Thursday, November 13, 2008

TAMRIN akan Membuka Akademi Kejurulatihan dan Motivator Muslim

 

 

 

 

Dalam suatu perbincangan dengan Presiden TAMRIN, Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamed, beliau memberitahu salah satu rancangan prioriti TAMRIN adalah mengadakan siri kursus yang tujuannya adalah menerangkan falsafah, teori dan teknik kejurulatihan yang syariah-compliant.

Dalam fasa awal ini, fokus yang diutamakan adalah bagi bidang motivasi kerana banyaknya perkara-perkara yang tidak syriah-compliant yang digunakan oleh fasilitator dalam program-program motivasi yang didakwa oleh penjualnya sebagai bercirikan modul 'Islamik'. Namun begitu semasa menyampaikan modul 'Islamik' itu mereka menggunakan kaedah-kaedah yang tidak digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau menjalankan fungsi sebagai trainer dan motivator.

Banyak fasilitator yang sekarang mengaku mereka menggunakan metodologi 'Islamik' itu tidak pernah mengikuti sebarang kursus formal dalam bidang kaunseling dan kejurulatihan, baik yang yang berorientasikan teori-teori konvensional mahupun yang Islamik. Justeru, kerap kali mereka menggunakan teknik motivasi yang salah dari sudut teori psikologi dan kaunseling.

Banyak di antara mereka hanyalah bekas-bekas peserta program indoktrinasi Biro Tata Negara (BTN), lalu mereka melakukan apa yang dilakukan ke atas mereka oleh pasukan fasilitator BTN itu, dengan tidak menyedari bahawa banyak teknik-teknik indoktrinasi yang digunapakai oleh BTN adalah salah di sisi agama dan berdosa hukumnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Memilih Buku untuk Terbitan Bumper Previous entry: Projek 25,000 Laptop di Terengganu: Adakah DBP akan Menjaga Hakcipta Penulisnya
Riduan Khairi  on  11/13  at  02:54 PM

Saya amat berminat dengan program sebegini. Satu ciri pendakwah yang baik ialah berupaya memotivasikan orang lain. Pemimpin yang baik juga dinilai berdasarkan keupayaan untuk merangsang orang bawahannya untuk berubah. Itukan namanya juga motivasi. Dan sebaik-baik motivator bukankah Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau, sahabat dan pengikutnya).

Saya pernah terdengar (dari sanad yang sahih), seorang tokoh agama yang terkenal enggan duduk sepentas dengan seorang pakar motivasi yang terkenal. Katanya pakar motivasi itu (yang juga orang kuat di belakang Tamrin) banyak mengarut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/13  at  04:27 PM

Tuan Riduan Khairi yang dikasihi,

Wah! Hebat juga maklumat yang tuan dengar itu.

Hmm…. Baru ini saya tahu ada tokoh agama terkenal tidak mahu duduk sepentas dengan tokoh motivasi terkenal.

Mungkinkah saya orangnya yang dikatakan tokoh motivasi itu? (Sebab saya ini perasan saya tokoh motivasi terkenal juga, dan saya juga orang kuat di belakang TAMRIN.)

Lagi pun saya memang pernah dikatakan sebagai mengajarkan perkara ‘mengarut’ -  bagi sesetengah orang Teknik Lateral Thinking itu benda mengarut.

Kalau tokoh agama tidak mahu mendekati orang macam saya ini, (supaya dengan begitu dia dapat berdakwah kepada saya supaya berhenti mengarut), maka sikap tokoh agama itu tidak membantu membetulkan kesilapan orang-orang macam saya.

Kalau tokoh-tokoh agama hanya mahu berkawan dan mendekati orang-orang yang sudah ‘betul’, mudah benarlah profesion sebagai pakar agama.

Riduan Khairi  on  11/13  at  09:15 PM

Puan Sifu yang saya hormati,

Saya tidak arif dalam hal ehwal etika penulisan. Takut-takut tersasul terus mengaibkan orang lain. Nauzubillah. Namun dalam kes ini, orang yang dimaksudkan bukan puan.

