Monday, March 26, 2007

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 3)

Ciri kedua bahasa Quran: Seratus peratus (100%) perkataan Arab

Menurut sesetengah pakar, jumlah ayat dalam Quran adalah 6000 ayat. Kita masih belum tahu berapa jumlah perkataan dalam Quran.

Yang kita tahu mesej Quran disampaikan kepada Nabi Muhammad menggunakan 100% perkataan Arab, tidak ada perkataan daripada bahasa asing, yakni tidak ada perkataan pinjaman dalam Quran.

Ada pendapat mengatakan ada sepatah perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi, tetapi pendapat itu tidak muktamad.

Itulah sebabnya apabila Umar terdengar orang sedang membaca ayat-ayat Quran, hatinya bergetar, lalu beliau terus masuk Islam, sebab sebagai orang Arab, beliau faham setiap perkataan yang didengarnya itu, kerana semua ayat-ayat itu menggunakan perkataan Arab yang beliau sendiri gunakan sehari-hari.

Quran itu diturunkan kepada NM, dan beliau adalah seorang orang Arab. Seluruh Quran menggunakan perkataan-perkataan Arab yang NM sendiri tuturkan.

Soalan hipotetikal: Kalaulah ada pemuda Cina yang baru masuk Islam membaca buku berjudul SIFAT 20 yang dijual dalam pasaran sekarang, apakah pemuda Cina itu faham?

Jangankan pemuda Cina itu, banyak orang Melayu pun tidak faham.

Ikut prinsip bahasa Quran. Apabila mahu menyampaikan mesej Quran kepada orang Melayu, tulislah buku-buku agama dengan menggunakan perkataan-perkataan Melayu 100%. Jangan ada perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa lain.

Buku-buku berkenaan agama Islam yang ada dalam pasaran sekarang, belum apa-apa, pada kulitnya sudah terdapat perkataan-perkataan Arab, apatah lagi di dalamnya.

Orang Melayu yang memerlukan buku-buku agama dalam bahasa Melayu adalah mereka yang tidak tahu-menahu bahasa Arab. Kalau mereka tahu bahasa Arab, mereka tidak perlukan buku-buku dalam bahasa Melayu.

Sesetengah daripada mereka itu, mungkin namanya Hafiz, tetapi dia belum tentu tahu makna 'hafiz'. Ataupun namanya mungkin 'Omar' tetapi dia tidak tahu siapa 'Omar' dalam Islam.

Contoh:
Panduan isteri solehah
Panduan isteri yang baik

Semua kaum muslimin
Semua lelaki Islam

Semua kaum muslimat
Semua wanita Islam

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 4) Previous entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 2)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/26  at  05:48 PM

“Itulah sebabnya apabila Umar terdengar orang sedang membaca ayat-ayat Quran, hatinya bergetar, lalu beliau terus masuk Islam.”

Sifu,

Tidak semua orang Arab masuk Islam kerana mendengar Al-Quran ...

Nota Sifu: Errmm….
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  12:04 AM

“Menurut sesetengah pakar, jumlah ayat dalam Quran adalah 6000 ayat. Kita masih belum tahu berapa jumlah perkataan dalam Quran.”

Sifu,

Jumlah ayat2 Quran mengikut kiraan segolongan ulama Kufah ialah 6236 ayat. Bilangan tersebut boleh didapati dengan mengira setiap ayat dalam Quran berdasarkan nombor2 ayat yang terdapat di hujungnya. Hendak mudah lagi, bolehlah merujuk ke halaman-halaman belakang Tafsir Pimpinan Al-Rahman. 

Ulama Madinah terbahagi kepada dua kelompok, ada yang mengira ayat2 Quran sebanyak 6217 ayat, ada yang mengira sebanyak 6214 ayat. Ulama Mekah mengira ayat-ayat Quran sebanyak 6210 ayat.

Ulama Syam terbahagi kepada 3 golongan, ada yang mengira ayat-ayat Quran sebanyak 6227 ayat, ada yang 6226 ayat dan ada yang 6232 ayat.

Segolongan lain Ulama Kufah mengira ayat-ayat Quran sebanyak 6217 ayat dan Ulama Basrah mengira sebanyak 6204 ayat.

Ulama yang mengira ayat2 Quran berbeza pandangan berdasarkan faktor2 tertentu seperti versi bacaan Quran yang pelbagai (Qiraat) dan lain-lain lagi, namun bilangan 6666 ayat yang pernah saya terbaca dan dengar adalah tidak benar dan tidak pernah direkodkan oleh ulama Islam.

Jadi, ayat-ayat Quran telah lama dikira, dilapor dan direkodkan oleh ulama Islam zaman silam dan sudah lama diketahui.

Bilangan2 tersebut telah direkodkan oleh Imam Syatibi dalam dua karangan berbentuk syair iaitu “Al-Faraaidh Al-Hisaan fi `Iddi ‘Aay Al-Quran” dan “Naazimah Al-Zuhri”.

Menurut Imam Sayuti dalam kitabnya “Al-Itqan fi Ulum Al-Quran”, sesetengah ulama mengira jumlah perkataan dalam Quran sebanyak 77934 perkataan, ada yang mengira sebanyak 77437 dan ada yang mengira sebanyak 77277 perkataan.

Sebab2 perbezaan tersebut adalah kerana setiap perkataan dalam Quran itu ada yang bersifat hakikat, ada yang kiasan, juga lafaz dan penulisan yang berbeza-beza.

Ada ulama yang mengambil kira semua faktor tersebut dan ada yang meninggalkannya.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

Nota Sifu: Ini maklumat baru bagi kita, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas susah-payah Tuan memberikan saya pencerahan.

Rahmat  on  04/09  at  01:26 AM

Saya setuju dengan pendapat Puan bahawa mesej Islam perlu disampaikan dengan cara yang mudah difahami.

Ada beberapa kenyataan Puan mengenai al-Quran rasanya perlu dihalusi lagi.

Bahasa al-Quran mengandungi perkataan selain Arab ?
Menurut ulama tafsir, perkataan seperti “as-Sirat”(titian/jalan), “Ababil”(nama jenis burung dalam Surah al-Kahfi), sebagai contoh berasal daripada perkataan asing ( Rom atau lainnya).

Bahasa Arab tidak bertingkat ?
Kamu (org biasa ) = anta
Kamu (org dihormati) = antum

Aku (biasa) = ana
Aku (oleh Allah) = (kadang2) nahnu (Kami)

Betulkah semua orang Arab faham apa yang dimaksudkan secara harfi atau secara kontekstualnya ?

Tidak semua faham maksud perkataan Rasul sehingga adakalanya mereka bertanya apa yang mereka maksudkan dengan perkataan tertentu.

Konteks sesuatu ayat pula banyak yang berkait rapat dengan sebab turunnya ayat berkenaan ( asbab al-nuzul).

Ini beberapa contoh yang mungkin boleh sedikit mengelakkan kekeliruan sebahagian pembaca yang kurang akrab dengan bahasa al-Quran asal atau tafsirnya agar tidak terkeliru dengan generalisasi yang Puan utarakan dalam hipotesa Puan.

Maafkan saya jika dianggap keliru atau pro-Ustaz konvensional.

Rahmat  on  04/09  at  09:05 PM

Pembetulan:

Salah:
“Ababil” dalam surah al-Kahfi
Betul :
...........dalam surah al-Fil

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: