Friday, August 10, 2007

Tahniah! Nenek Ini Penulis Kebanggaan PTS

Pada 15 Ogos nanti, penulis novel ini, Puan Umi Kalthum Ngah akan menerima ijazah Ph.D. beliau dalam bidang kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia.

Beliau kini seorang profesor madya di fakulti kejuruteraan USM dan sedang bercuti sabatikal di Manchester bagi menjalankan kajian beliau di sebuah hospital di sana selama 9 bulan, dalam bidang kejuruteraan perubatan.

Beliau mula belajar menulis novel dengan menghadiri kelas tatabahasa, teknik surah Yusuf dan teknik KJ Method di PTS. Waktu itu beliau sudah mempunyai cucu. Insyirah adalah nama cucu beliau.

Sebelum subuh beliau akan turun dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, dengan dihantar oleh suami beliau yang juga bertugas di USM, khusus bagi menghadiri kelas-kelas PTS.

Prof. Madya Dr. Umi Kalthum kini sudah menyiapkan novel ketiganya, dan sedang menuliskan novel keempatnya. Atas nasihat Sifu, beliau bersetuju menjadikan tema belajar di luar negara sebagai tema dalam novel-novel beliau bagi mencetuskan inspirasi kepada pembacanya supaya belajar kuat-kuat sehingga dapat melanjutkan pengajian ke seberang laut.

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Umi Kalthum, seorang jurutera, seorang ahli akademik, seorang isteri, ibu dan nenek yang berjaya menjadi penulis kreatif. Ia adalah pencapaian luar biasa!

Bak kata Tuan jOnOs... Tabik!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Jaga Disiplin Kewangan - Jangan Merompak Syarikat Sendiri Previous entry: 1.9.2007: Kelas Bahasa Melayu - Gratis
rastom  on  08/10  at  10:28 PM

Puan Ainonku,

Tiada kata dapat saya ungkapkan melainkan ma-sya-Allah! Ini baru betul Iron Lady.

.

Hahaha! Saya suka apa yang saya baca!
——-

Firdaus  on  08/10  at  11:13 PM

Tabik spring buat Prof. Madya Dr. Umi Kalthum!

norlelazubir  on  08/10  at  11:33 PM

Tahniah buat Prof. Madya Dr. Umi Kalthum.

Mya Marja  on  08/11  at  04:41 AM

Tahniah Puan Ainon! Tahniah Prof. Madya Dr. Umi Kalthum! Semoga Allah bukakan ruang rezeki dan ilham yang berlimpahan. Berkat usaha dan kesungguhan puan berdua menjadi ilham penulisan kepada saya.

Saya suka!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  07:56 AM

Assalamualaikum warahmatullah,

Semoga Prof. Madya Dr. Umi Kalthum terus berjaya di berbagai bidang. Kesungguhanmu dan penat jerihmu tetap terbalas akhirnya. Saya tumpang berbangga sebagai rakan sekuliah.

Usahamu yang tidak pernah kenal jemu memang patut dicontohi semua.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas nasihat yang pernah diberikan kepada saya. Saya tetap simpan di hati dan sentiasa berlegar-legar di fikiran.

“Perkara yang kita lihat rumit itu, selalunya tidak rumit untuk kita melepasinya…” kesimpulan dari nasihat beliau.

Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  02:02 PM

Assalamualaikum,

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Umi Kalthum kerana berjaya juga menghasilkan karya kreatif dalam kesibukan kerjayanya.

Kejayaan prof itu rasanya pasti menjadi suatu motivasi kepada penulis muda untuk lebih produktif dalam berkarya.

Terbukti juga PTS berjaya menggilap ramai bakat-bakat yang terbenam untuk tampil menjadi pengarang atau novelis yang berbakat.

Sekali lagi, syabas PTS dan Tahniah Dr. Umi Kalthum.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  03:16 PM

Salam Sifu,

Guru Hebat anak murid pun hebat, sama-sama hebat nampaknya. Tahniah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  01:49 AM

Assalamualaikum warahmatullah,


Moga Allah sentiasa merahmati Puan Ainon serta sahabat-sahabat semua…

Terima kasih di atas segala ucapan dan ingatan…

Ilmu yang kita dapat kutip itu amat sedikit. Tiada bandingannya dengan ilmu Allah… namun itu adalah di antara tanggungjawab asas yang dituntut ke atas setiap daripada kita… sebagai hambaNya..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. - Al Kahfi: ayat 109.

Moga Allah terus menerus merahmati Puan Ainon dan usaha murninya memandaikan bangsa….

Ayuh! Kita berdiri dalam saf seumpama batu batan yang tersusun rapi di belakangnya…

Wasalam,

Umi Kalthum Ngah
(Neena Umi)

Alang Kelana  on  08/13  at  05:51 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah! Tahniah! Tanhiah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  07:03 AM

Tahniah Dr. Umi dan Puan Ainon!
Semuga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Semuga usaha kita semua untuk memandaikan bangsa menjadikan kita lebih dekat kepada Allah dan sentiasa mendapat rahmatnya.

Allah masukkan kita ke syurga bukan kerana amalan kita semata-mata tetapi kerana rahmatnya kepada kita. Sentiasalah mohon rahmat Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/04  at  08:02 PM

Tahniah.
Alhamdulillah bangganya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: