Surat Pilihan: Jurutera-cum-Ilustrator-cum-Penulis Minta Idea
Assalamualaikum, Sifu.
Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dari sifu dan juga staf PTS-One, akhirnya saya berjaya menyiapkan novel sai-fi saya yang sulung.
Jutaan terima kasih kepada sifu kerana memberi motivasi dan juga teknik-teknik penulisan. Memang sangat berguna untuk penulis baru seperti saya.
Di sini saya ingin meminta pendapat dan tunjuk ajar dari sifu bagaimana untuk mengarang sambungan atau sekuel dari novel pertama.
Juga saya ingin mengetahui apakah trend terkini dunia penulisan agar novel kedua ini akan mendapat tempat di pasaran kelak (niat utama pastilah untuk memandaikan bangsa)
Saya sertakan draf sinopsis untuk komentar dari sifu.
Sekian, terima kasih.
M FAISAL NORDIN (ilustrator dan pelukis cover SKK)
............................
Nota Sifu kepada penulis PTS yang lebih senior: Tolongi Sifu menjawab pertanyaan Tuan Jurutera hensem kita ini! (Mana Tuan Zafran?!)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya tidaklah lebih senior tapi ada idea dalam membina siri. Saya bersedia untuk membantu.
banyakkan menonton movie dan karya hebat. Wujudkan dalam hati anda. “Aku boleh buat lebih baik daripada cerita ini.”
Ini cara kerja penulis skrip Hollywood bersaing. Mahu tahu bagaimana satu cerita menjadi menarik, boleh semak mana-mana DVD yang ada bonus track bahagian behind the scene - skrip. Lihat bagaimana mereka menganggap penulisan ini ibarat satu peperangan. Anda pasti seronok untuk berkarya.
- Mr. Sadman
Err..tuan Zafran sedang sibuk puan untuk novel SKK4 dan Novel remaja PTSone. Harap diberi masa.
He he he he….
Bagus cadangan Mr. Sadman itu, akan saya praktikkan dengan lebih kerap. Err, tulis cerpen dan artikel perlu lebih kerap untuk membiayai semua itu. :D
Ada sesiapa rakan PTS berminat untuk menonton filem ‘The Golden Compass’ minggu hadapan?
Post a comment