Rasa tidak senang tokoh agama ini bangkit beberapa kali. Beliau pernah menyatakan (dengan tidak menyebut nama) rasa tidak selesanya dalam siri kuliah beliau. Namun insiden yang paling ketara ialah apabila beliau memberi kata dua kepada penganjur sama ada memilih beliau atau motivator tersebut.

Saya tidak berhasrat untuk mengadu-domba. Kerana itu bukan sifat-sifat yang baik bagi seorang Muslim. Saya utarakan kerana, kedua-dua tokoh ini saya hormati dan kagumi. Banyak juga buku-buku dua tokoh ini saya baca. Dan banyak juga siri kuliah dan syarahan dua-dua tokoh ini saya ikuti.

Namun bak kata pepatah Arab, ‘Kata-kata orang bersaing (kalamun aqran) hendaklah dilipat (baca :disimpan) jangan diriwayatkan (dilaporkan)’.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/14  at  05:16 AM

Tuan Riduan Khairi yang dikasihi,

Saya suka pepatah Arab yang tuan catatkan: ‘Kata-kata orang bersaing (kalamun aqran) hendaklah dilipat (baca :disimpan) jangan diriwayatkan (dilaporkan)’.

Ada sebuah buku yang bagus sekali isinya: “Etika Dialog dalam Islam” karya Prof. Dr. Muhammad Sayyid Thantawi.

Saya fikir sesiapa yang hendak menulis ataupun berceramah -  baik di atas pentas mahupun di depan kamera TV, CD dll -  elok membaca buku ini.

Buku ini patut menjadi bacaan wajib buat banyak profesion ‘bercakap dan menulis’ seperti ahli politik, guru, pendakwah, peguam, motivator, penulis buku, wartawan, blogger dan lain-lain.

Disebabkan buku ini menerangkan teknik bercakap (berdialog, berbincang) sebagaimana yang digunakan oleh Allah dalam Quran, maka apabila teknik-teknik itu digunakan ia akan menjadikan percakapan dan penulisan kita amat berpengaruh dan efektif.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/14  at  10:14 AM

Puan SifuPTS,di mana boleh saya menjumpai buku tersebut?
——————
-Lateral Thingking betul mutlak macam agama. Lateral thingking juga bukan salah mutlak macam ilmu sihir yang bawa syirik. Lateral thingking sejenis alat- untuk apa ia dihayun - itulah hasilnya, manafaat atau mengarut.

Pisau sangat bermanafaat dalam rumah. Tetapi kalau mahu membalikkan helaian buku dan mengetuk keyboard pun menggunakan pisau, ia jadi mengarut.

Mengungkit jasa-jasa menjadi senjata melemahkan orang. Bila Nabi Musa (as) berjumpa Firaun, Firaun mahu melemahkan Nabi Musa dengan membawakan fakta sejarah dalam istana; “Kami dulu membela engkau beberapa tahun dalam istana ini…” Nabi Musa membalas kembali juga dengan fakta, sejarah Mesir; “jasa engkau kepada aku seorang itu adalah kerana engkau memperhambakan Bani Israel.(ratusan ribu)..”. 1-0. Nabi Musa mengguna sejarah pada tempatnya.

Iblis bila dia diperintah sujud, dia membawakan fakta sejarah penciptaan. “Engkau jadikan aku daripada api, Engkau jadikan dia (Adam) daripada tanah”. (Aku lebih baik. Takkan yang lebih baik sujud hormat kepada yang kurang?!) Dia membawakan fakta penciptaan di depan Maha Pencipta demi mewajarkan penderhakaannya kepada Pencipta! (Saya fikir sebab sebenar bukan api dan tanah, itu alasan sahaja,tetapi ini boleh dibincang dalam kesempatan lain). Maka Iblis, dia membawakan semantik, logik dan sejarah untuk mewajarkan penderhakaannya.

Di manakah, bagaimanakah kita menggunakan alat itu, menjadilah ia manafaat, mengarut (sia-sia) atau mudarat.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: