Thursday, June 11, 2009

Syukur! Syukur! Rezeki Harimau untuk Penulis PTS dari Perpustakaan Negara Malaysia

Salam, Puan Ainon.

Alhamdulillah, saya baru dapat panggilan telefon dari Cik Rosmini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Beliau memberitahu tahun 2009 ini, 9 tajuk buku PTS telah terpilih dalam senarai pembelian terus dari pengarang. Buku-buku itu adalah:

1. Rahsia Bisnes Mamak - 925 naskhah (Zamri Mohamed & Faisal Sharbudin)

2. Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas - 961 naskhah (Zamri Mohamed)

3. Sarah dan Bunga Mawar - 1089 naskhah (Ezee Rahmani)

4. Abang, Adik dan Kasut - 1089 naskhah (Ezee Rahmani)

5. Leftenan Adnan - 1086 naskhah (Abdul Latip bin Talib)

6. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam - 929 naskhah (Abdul Latip bin Talib)

7. Dia Istimewa - 1089 naskhah (Aini Naufal)

8. Galaksi Muhsinin - 1089 naskhah (Azrul Jaini)

9. Bukan Yang Pertama - 735 naskhah (Salina Ibrahim) 

Khalilah binti Mad
Koordinator Jualan & Khidmat Pelanggan
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
No.12 & 12A, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor. Malaysia
Office : +603.6188.0316 / 016 661 1498
Fax : +603.6189.0316 Url : www.pts.com.my

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbaru Sastera Jantan PTS Previous entry: Sekeluarga ke UK dengan Wang Royalti Novel PTS
Abdul Latip  on  06/11  at  01:44 PM

Alhamdulillah,
Berkat semua pihak bekerja kuat. Semoga ada lagi buku-buku PTS yang akan terpilih.

Shamsuddin Kadir  on  06/11  at  06:05 PM

Tahniah Tuan Zamri,

Rezeki Tuan dapat serentak ini adalah satu dari kebaikan yang datang mendadak. Alhamdulilah. Semoga ada lagi berita baik untuk Tuan dan penulis lain dalam masa terdekat ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/11  at  08:32 PM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Bak kata Puan tahun 2006 dahulu, tulislah buku yang bermanfaat, soal rezeki itu bukan kerja kita, itu kerja Tuhan. Nasihat puan ini jadi kekuatan saya selama ini. Syukur setinggi syukur.

Malah keberkatan doa jemaah PTS di HQ dan editorial, para penulis dan rakan-rakan industri dan tim PNM yang mendoakan penulis biasa-biasa ini.

Aduhai, rasa nak menangis pun ada…

Sunthara  on  06/13  at  01:37 AM

Kepada rakan penulis Zamri Mohamed & Faisal Sharbudin, Ezee Rahmani,Abdul Latip bin Talib,Aini Naufal,Azrul Jaini,Salina Ibrahim—->TAHNIAH atas rezeki yang diperolehi. TAHNIAH berganda untuk mereka yang terpilih lebih dari satu karya. Kepada penulis lain moga akan terpilih dalam masa terdekat ini.

-www.SuntharaSegar.com

salina ibrahim  on  06/13  at  09:57 AM

Alhamdulillah syukur. Tahniah untuk semua penulis yang terpilih. Dan tahniah juga untuk PTS. Rezeki datang dari tempat yang tak disangka-sangka. Moga-moga kita semua lebih semangat untuk berjuang.

Salam hormat,
Salina Ibrahim

Asyraff Hafdzan Abdullah  on  06/13  at  11:51 PM

Assalamualaikum.

Tahniah untuk semua senior mentee yang mendapat rezeki lebih pada tahun ini. Didoakan semoga bertambah kekuatan dan motivasi untuk terus berjuang memandaikan bangsa.

Doakan saya juga, mentee kecil yang masih bertatih!

Asyraff Hafdzan Abdullah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

Azrul  on  06/15  at  11:15 AM

Salam, Puan

Baru perasan entri ini hari ini. Saya terlepas pandang. Syukur kepada Allah, ini antara satu limpahan rezeki-Nya yang tidak terhingga. Tahniah kepada angkatan sahabat-sahabat penulis yang berjuang memandaikan bangsa dengan buku. Berkat ikhlas kalian, rezeki datang daripada arah-arah yang tidak disangka-sangka.

Sungguh, ini merupakan satu motivasi yang kuat untuk terus berkarya!

Kepada sahabat-sahabat yang lain, teruskan perjuangan!

Wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/18  at  01:51 PM

Salam,
AlhadulilLah syukur dengan rezeki ini.

Sedikit coretan yang ingin saya kongsikan. Bulan lepas saya bercadang untuk buat Master bagi melayakkan saya menjadi pensyarah. Saya sudah bosan dengan pekerjaan sekarang yang membuatkan masa untuk saya membaca dan menulis (walaupun menulis blog, inikan pula buku) hampir tidak ada.

Jadi, saya membuat solat istiharah meminta petunjuk apakah saya perlu menukar kerja sekarang dengan gaji yang agak lumayan atau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa sambil menjadi pensyarah separuh masa.

Maka, saya membuat andaian (semoga andaian saya ini betul) bahawa dengan tawaran dari PNM ini adalah petunjuk bahawa saya perlu berhenti dari pekerjaan sekarang dan ambil Master untuk menjadi pensyarah.

Wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: