Surat: Sudah 4 Tahun Kenal PTS
Salam, Pn. Ainon.
Saya ingin melahirkan rasa bangga dan bersyukur atas usaha puan dan PTS menerbitkan karya yang dapat memenuhi hasrat jiwa yang tercari-cari sesuatu untuk santapan rohani.
Saya mengenali PTS lewat karya Ain Maisarah, Dr. Kamil Ibrahim, Dr. Danial Zainal Abidin dan lain-lain lagi. Akhirnya kami mempunyai team pembaca, pengulas dan pembeli buku-buku terbitan PTS.
Sudah 4 tahun saya kenal PTS. Anak-anak remaja begitu teruja untuk membaca karya Ain Maisarah yang tag line novelnya "Aku mahu..."
Syabas untuk warga PTS kerana berjaya mengalih perhatian remaja daripada karya yang bertunjangkan cinta nafsu kepada cinta Allah dan agamanya serta nuasa bangsa. Semoga usaha puan dan warga PTS sentiasa diberkati Allah dan dilimpahkan rahmat dan kekuatan untuk perjuangan Agama Allah. Wassalam.
Shidah, JB.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment