Sunday, October 21, 2007

Surat Pilihan: Isu Hero Nasional

Pelbagai contoh-contoh yang dapat diambil dari pelbagai peristiwa yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu yang sedang berada di luar negara, baik kerana belajar atau bekerja, yang dapat membuktikan keupayaan, kelebihan dan kehebatan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa Inggeris sendiri, bila sama-sama bersaing dengan bangsa mereka.

Dalam contoh-contoh mudah, terlalu ramai pelajar Melayu yang mendapat pencapaian cemerlang dalam pembelajaran di peringkat universiti yang mengatasi pelajar-pelajar Inggeris sendiri. Pelajar-pelajar Melayu ini berada dalam senarai teratas dalam kelas-kelas pengajian mereka meninggalkan jauh di belakang pelajar-pelajar Inggeris sendiri, dalam persaingan menggunakan bahasa mereka dan di negara mereka.

Walaupun conoth-contoh tersebut sekali sekala ada juga dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, tetapi tiada satu kajian dan tulisan yang mendalam yang mendedahkan contoh-contoh tersebut.

Tetapi mungkin akan ada dari kita yang menyebut, itu kerana mereka yang dihantar ke luar negara adalah merupakan ‘mereka yang terpilih’.

Tetapi masih ‘terlalu banyak’ contoh anak-anak kepada pelajar-pelajar ini yang masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah, yang datang ke luar negara kerana mengikuti ibu bapa mereka yang belajar di peringkat universiti, tetapi juga terdiri dari kumpulan teratas dalam kelas-kelas di sekolah rendah dan menengah di negara Barat, baik di benua Eropah ataupun Amerika.

Anak-anak ini tidak terpilih, mereka hanya datang mengikuti ibu bapa mereka, tetapi anak-anak ini masih boleh mencapai kedudukan tertinggi dalam kumpulan mereka, bukan hanya dalam pelajaran tetapi juga dalam aktiviti seperti sukan bola sepak umpamanya.

Jika untuk membandingkan pasukan bolasepak negara kita yang tentunya jauh sekali corot berbanding pasukan kelab-kelab Eropah, tetapi terdapat ramai kanak-kanak orang Melayu yang menjadi rebutan pengurus-pengurus pasukan bolasepak di bandar-bandar di England ini, yang memberikan suntikan semangat bahawa kanak-kanak Melayu masih boleh mengatasi pencapaian kanak-kanak Inggeris dan bangsa-bangsa lain dalam arena bolasepak di England.

Malah begitu banyak syarikat-syarikat yang terlibat dalam penjagaan dan pengurusan bangunan makin meletakkan kepercayan terhadap orang Melayu sebagai pekerja yang setia dan pembersih berbanding dengan mana-mana bangsa lain di dunia.

Rekod-rekod pencapaian dari pelbagai peristiwa ini perlu dilaporkan oleh mereka yang sedang melaluinya. Rakaman dari pelbagai contoh-contoh ini jika ditulis dengan teliti dan mendalam dapat membina kepercayaan terhadap bangsa Melayu bahawa kita adalah bangsa yang hebat bagi membuang rasa lemah, kecil dan kerdilnya kita berbanding ‘tuan-tuan Inggeris’ kita dahulu.

Hentikan bercerita kebagusan alatan perabot-perabot, pinggang mangkuk, pakaian, kenderaan dan barangan antik mereka semata-mata kerana membuat perbandingan harga, dengan ungkapan-ungkapan; ‘perabot ini kalau di Malaysia ribu-ribu harganya’, ‘pinggan ini kalau di Malaysia mahal sangat!’, mana boleh dapat harga macam ini untuk kasut ini di tempat kita’, semata-mata kerana membuat perbandingan harga dan populariti jenama barangan mereka.

Dengan berterusan membandingkan perbezaan harga ‘mahal-murah’ semata-mata jauhnya perbezaan nilai mata wang, dengan berterusan membandingkan populariti jenama atau malah perbezaan kualiti, dalam dua sistem yang berbeza [di negara barat, sistem mereka tidak membenarkan barangan tidak berkualiti di keluarkan dan di jual kepada orang ramai, sedangkan sistem kita membiarkan pengeluar, pengilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti di keluarkan dan di jual di pasaran dan barangan berkualiti hanya untuk jualan di luar negara), sampai bilapun kesan ‘minda terjajah’ dan melihat hebatnya bangsa lain terus melekat dalam diri bangsa kita.

Catatan dan rakaman cerita benar ‘hero-hero’ kita perlu di hebahkan.

Benarlah kata-kata sifu, kita perlu mula memperbanyakkan penceritaan tentang hero-hero nasional bagi menggantikan hero-hero asing yang masih kuat melekat dalam sanubari.

mp
East Midlands, England.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Tentang PTS dan Menteri Previous entry: Program Penerbitan Bersama antara PTS dan Institut Aminuddin Baki

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: