melayu menggunakan bahasa eksklusif.
Nabi Muhammad yang dalam hidupnya bertutur menggunakan perbendaharaan kata yang serupa dengan semua orang Arab lain yang hidup pada masa itu, tetapi dalam buku-buku agama Bahasa Melayu, NM diberikan Bahasa Melayu yang berbeda (yang eksklusif) daripada bahasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu lain.
Ikut prinsip bahasa Quran: Gunakan bahasa inklusif apabila saudara menulis buku agama bagi menyampaikan mesej Quran.
Perbendaharaan kata bahasa raja-raja yang eksklusif, seperti baginda, murka, titah, dan lain-lain, hanya sesuai bagi menulis buku-buku cerita bukan agama. Namun adalah lebih baik ciri-ciri eksklusif yang masih ada pada Bahasa Melayu moden itu dilupuskan perlahan-lahan sesuai dengan perkembangan ilmu, budaya dan perubahan zaman....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan,
Menarik tulisan puan yang akhir itu. Ini bermakna, cerita-cerita yang berunsur klasik (era hang tuah) juga kita perlu ubah bahasa yang khusus bagi raja2.
Seperti tidak menariklah, puan.
Nota Sifu: Buat masa ini perbincangan kita adalah tentang teknik menulis buku-buku agama sahaja. Nanti kita fikir tentang kategori buku-buku lain, seperti buku-buku hikayat cerita orang dulu-dulu. Ermm…. banyaknya isu yang perlu difikirkan!
——-
Post a comment