Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 2)
Quran itu diturunkan sebagai panduan manusia, termasuk penulis, baik penulis kreatif mahupun bukan kreatif. Justeru, ciri-ciri bahasa Quran itu adalah sumber teori, prinsip dan teknik-teknik penulisan.
Ciri 1 bahasa Quran: Kontemporari
Mesej Quran itu disampaikan kepada NM menggunakan bahasa kontemporari zaman Nabi Muhammad masih hidup, yakni bahasa Arab tahun 600 Masehi.
Itulah sebabnya mesej dalam ayat-ayat Quran dapat difahami oleh NM dan semua orang Arab yang hidup zaman itu, termasuk orang Arab yang jahiliah, sebab bahasa Quran itu saling tak tumpah bahasa yang mereka sendiri gunakan, cuma bahasa Quran itu tersangat indah.
Justeru Umar bin Khatab masuk Islam apabila beliau terdengar ayat Quran sedang dibaca orang, padahal pada saat itu beliau masih kafir dan amat membenci Islam.
Suatu persoalan hipotetikal: Kalau orang bukan Islam terdengar orang membaca terjemahan Quran dalam Bahasa Melayu, apakah hati mereka akan bergetar lalu terus masuk Islam?
Quran bukan diturunkan menggunakan bahasa Arab klasik, bahasa moyang-moyang orang Arab waktu itu, bahasa lama yang dituturkan oleh orang Arab zaman sebelum NM lahir.
Habis, mengapakah buku-buku agama yang ditulis oleh ustaz-ustaz kita itu ditulis menggunakan Bahasa Melayu klasik yang berbelit-belit?
Ikut prinsip bahasa Quran. Tulislah buku-buku agama Islam dengan menggunakan Bahasa Melayu kontemporari, yakni Bahasa Melayu 2007, bukan Bahasa Melayu klasik, sebab yang hendak membacanya adalah orang zaman 2007!
Contoh:
Abu Hurairah meriwayatkan (BM klasik - BM 1940-an)
Abu Hurairah melaporkan (BM kontemporari - BM 2007)
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (BM klasik - BM 1940-an)
Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim (BM kontemporari - BM 1940-an)
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ok Sifu, saya sudah tukarkan ‘riwayat’ kepada ‘lapor’ dan ‘rekod’ dalam terjemahan saya.
Nota Sifu: Sdr WEB, ambil nota ini, PELAPOR hadith lain kategori orang-orangnya. Manakala PEREKOD hadith lain pula! Jangan confuse, ya!
——-
Faham Puan.
Puan Sifu,
Terima kasih untuk nota-nota ini.
Saya akan baca dan baca lagi sampai masuk lekat dalam kepala.
Mula-mula mendengar kuliah tentang perkara ini agak pelik, tetapi apabila kita fikirkan kembali kebenaran teori ini, barulah saya betul-betul faham fungsinya.
Saya memang berada dalam disiplin ilmu hadith semasa di kampus dulu.
Mungkin kerana cara pembelajaran ilmu tafsir dan hadith yang agak konvensional dan tradisional, sedikit sebanyak menyebabkan saya terpengaruh.
Saya yakin ramai lagi ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di luar sana mengalami situasi yang sama.
Selepas ini, bolehlah saya menghasilkan karya Islamik yang kontemporari.. insyaAllah..
Terima kasih puan atas ilmu yang sangat bermakna ini…:))
Sdr Rihan, apa khabar? Sihat? Dapat kerja saya?
Asalamualaikum Saudara Web,
Syukur, saya sihat sahaja sekarang. Saya baru baca satu muka surat fail saudara, sekarang saya rasa bersemangat pula.
Terima kasih kerana berkongsi dengan team kita.
Post a comment