Monday, March 26, 2007

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 4)

Ciri ketiga bahasa Quran: Demokratis-universal

Bahasa Quran itu adalah bahasa yang bersifat demokratis-universal. Bahasa Quran tidak bersifat feudal. Contoh bahasa feudal yang ekstrem adalah bahasa Jawa yang mempunyai 4 tatatingkat.

Bahasa Melayu adalah bahasa feudal, cuma tidak ekstrem seperti bahasa Jawa. Justeru ada perkataan-perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja-raja dan kerabat raja, manakala rakyat tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu.

Contoh unsur feudal dalam Bahasa Melayu adalah, 'raja bertitah' manakala 'rakyat berkata'. Begitu pula 'baginda' untuk raja manakala 'dia' untuk rakyat.

Pada masa ini ada bidaah linguistik dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama. Dalam Quran, 'qala' digunakan bagi semua, baik Tuhan, nabi-nabi, raja firaun, malaikat, syaitan, semua 'berkata'.

Tetapi dalam buku-buku agama Bahasa Melayu konvensional, Allah 'berfirman', Nabi Muhammad 'bersabda', Nabi Sulaiman 'bertitah', manakala nabi-nabi lain disama-tarafkan dengan syaitan, yakni semua 'berkata' .

Ikut prinsip bahasa Quran. Bahasa Quran itu bersifat demokratis-universal. Satu laras bahasa untuk semua pembaca Quran.

Ajaran dalam Quran tidak menerima amalan feudalisme dalam politik dan bahasa. Justeru, apabila saudara menulis buku agama, gunakan Bahasa Melayu yang berciri demokratis-universal juga.

Jangan digunakan bahasa yang mendukung fahaman feudalisme bagi menyampaikan mesej Quran.

Jangan di-'raja-raja'-kan Nabi Muhammad, sebab beliau bukan 'raja' orang Islam. NM adalah manusia biasa, bezanya beliau adalah utusan Tuhan kepada manusia.

Allah sendiri menggunakan 'qala' yang maknanya serupa dengan 'berkata' dalam Bahasa Melayu, bagi diri-Nya dan bagi Nabi Muhammad.

Orang Melayu pula mengambil inisiatif, tanpa nas, membeza-bezakan 'kata' untuk Tuhan, Nabi Muhammad, Nabi Sulaiman, dan lain-lain sehingga terpaksa meminjam perkataan Parsi dan Sansekerta, yakni firman dan sabda, supaya sesuai dengan nilai-nilai feudal.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 5) Previous entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 3)
Web Sutera  on  03/26  at  12:45 PM

Teruskan Sifu, tidak jemu saya membaca entri ini. Banyak info, banyak ilmu.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  03/26  at  12:57 PM

Sdr WEB,

Saudara tidak jemu membaca maklumat baru dalam entri-entri di sini sebab saudara bukan ustaz konvensional. Justeru saudara tidak mempunyai prejudis bahasa.

Bayangkan apa nasib Tuan Rastom! PTS pun pernah kena teruk… cuba tanya En. Faris.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/26  at  01:19 PM

Puan Sifu,

Sebut fasal raja ini, teringat tulisan Faisal Tehrani di blognya tentang pengalamannya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kita, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda tidak mahu sesiapa yang menghadapnya mengangkat sembah, juga tidak mahu bersalam dengan wanita. Mengapa agaknya?

Teringat pula ibu saya, sensitif sungguh apabila tengok di kaca TV menteri-menteri bebas bersalaman.

Walau dalam hati menolak, selalunya mulut saya akan berkata, “Dia terpaksa, mak. Sebahagian dari kerja dia,” sebab tidak sanggup dengar emak saya mengumpat orang.

Nota Sifu: Puan Rihan, saya ada terdengar orang berkata kerabat istana Terengganu adalah yang paling baik budi pekertinya dan agamanya. Barangkali, faktor itulah yang menyebabkan perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh agama, seperti adat menyembah sesama manusia dan bersentuhan antara lelaki-perempuan bukan muhrim, juga tidak dibenarkan oleh Tuanku Mizan. Tuhanlah yang lebih tahu.

Riduan Khairi  on  03/26  at  02:21 PM

“Saudara tidak jemu membaca maklumat baru dalam entri-entri di sini sebab saudara bukan ustaz konvensional. Justeru saudara tidak mempunyai prejudis bahasa.”

Saya setuju.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  11:05 AM

Saudari Rihan dan Puan Sifu,

Saya ada terdengar orang berkata kerabat istana Terengganu adalah yang paling baik budi pekertinya dan agamanya….


Tuanku Mizan adalah seorang yang mempunyai pendidikan agama.  Baginda berguru dengan seorang ulama’ yang terkenal di Terengganu, seorang ulama yang sangat merendah diri tetapi tinggi ilmunya.

Pada setiap minggu (malam Jumaat) istana Terengganu juga mengadakan majlis membaca hadis dan tahlil.

Web Sutera  on  03/28  at  02:36 PM

Itu fakta yang betul sdr Norjihan fasal Sultan Mizan. Err apa khabar?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: