Wednesday, February 06, 2008

Tanya Ustaz: Isu Menulis untuk Majalah Hiburan

Seorang mentee Sifu bertanya, bolehkah dia menulis cerpen Islami dan menghantarkan cerpennya kepada sebuah majalah hiburan yang amat popular, di mana majalah itu banyak menjual gambar-gambar artis yang mendedahkan aurat.

Lalu Sifu pun segara bertanya kepada dua orang ustaz:

Ustaz AZ mengemukakan pendapat begini: Tidak boleh, sebab mungkin dengan adanya cerpennya itu majalah tersebut semakin popular, dan jaulannya semakin meningkat, ertinya dia menyumbang kepada peningkatan jualan bahan-bahan terlarang itu. 

Ustaz JB mengemukakan pendapat begini: Apakah niat si cerpenis itu? Apakah dia mahu menaikkan namanya sebagai pengarang dan sasterawan? Mahukan wang honorarium yang dibayar kepadanya? Mahu cerpennya dinilai dan diberi hadiah? Jika itu semua adalah niatnya, hukumnya tidak boleh.

Menurut Ustaz JB lagi, jika niatnya dia mahu berjihad, mahu berdakwah, mahu menegakkan Islam, maka hukumnya harus, sebab dengan menerbitkan karyanya dalam majalah hiburan itu, dia dapat berdakwah kepada pembacanya.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa PTS-METADOME Mendahulukan Judul Remaja Previous entry: Al-Fatihah Buat Buah Hati Sifu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/11  at  03:54 PM

Soalan yang sama harus diajukan kepada Ustaz/Ustazah yang menyertai Jom Heboh walau pun untuk slot agama, sedangkan mufti dah haramkan Jom Heboh!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/24  at  08:10 PM

boleh x jika seorang muslim bekerja dibahagian roti n kek d sbuah hotel y smemangnya mempunyai arak?serta hujah yg kukuh.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/08  at  09:21 AM

Soalan saya:-
1.Ramai wanita bertudung mengikuti fesyen rambut pendek. Saya pernah dengar perempuan haram mempunyai rambut yang pendek dari bahu. Apakah hukum itu betul dan apakah pandangan agama tentang tukang gunting rambut yang menurut saja permintaan pelanggan mereka? Ada yang beralasan berambut pendek itu mudah untuk menguruskan rumahtangga. Terimakasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/06  at  02:31 PM

askum sy hendak tny..saya ada megeluarkan kata seperti ini kepada istri sya…KITA CERAI SELEPAS INI..ada sksi dgr..adakah jatuh talak???dan bagai mane hendak rujuk????adakah rujuk memerlukan wali dan saksi

rohidzir rais  on  02/09  at  12:08 AM

to Ikhwan Mahat

Lafaz tuan menyebabkan jatuh talak satu.
Jika ingin rujuk sebaiknya daftarkan dahulu talak luar mahkamah kemudian buat permohonan rujuk.

Cerai dan rujuk tidak perlukan saksi, tetapi digalakkan ada saksi untuk elak fitnah.

untuk soalan lanjut sila kemukakan pada web berikut
http://www.mahmoodzuhdi.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: