TAMRIN dan “Dr. Ayam”

Presiden TAMRIN, YM Dr. Tengku Asmadi memberitahu Sifu bahawa urusan pendaftaran pertubuhan itu dijangka akan beres dalam waktu terdekat.
Salah satu fungsi TAMRIN adalah menjaga kepentingan orang ramai daripada menjadi mangsa penyamaran:
(i) Mereka yang menyamar sebagai 'pakar motivasi'.
(ii) Mereka yang menyamar sebagai pemegang 'PhD' dan meletakkan gelar 'Dr.' di depan nama mereka.
(iii) Mereka yang menyamar sebagai 'profesor'.
(iv) Mereka yang menyamar sebagai 'Prof. Dr.'.
Demi menjaga kepentingan orang ramai supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan penyamar-penyamar itu, dan disebabkan fenomena 'pakar Ayam', 'PhD Ayam' dan 'profesor Ayam' sekarang ini semakin menjadi-jadi, PTS sudah mengambil langkah ketat menyemak latar belakang akademik penulis-penulisnya, terutama penulis yang baru hendak menerbitkan karya mereka dengan PTS.
Kita tidak mahu berlaku apa yang disebut 'logik langsat sebakul' berlaku ke atas penulis-penulis PTS. Logik langsat-sebakul ini disebut dengan istilah formalnya 'falasi generalisasi'.
Logik langsat-sebakul menerangkan tingkah laku di mana apabila seseorang itu memakan langsat yang pertama, jika langsat itu masam, maka dia yakin semua langsat dalam bakul itu masam belaka. Ini yang PTS tidak mahu terjadi ke atas nama baik PTS kerana kita mementingkan nama baik.
Dalam dunia bisnes, mencipta nama yang baik mengambil masa lama, tetapi merosakkan nama baik mengambil masa sekelip mata.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan saya hormati,
Saya mencadangkan agar satu panduan diberikan dan diuar-uarkan sebagai senarai semak kepada penulis dan pembaca.
Moga-moga ia menambah keyakinan pembaca terhadap buku-buku terbitan PTS kerana mereka dapat melihat sama ada para penulis yang mempunyai gelaran berkenaan memenuhi standard tersebut.
Mungkin standard tersebut diadaptasi daripada kaedah Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan standard Unit Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Pembangunan Modal Insan di bawah Perkhidmatan Awam Malaysia.
Kerana ada yang menggunakan logik, standard yang diperkenalkan kerajaan adalah bagi mereka yang mahu bekerja di bawah kerajaan. Ia adalah pengajian peringkat tinggi cara tradisional.
Maka pilihan universiti di luar standard dan pengiktirafan MQA dan Unit Pengiktirafan Kelayakan adalah tidak wajib dan tidak semestinya perlu dipatuhi.
Dengan alasan ini, ramai yang akan mengiyakan, kerana ini adalah isu pilihan tempat belajar. Maka ia tidak salah.
————————————————————————————
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Tuan Zamri,
Saya setuju dengan pandangan tuan itu.
Isu ‘Dr. Ayam’ ini bukan hanya berlaku dalam dunia penerbitan buku dan kursus-kursus komersial, malah ia sudah berjangkit-jangkit ke dalam dunia barangan, terutamanya ‘barangan-berkuasa-penyembuhan-ajaib’.
PTS tidak dapat menjaga urusan bisnes orang-orang lain, tetapi kita akan menjaga urusan bisnes kita sendiri. Jadi, PTS hanya menyemak kredibiliti pengarang-pengarangnya, khususnya pengarang baru dan menggunakan title ‘Dr.’ ataupun mengaku memiliki PhD.
Kita sangat menyokong penubuhan TAMRIN sebab dengan adanya TAMRIN, maka lebih mudah bagi orang awam mendapatkan maklumat apabila mereka mengesyaki seseorang itu mungkin penyamar.
maaf, baru perasan…
Tapi guna “Universiti” di blog ini bukan kah satu kesalahan juga? hmmmmm… dah dapat kebenaran ke untuk gunakan “universiti” PTS?
Tidak kah macam adik beradik kepada penggunaan “Dr” di hadapan nama? Takut nanti orang kata laman web PTS ni laman web “Universiti Ayam”! ha ha
Post a comment