Sunday, July 12, 2009

Survival Majalah Sangat Ditentukan oleh Brand

PTS sering kali juga menerima cadangan daripada pendukungnya supaya menerbitkan majalah ilmu dalam Bahasa Melayu.

Menerbitkan buku dan menerbitkan majalah adalah 2 bisnes yang sangat berbeza. Mereka yang pandai menerbitkan buku tidak pandai menerbitkan majalah, dan demikian juga sebaliknya. Prosedur menerbitkan, mengedar dan menjual majalah sama sekali berlainan daripada buku.

Tidak seperti penerbitan buku, penerbitan majalah bergantung kepada pendapatan daripada jualan ruang iklan. Inilah faktor yang menyebabkan majalah sangat bergantung kepada brand.

Sebagai contoh, disebabkan majalah memerlukan branding bagi mendapatkan pengiklan, penerbit kepada 2 majalah permotoran yang terbesar di Malaysia iaitu ON THE ROAD dan MOTOR TRADER sanggup mengiklankan majalah mereka di TV Astro.

Pendapatan penerbit majalah sangat bergantung kepada keadaan ekonomi, oleh itu tidak stabil, yakni turun naik. Apabila ekonomi naik, banyak syarikat mempunyai wang bagi membeli ruang iklan dalam majalah. Apabila ekonomi  merudum, mereka mengurangkan bajet periklanan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berpuluh-puluh Penulis Buku Melayu Mendapat Royalti Lebih RM50 Ribu Setahun Previous entry: Sabtu 18 Julai 2009 di Plaza Shah Sentral dengan Ahmad Fadzli Fauzi
saiFz  on  07/12  at  10:51 AM

Majalah SOLUSI terbitan TELAGA BIRU misalnya kelihatan menggunakan majalah mereka untuk mempromosikan buku-buku mereka dalam majalah tersebut. Kelihatan seperti berkesan juga.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: