Sunday, January 20, 2008

Surat Pilihan: Isu Ustaz dan Mat Rempit Tidak Baca Buku

Assalamualaikum..

(Kata ustaz itu, “Ada satu penerbit itu membuat buku agama yang sangat mudah hinggakan dibuang footnote dan teks arab. Katanya untuk bacaan mat rempit. Mat rempit mana baca buku!")

Puan,

Entah mengapa saya sangat suka topik entri ini. Andai ada masa ‘mengeteh’ bersama 3 Abdul ‘Geng Sewel’, dapatlah kita mengulasnya dengan lebih panjang.

Saya ada jugalah kenalan dari kalangan ustaz-uztazah ini. Apabila berbual dan berkawan bersama mereka, saya lihat masing-masing ada cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah kepada kita.

Mereka ustaz, tetapi mat-mat rempit hadir berkawan, berbual, mengeteh semeja, mendengar ceramah mereka kerana cara penyampaian mereka itu membuatkan mat-mat rempit ini rasa didekati.

Mat-mat rempit ini rasa masih ada manusia di muka bumi ini mengambil berat tentang diri mereka dengan memberi mereka kata-kata yang boleh merangsang untuk berubah sedikit demi sedikit.

Andai sering kita punyai masa ke program ceramah yang diadakan di padang-padang, tepi jalan terutamanya seperti di Taman Dagang yang pernah saya terlihat, terdapat sekumpulan mat-mat rempit ini hadir berkumpul duduk di atas motor masing-masing yang diletakkan sebaris panjang turut mendengar ceramah itu yang disampaikan seorang ustaz yang tidak banyak menggunakan bahasa arab dalam ceramahnya ketika itu.

Namun isi ceramahnya tetap sampai kepada hadirin dengan mengajak kita kembali kepada jalan-jalan-Nya.

Sering dilihat pelbagai jenis buku-buku agama di pasaran. Terdapat buku yang bagus kandungannya, tidak kurang juga ada yang sukar difahami isi penyampaiannya.

Walau bagaimanapun semuanya baik dan apa jua bentuk penyampaian, yang penting adalah mesejnya sampai dan difahamai pembaca.

Semoga dirahmati Allah selalu.

Amin…

Nota kaki: “Preeengg.. preeenng.. preeeennggg... Ooo ekjos besi, patutlah Pom! Pom! Pom! Kuat sangat..”

jOnOs 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Isu PTS Tolak Manuskrip Orang Pandai Previous entry: Tip Survival Penerbit: Risiko Menolak Manuksrip Orang Pandai Berceramah

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: