Monday, December 03, 2007

Surat Pilihan: Kerana Bertudung Menjadi Pakar Rujuk

Assalamualaikum Puan Ainon.

Semoga Puan Ainon dan semua warga PTS sihat sejahtera dan diberkati Allah sentiasa hendaknya.

Saya sangat berkenan dengan isi kandungan (surat Nur Aliya Yeoh) ini dan bersetuju dengan si penulisnya.

Memang tepat apa yang dikatakan beliau - ada banyak persoalan tentang Islam, yang Muslim sendiri sukar menjelaskannya kepada golongan bukan Islam.

Saya berpengalaman bekerja di sebuah syarikat swasta selama 3 tahun, di mana bos-bos saya (immediate superiors) kebanyakannya ekspatriat - dan bukan Islam. Oleh kerana saya seorang sahaja yang memakai tudung di syarikat tersebut, pada pandangan mereka saya sahajalah selayaknya tempat “rujukan” mereka bertanya berbagai soalan tentang Islam. Soalan-soalan mereka bukan berbentuk soalan hendak menghentam Islam, tetapi sekadar ingin tahu mengapa begitu, kenapa begini. Pening jugalah menjawabnya, selain kadang kala perlu “berdebat” pula dengan mereka ini.

Mungkin pasukan PTS boleh mengumpulkan pelbagai soalan yang lazim ditanya oleh orang bukan Islam, untuk diterbitkan bersama jawapannya. Ada banyak sebenarnya soalan yang pada zahirnya nampak mudah dan remeh, tetapi jawapannya perlu teliti supaya tiada salah faham.

Semoga cadangan ini mendapat pertimbangan puan.

Sekian, wassalam.

JULIANA ES 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel PTS Bernilai Motivasi-Inspirasi Previous entry: Strategi Bisnes: Penulis Duta Brand
Zamri Mohamad  on  12/03  at  02:52 PM

Dahulu JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka) pernah mengeluarkan sebuah buku soalan-soalan popular mengenai Islam daripada bukan Islam. Tajuknya The Right Path.

Kemudian Zakir Naik, presiden Islamic Research Foundation (IRF), Mumbai, India pernah menulis buku 20 soalan popular mengenai Islam oleh bukan Islam. Ada dijual di Setiawangsa.

Abdul Latip  on  12/03  at  03:41 PM

Memang benar ada kalanya apabila kita ditanya soalan yang nampak mudah tetapi amat sukar hendak menjelaskannya supaya dapat difahami oleh yang bertanya. (bukan Islam)

Saya pernah ditanya oleh seorang asli di tempat saya, Kenapa ayam kampung yang makan bangkai, tahi dan sebagainya halal dimakan. Tetapi kenapa beruk, monyet dan tupai yang cuma memakan buah dan daun kayu haram dimakan.

Kalau kita jawap itu sudah “hukum” Tuhan mereka sukar menerimanya kecuali yang telah mendapat hidayah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  06:37 PM

Biasanya, pengajian agama Islam lebih tertumpu kepada menelaah buku-buku agama yang menjadi rujukan asas. Contohnya dalam fikah, pelajar agama mengaji kitab matla’ badrain, bughyatut tullab, matan abu syuja’ dan sebagainya yang dikarang oleh ulama terdahulu. Sistem yang dipraktikkan adalah berbentuk ‘talaqqi’ iaitu menadah kitab dan mengadap guru.

Pelajar agama khususnya daripada aliran pondok, mempunyai disiplin yang tinggi apabila berada dalam majlis ilmu dan menghormati guru tanpa banyak bertanya soalan atau mempertikaikan jawapan. Walau bagaimanapun, ada juga pelajar yang bersikap ingin tahu lalu bertanya soalan bertubi-tubi bagi menguasai ilmu. Contohnya Imam Abu Hanifah yang selalu bertanya kepada gurunya sehingga beliau dilantik menggantikan tempat guru beliau kerana ketinggian ilmunya. 

Situasi yang sama berlaku di sekolah menengah yang menggunakan buku teks agama. Namun, sebahagian pelajar hanya memberi tumpuan bagaimana menjawab soalan peperiksaan tanpa memahami tajuk sedalam-dalamnya. Akibatnya, lahirlah generasi ilmuan ‘agama sukatan’ yang hanya terhad pada apa yang ada dalam bukunya sahaja.

Saya juga pernah ditanya oleh orang Islam dan bukan Islam mengenai Islam. Memang diakui, soalan yang diberikan mencabar minda dan memerlukan masa untuk menjawab. Rata-rata mempunyai pelbagai fahaman mengenai Islam malah ada yang berfahaman yang menyimpang. Betul kata Puan Sifu, orang Islam juga memerlukan perhatian dalam memahami agama sendiri.

Firdaus  on  12/03  at  06:54 PM

Sebulan lepas saya ada berbincang dengan Saudara Yussamir untuk mengahsilkan buku soalan popular mengenai Islam. Kami akan memulakan projek ini dengan sesegera mungkin, Insya’Allah. Tambahan pula masing-masing baru sahaja siap buku pertama.Kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan dan guru di Islamic Information Services, Setiawangsa. Doakan agar kami diberi kekuatan untuk menyiapkannya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  07:05 PM

Assalamualaikum.

Terima kasih Puan Ainon dan saudara semua kerana memberi perhatian kepada perkara ini.

Meneliti komen lain dari entri asal topik ini, yang menyebutkan bahawa sudah ada buku berkenaan (soalan lazim mengenai Islam) diterbitkan, menunjukkan betapa terhadnya buku-buku berkenaan sehinggakan boleh disebut hanya beberapa kedai dan beberapa contoh sahaja pihak yang mengusahakannya.

Mengapa PTS? Mengapa bukan pihak lain? PTS, selain mempunyai strategi pemasaran yang mantap, juga mengatur bahan penerbitannya dengan begitu rapi sekali, dari kulit hadapan ke kulit belakang. PTS sudah menjadi nama yang sinonim dengan buku tempatan (Alhamdulillah). Buku-buku PTS juga sangat meluas dipasarkan. Oleh yang demikian, khalayak umum - terutamanya kafir harbi, tidak susah mencari atau “segan” menilik buku agama terbitan PTS, Insya Allah.

Sekian, wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  07:10 PM

Saudara Firdaus,

Bolehkah saya menyibuk “menyumbangkan” beberapa soalan berkaitan?(saya boleh hantarkan ke e-mel, misalnya?) Semoga usaha saudara dan rakan saudara berjaya, Insya Allah.

Firdaus  on  12/03  at  08:07 PM

Saudari Juliana

Silakan menyumbang soalan ke emel muhd.firdaus.ariff AT gmail DOT com. Terima kasih atas sokongan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/05  at  05:29 PM

PTS juga telah menerbitkan sebuah buku yang boleh dijadikan rujukan iaitu Kit Kombat Islam Untuk Remaja tulisan Dr. Danial. Walaupun tajuknya ‘untuk remaja’ namun isinya sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: