Surat Pilihan: Tanda-tanda Awal Satu Lagi Bestseller akan Muncul
Assalamualaikum & Salam Ramadhan,
Alhamdulialh dan terima kasih dengan penghantaran buku Haji Muda ke pejabat saya.
Buku tersebut tiba di pejabat saya hari Khamis jam 12tgh sebanyak 200 naskhah. Pagi ini Sabtu 20 Sept, selepas tidak sampai dua hari saya sudah kehabisan stok. Subhanallah!
Saya sujud syukur kerana tidak sangka sambutan rakan, kenalan dan orang-orang yang saya tidak tahu siapa, telah datang mencari buku Haji Muda. Ianya di luar jangkaan saya!
Sejak 2 hari lalu jadual tugas dan mesyuarat saya penuh. Tetapi menghairankan, ada yang sanggup tunggu sehingga saya habis mesyuarat semata-mata untuk mendapatkan autograf saya. Semalam sahaja tidak kurang dari 40 naskhah buku saya diminta untuk sign autograf.
Saya dijemput menghadiri satu majlis tarawikh yang turut dihadiri oleh seorang YB Ahli Parlimen pada hari Isnin 22/09/08. Saya diminta untuk memberi sedikit preview buku Haji Muda tetapi saya sudah kehabisan stok. Bolehkah tolong hantar 200 buah buku lagi pada hari Isnin tengah hari 22/09/08?
Terima kasih kepada Tim PTS Islamika kerana telah berjaya menampilkan grafik buku yang menarik dan susunatur kandungan. Kepada Pn. Ainon dan Prof. Muhd. Kamil, terima kasih dengan perkongsian kelahiran Haji Muda di blog Universitipts dan blog Prof. Kamil. Salam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tuan Ridzwan,
Nampaknya sejarah yang dicipta oleh Prof. Kamil akan berulang! Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Macam gurunya, macam muridnya.
Guru tulis buku haji, murid pun tulis buku haji. Guru diundang berceramah, murid pun diundang berceramah.
Memang buku dapat membuka pintu-pintu rezeki baru bagi penulisnya.
Hehehe… Kini giliran seorang lagi tokoh ‘bukan-ustaz’ pula menjadi penceramah haji yang disukai ramai.
Pasaran ceramah agama yang disampaikan oleh bukan-ustaz adalah besar. Ini adalah Laut Biru. Majoriti pendengar ceramah adalah dari latar belakang bukan-agama, justeru mereka suka mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh ‘mirror-image’ mereka sendiri. Mereka mudah dapat ‘connect’ dengan penceramah disebabkan latar belakang yang banyak keserupaan.
Golongan bukan-ustaz suka mendengar motivasi-spiritual daripada penceramah bukan-ustaz. Sebaliknya, mereka suka juga mendengar ceramah ustaz-ustaz, tetapi bagi hal-hal yang berkaitan hukum-hakam fikahnya.
Selamat berceramah!
Nota: Buku pertama sudah terbit, mulakan menulis buku kedua.
Puan Sifu Ainon,
Kalau kita menghadiri ceramah-ceramah jualan langsung, mereka guna pendekatan yang baik sekali bagi memujuk manusia lain bersama mereka berniaga jualan langsung.
Kalaulah para ustaz meletakkan matlamat dan pendekatan yang sebegitu yang sama, tentulah lebih ramai yang berminat mendengar. Kekadang yang ‘berani’ mendengar ceramah para ustaz tidak ramai, kerana pendekatan ‘marah-marah’ dan perli di dalamnya. Pendekatan marah-marah ini boleh, kalau audiennya semacam manusia bernama Umar bin AlKhattab.
Pernah Nabi muhammad saw mengajak Abu Jahal dan sekutunya, “Mahukah kamu aku beritahu satu kalimah yang dengannya bangsa Arab akan ikut dan bangsa bukan Arab akan tunduk?”
“Katakanlah kalimah itu, jangankan satu, sepuluh pun kami sanggup.”
Apabila dibawakan satu kalimah syahadah yang cuma mengakui satu Tuhan sahaja, mulalah Abu Jahal mencebir. “Pelik sungguh, satu Tuhan sahaja.”
Abu Jahal dan gengnya mula-mula sudah tertarik dengan tawaran Nabi, tetapi kedegilan dan bertuhankan hawa nafsu mengikat tangannya daripada kebenaran. Ketika bangsa Arab telah melihat kebenaran janji Nabi, Abu Jahal pula terperosok dalam perigi buta penuh kehinaan selepas peristiwa Badar.
Yang diperlukan oleh orang yang cuba dijinakkan ialah pujukan dan ‘umpanan’.
(Bangsa Arab dulu, kalau lagi banyak Tuhan bermakna lebih baik, lebih kuatlah kononnya. Bila dikatakan dengan satu Tuhan boleh dapat sebegitu kekuatan, mereka mula mencebir Nabi).
Tuan Arrantuai,
Barangkali elok juga kita cadangkan kepada JAKIM supaya para ustaz dilatih oleh trainer MLM tentang teknik teknik-teknik persuasion (bujukan) bagi menggantikan teknik ‘marah-marah, perli-perli dan menyindir-nyindir’.
Golongan yang mahu berjinak dengan agama, yang mereka perlukan adalah nasihat agama dan pujukan kepada agama.
Buat masa ini, mereka belum memerlukan kecaman atau perlian.
Maka berilah mereka apa yang mereka perlukan, bukan mengikut keperluan penceramah. Penceramah berceramah mengikut keperluan pendengar, bukan mengikut kemahuan penceramah.
(tukang masak restoran masak apa yang pelanggan pesan, bukan masak apa yang tukang masak suka hendak masak!)
Tuan Arrantaui (siapalah gerangan tuan hamba ini?),
Saya sangatlah bersetuju dengan pandangan tuan itu - perihal apa yang tukang masak restoran masak.
Sememangnya dalam dewan kuliah wujud 2 keperluan (i) keperluan psikologi penceramah, dan (ii) keperluan psikologi pendengar.
Di kalangan penceramah amatur, lazimnya yang menang adalah keperluan psikologi sang penceramah itu sendiri.
Secara bawah-sedar, sang penceramah amatur berceramah demi memenuhi keperluan psikologinya sendiri. Sebagai contoh, apabila dalam jiwanya sang penceramah mahu membuktikan dirinya seorang yang pandai-agama, maka dia pun bersungguh-sungguh bercakap panjang lebar berkenaan betapa bodohnya orang-orang lain dalam hal-ehwal ilmu agama.
Ia ibarat tukang masak restoran yang perlu membuktikan dia pandai membuat kek 11 tingkat, maka dia pun menghidangkan kek 11 tingkat, sedangkan pengunjung restoran hanya mahu makan lepat ubi.
Demikianlah halnya dengan ustaz-ustaz yang (sikit-sikit membaca teks Arab, sikit-sikit membaca teks Arab) dan menyebut senarai kitab-kitab dan pengarang-pengarang besar Arab yang sudah dibacanya kepada pendengar yang buta-Arab.
Puan Sifu Ainon Mohd,
Saya teringat kisah bijaknya Nabi Musa as berkomunikasi, dalam surah Taha, Allah menyatakan bahawa Allah bersama Musa dan Harun. Tetapi dalam saat genting Nabi Musa dan pengikutnya dikepung Firaun dan laut, pengikutnya mula berkata, “Habislah kita….”
Dalam surah Assuaraa, Nabi Musa berkata, “Tuhan aku bersama aku….” Nabi Musa tidak mengatakan ‘Tuhan Musa dan Harun’, ataupun mengatakan ‘Tuhan kita bersama kita’. Juga tidak Nabi Musa berkata, “Allah bersama kita”.
Tuan Arrantuai,
Daripada dialog Nabi Musa yang tuan sebut itu, kita dapat menggali konteks perubahan penggunaan kata ‘Tuhan’ dan ‘Allah’ serta frasa ‘Tuhan + aku/kita/Musa’.
Jadi, kita dapat mengetahui dalam keadaan bagaimana kata ‘Tuhan’ digunakan, dan dalam keadaan bagaimana kata ‘Allah’ digunakan. Demikian pula halnya dengan penggunaan frasa-frasa tersebut.
Data itu dapat kita analisis bagi mendapatkan prinsip-prinsip dan teknik-teknik persuasif pada pemilihan kata.
Selepas ini saya akan baca semula surah Yusuf bagi mengetahui apakah ada data seperti itu dalam surah tersebut kerana kajian saya berfokus pada surah Yusuf. (Sayang sekali saya ini buta-Arab.)
Puan Ainon Mohd,
Ketika Nabi Muhammad saw berada bersama Sahabat Abu Bakar dalam gua, beliau berkata “...Sesungguhnya Allah bersama kita….”
Ketika saat genting, Nabi Musa as hanya menyebut “Tuhan Aku..”
Itulah bahasa “aku” bertujuan mengelakkan pertikaian dan perbahasan panjang. Seolah-olahnya “Jangan cakap banyak, Ikut sahaja Aku. Tuhan aku bersama aku, nanti Dia akan memberi petunjuk kepadaku.”
Ada ketikanya Nabi Muhammad diajar Allah ketika ‘menjawab’ pertanyaan golongan yang bertanya tetapi telah sedia menutup telinga dan hati daripada penjelasan, katakan “Untuk kami kerja kami, untuk kamu kerja kamu” dalam banyak tempat dalam Al-quran. Maka selepas itu tiada lagi perbincangan.
Kekadang Nabi menjawab dengan cara tidak menjawap (berdiam diri).
Teringat pula saya kisah kaum Bani Israel dulu, mereka berkata kepada Nabi Musa: “Maka pergilah kamu dan Tuhan kamu, maka berperanglah kamu berdua, sesungguhnya di sini kami menunggu.” (terjemahan ikut struktur asal ayat).
Gaya ayat yang menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mahu memisahkan diri daripada Nabi Musa. Suatu jenis pernyataan yang amat buruk. Lihat kata “Tuhan kamu (Musa)”. Disebut “maka pergilah..” terlebih dahulu, barulah disebut “maka berperanglah”.
Tuan Arrantaui,
Petik: “Maka pergilah kamu dan Tuhan kamu, maka berperanglah kamu berdua, sesungguhnya di sini kami menunggu.”
Dialog di atas dapat juga dianalisis menggunakan kronologi, yakni urutan waktu peristiwa.
Ayat itu mengandungi 3 peristiwa: “Maka (i) pergilah kamu dan Tuhan kamu, maka (ii) berperanglah kamu berdua, sesungguhnya (iii) di sini kami menunggu.”
3 pristiwa itu disusun ikut kronologi, yakni peristiwa yang mula-mula berlaku di letakkan paling awal dalam ayat, manakala peristiwa yang berlaku paling akhir diletkkan di hujung ayat.
Struktur kronologi peristiwa seperti itu digunakan dalam seluruh penceritaan kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf. Dalam surah itu, tidak ada ciri plot flash-back ataupun flash-forward sebagaimana yang diajarkan kepada student-student sastera aliran Teori Barat.
Tentang frasa “di sini kami menunggu” kalimat ini meletakkan “di sini” sebagai kepala frasa, sedangkan kalau mahu ia boleh ditulis “kami menunggu di sini”. (Sayang sekali saya bodoh-Arab, jadi saya tidak dapat menganalisis kalimat selain aspek penekanan-dan-posisi-kata.
Puan Sifu Ainon,
“Di sini, kami menunggu” menekankan bahawa mereka ini, sangat tidak mahu pergi. Mereka sangat mahu memisahkan diri daripada Nabi Musa. Sampai point ini sahaja. “Selepas daripada point ini, kamu dan Tuhan kamu yang pergi. Kemudian kamu berdua berperanglah”.
Saya sangat berminat dengan penggunaan dan gaya bahasa dalam AlQuran. Ia suatu bahagian kajian yang tinggi. Di kalangan buku tafsir AlQuran pun, tidak semua menyentuh dalam hal ini.
Saya tertarik dalam hal pendidikan misalnya ayat 16:17 : “Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam hal kamu tidak mengetahu suatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran dan penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
Kenapa disebut dahulu pendengaran kemudian baru penglihatan. Sangat menarik kenapa pendengaran dalam bentuk kata tunggal (betulkah istilah ini?). Penglihatan pula disebut dalam bentuk plural (kata banyak?). Bagaimana perkaitannya dengan pembelajaran dan tumpuan dan idea? Saya ada sedikit idea, tetapi kalau ini bidang Puan Ainon, adakah dibuat kajian dalam topik ini?
Sayangnya, saya pula tidaklah buta tetapi rabun Arab. Yang kurang malangnya, power spec saya semakin menyusut.
Tuan Arrantaui,
Ilmu sains pendidikan bukan bidang saya. Saya tidak memiliki sebarang diploma ataupun ijazah dalam bidang itu. Saya hanya membaca buku-buku psikologi pendidikan sahaja (semasa saya sedang cuba menulis tesis Ph.D saya dahulu, tetapi saya berhenti separuh jalan bagi memulakan bisnes sebagai penerbit).
Post a comment