Friday, January 04, 2008

Surat Pilihan: Isu Pensyarah Muda dan Buku untuk Orang Muda

Assalamu’alaikum

Puan Sifu, saya suka apa yang Sifu tulis:

“Kita menulis bagi memandaikan bangsa. Kita bukan menulis untuk memandaikan rakan kita, ketua jabatan kita, dekan kita, ataupun pengarah kita.”

Tepat sekali. Pensyarah-pensyarah muda dan tua juga harus sedar, menulis itu berdasarkan sedikit ilmu yg ALLAH beri adalah untuk menyumbang kepada masyarakat. Bukan semata-mata untuk jadi ‘glamour’ di kalangan orang yang pakar dalam bidang yang diceburi. Yang lebih utama ialah ramai orang dapat manfaat daripada apa yang ditulis.

Sebelum ini saya juga rasa terperangkap dalam mind-set yang saya selaku seorang pensyarah hanya boleh menulis jurnal sahaja. Walau bagaimanapun, setelah saya baca sebuah buku baru-baru ini bertajuk ‘Value of Time’ ternyata ilmuwan Islam zaman dahulu kala sangat multi-disiplin. Mereka tulis apa yg mereka rasa mereka ingin tulis dan ingin sumbangkan. Iman mereka sangat kuat menyebabkan mereka sangat menghargai masa. Masa digunakan sepenuhnya untuk membaca dan menulis! Sehinggakan makanan mereka pun dicairkan untuk menjimatkan masa yang digunakan untuk makan! Subhanallah!

Bila difikir semula, banyak sumbangan mereka. Padahal pada zaman mereka, pada pendapat saya, mereka menulis bukan untuk mendapatkan duit, tetapi untuk menyumbang kepada masyarakat. Konsep ‘Iman dan Amal Soleh’ mereka tersemat kukuh di dalam hati-hati mereka.

Ketika saya menuntut ilmu di Manchester, seorang Professor membuatkan saya berfikir. Katanya zaman dahulu, penulis-penulis bukannya banyak kemudahan. Lampu pun tiada, tetapi mereka mampu menghasilkan karya-karya yang digunakan hingga ke hari ini.

‘How about you, Malaysian brothers and sisters?” tanya Professor Syeikh Salim. Semuanya ada, biasiswa, elaun buku dan alat tulis... terlalu panjang senarai nikmat dan kemudahan yang ada.

Apa pun yang ingin saya fokuskan ialah, NIAT kita menulis dan sejauh mana kita mampu mengatur masa kita untuk menulis. Alangkah seronoknya sekiranya tajuk yang kita tulis boleh memandaikan bangsa dan MENGUBAH hidup-hidup masyarakat ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya Nabi Muhammad itu agent of change. Kita seharusnya mengikut sunnah tersebut. smile

Wassalamu’alaikum.

Noorminshah A.Iahad
Pensyarah Muda Baru Mengorak Langkah

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Isu Pensyarah Menulis Buku Umum Previous entry: Surat Pilihan: Isu "Jerung Akademik " dan Pensyarah Muda
NeenaUmi  on  01/04  at  09:58 AM

Assalamualaikum warahmatullah,


Entri ini sebenarnya saya sudah letakkan pada komen blog kepunyaan Prof. Muhd. Kamil Ibrahim tetapi saya letakkan juga di sini supaya dapat sama-sama kongsi…

——

Situasi di tempat saya agak berbeza. Penulisan atau karya media umum diambilkira sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam ruang borang kenaikan pangkat (walaupun sedikit sahaja poinnya…daripada menidakkannya langsung…)

Sudah tentunya sebagai ahli akademik, kita tahu kepentingan mendisiplinkan diri dan menyedari tugas hakiki dalam menjana ilmu baru serta membimbing tenaga baru dalam bidang penyelidikan kita, khususnya para pelajar peringkat pasca siswazah.

Saya mula menulis bahan umum di ruang akhbar sebab ingin menyumbang ide dan sedikit ilmu yang ada kepada masyarakat umum (ruang Jendela Hikmah dan Bicara Kalbu-Berita Harian setiap Jumaat kelolaan Wanita JIM) bersama rakan-rakan dalam takungan Kelab Penulis Islah (Jamaah Islah Malaysia -JIM). Apa yang kita boleh bantu dalam kebaikan maka kita kena bantu…

Saya menulis buku sebab mahu berkongsi pengalaman…terutama buat para remaja yang masih tercari-cari identiti diri. Mereka perlukan bahan bacaan membina dan memotivasikan diri dalam bentuk cerita sebagai alternatif kepada apa yang ada dalam pasaran (khususnya membentuk jati diri remaja Muslim). Saya mahu memperkayakan lagi koleksi yang ada.

Pada saya, sesuatu itu akan lebih manis dan amat bermakna sekiranya dapat dikongsikan bersama. Juga beri peluang kepada otak sebelah kanan ‘daripada terus membeku’. Asyik berfikir perkara teknikal pasti ‘membosankan’…

Alhamdulillah dapat jadi mentee Puan Ainon Mohamad….(Sifu PTS kita yang sentiasa manis itulah…) Sentiasa dapat suntikan semangat…

Kepada pensyarah muda…tuliskan saja apa yang dirasakan dapat dimanfaati semua…supaya saham kita di dunia sana akan bertambah…Insya Allah..

Itu saja seposen daripada saya…

Wasalam,

Umi Kalthum Ngah
USM Kampus Kejuruteraan

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: