Friday, April 18, 2008

Surat Pilihan dan Khidmat Masyarakat: Kandang Kucing

Assalam alaikum, Puan Ainon dihormati dan dirahmati Allah.

Saya doakan Puan dan keluarga berada dalam kelapangan, ketenangan, rasa gembira, sihat dan bersemangat dalam urusan seharian. Sesungguhnya , dicantikkan jiwa dengan sifat lapang dada, kemuliaan dengan ketaqwaan serta diberi kebaikan diri dengan dengan kesihatan. Amin.

Tujuan saya menulis e-mel ini bukanlah berkenaan buku, tetapi ingin mendapatkan nasihat berkenaan penjagaan kucing. Saya bercadang membina seperti sebuah kurungan besar bagi 10 ekor kucing di rumah. Sebelum ini lebih banyak, melebihi 20 ekor. Sejak saya berpindah semula ke Melaka, saya melihat kucing-kucing ini mula membuang najis merata-rata kawasan luar rumah. Bagi saya agak tidak elok dilihat tetamu atau orang asing. Ia tidak berlaku sebelum ini.

Jadi saya mohon pandangan Puan, bagaimana Puan menjaga kucing-kucing di rumah. Waktu bilakah ia dikeluarkan daripada kurungan dan waktu bilakah ia dimasukkan kembali ke dalam kurungan.

Selain itu, penyediaan kurungan bagaimana yang disarankan oleh Puan dari sudut saiz keluasan dan apa-apa perkara berkaitan.

Mohon maaf, saya rasa soalan ini bukanlah soalan yang sesuai diajukan kepada pengerusi PTS. Tetapi sejak seminggu ini saya rasa cukup sakit hati melihat najis haiwan di sana-sini, tambahan lagi majlis perkahwinan bakal diadakah di sini (bukan saya). Harap-harap e-mel ini bukanlah entri pilihan UNIKA minggu ini. Terima kasih.

ZAMRI MOHAMAD

 
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(54) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novelis Bestseller PTS di Pesta Buku 2008 Previous entry: Akan Terbit
Shamsuddin Kadir  on  04/22  at  08:16 AM

Hebatnya Puan Ainon, bukan sahaja pakar rujuk industri buku tetapi juga tentang haiwan peliharaan.

Puan Ainon bukan sahaja sebagai pengerusi PTS tetapi juga Pengerusi Hal Ehwal Kucing Sedunia. He he.

Mungkin selepas ini Tuan Zamri dapat menulis buku “77 TIP MELEBUTKAN HATI ...”

Zamri Mohamad  on  04/22  at  03:09 PM

Masya Allah, surat ini pun keluar dalam UNIKA jugakah?
Tuan Shamsuddin, Puan Ainon pelihara begitu banyak kucing, saya sudah pening kepala hendak menjaga kucing-kucing ini. Dahulu tidaklah buat perangai sangat, tahun ini menjadi-jadi pula. Memang mencabar kesabaran juga. Ada idea lontarkan.

PTS Pro mungkin hendak terbitkan buku Memulakan Bisnes Kucing (bersiri untuk bisnes lembu, kambing dan sebagainya)

Nota: Ada hadis menyebutkan menjual kucing adalah haram.

http://www.motivasimindamu.blogspot.com

Faris  on  04/22  at  05:17 PM

Tuan Zamri dan Tuan Sham,

Alang-alang bincang tentang judul buku, saya hendak tambah lagi… 77 Tip Melembutkan Hati Kambing dan Lembu (promosi jualan Hari Raya Aidifitri), Hidup Tenang Tanpa Kucing dan sebagainya. Ada yang hendak tambah lagi…? Mungkin ada sesiapa yang hendak tulis Jibunsyi kucing?

Zamri Mohamad  on  04/22  at  05:28 PM

Tuan Faris, kita bongkar misteri Rahsia Kucing milik orang Islam di Cina.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  07:56 AM

Mungkin Puan Ainon boleh tulis buku berkenaan pemeliharaan kucing pula selepas ini.Mungkin juga oleh sesiapa yang berminat.

Semasa adik saya berkampung di rumah Puan (Pelajar UIAM) iaitu di Janda Baik kira-kira setahun/ 2 tahun lepas, cerita pasal kucing Puanlah antara yang terkeluar dari mulutnya.  Sementelah adik peminat setia kucing.  Masa itu dia dan rakan-rakan ada program dakwah di kalangan orang asli.  Antara isi yang boleh dibincangkan ialah;

1. Kucing dan tabiatnya.
2. Kucing dan pemakanannya.
3. Mendisiplinkan kucing menjaga kebersihan.
4. Mengasihi haiwan menurut Islam.
5. Abu Hurairah Si Bapa Kucing
6. Benarkah Kucing mendatangkan mudarat?
(Pengalaman saya semasa belajar di Jordan mendapati ada kawan-kawan Arab yang marah bila teman Melayu saya bermain-main dengan kucing dan mahu memelihara kucing di asrama.)
7. Benarkah bulu kucing tidak boleh dibawa solat?
8.  Kenapa ada kucing makan anak sendiri?
8. Merawat kucing yang sakit.
9. Cerita-cerita menarik berbuat baik kepada kucing.
(Cerita benar seorang makcik suka merawat kucing kurap.  Semasa menunaikan haji, makcik tersebut sakit kaki.  Berkat menolong kucing walau berada di Mekah, Allah telah menyembuhkan kakinya.  Makcik itu pun dapat melaksanakan haji tanpa dibantu lagi)
10. Kelebihan-kelebihan memelihara kucing.
(Pengalaman saya dari kecil, kucing peliharaan ibu sering menjaga rumah kami dari ancaman ular seperti ular tedung dan lain-lain.)

Dan lain-lain.  Tajuk di atas boleh ditambah dan disusun semula.  Idea ini terbit spontan sebaik membaca entri di atas.

Ini hanya cadangan. Agak-agaknya berapa jumlah peminat kucing di Malaysia?  Adakah mereka sanggup mengeluarkan wang membeli buku berkenaan kucing?

Segala kebaikan milik Allah jua.

Shamsuddin Kadir  on  04/23  at  09:01 AM

Saya bersetuju dengan cadangan Tuan Zamri bahawa PTS Islamika perlu melahirkan buku bertajuk “Rahsia Kucing milik orang Islam di Cina”. Kita perhatikan sama ada buku ini juga dapat memenangi diperingkat parlimen pada pilihanraya buku 2009.

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menulis buku “Hidup Tenang Tanpa Kucing” seperti yang disarankan oleh Tuan Faris. Saya adalah salah seorang peminat binatang kesayangan Nabi itu.

http://www.shamsuddinkadir.com

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  10:31 PM

Tuan Zamri,

1. Kucing akan ke toilet selepas kenyang makan.

2. Beli pasir setengah lori kecil, (RM50) dan longgokkan, itulah toilet yang kucing suka.

3. Kucing-kucing jantan pantang dikurung dalam satu kandang. Mereka akan bergaduh!

4. Kucing makan 2 kali sehari, pagi dan lewat petang.

5. Pil pencegah hamil kucing betina boleh dibeli di klinik vet. RM3 sebiji, 2 kali sebulan.

6. Bila kucing berak cirit, itu tandanya kucing ada cacing. Ubat cacing boleh dibeli di klinik vet. Di jabatan haiwan pun boleh dibeli, harga lebih murah.

7. Apabila kucing sakit mata, beli ubat sakit mata biasa di farmasi - RM5 satu botol kecil. Ubat sakit mata kucing serupa dengan ubat sakit mata manusia!

8. Apabila kucing tidak mahu makan, itu tandanya dia demam. Pegang telinganya, kalau sejuk, dia demam. Kucing mudah kena selsema. Dia akan bersin macam manusia. Ubat antibiotik dapat dibeli di klinik vet.

9. Jika kucing terkena kurap, tidak ada ubat lain, melainkan ubat cucuk. Jabatan haiwan ada ubat kurap, RM5 sekali cucuk. Di klinik, RM30!

Kucing berdoa untuk kita. Doa kucing makbul sebab dia tidak ada dosa. Begitulah kata ustaz saya….

Zamri Mohamad  on  04/23  at  10:40 PM

Terima kasih Puan atas panduan ini,

Ya, perkara nombor (1) itulah yang saya kerap lihat. Perkara nombor (9) itu pula memang berlaku. Terima kasih Puan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  05:52 PM

salam..

saya pun peminat setia kucing..bercadang nak bela n ternak sekali kucing kacukan..tgh mencari buku2 tempatan mengenai ternak kucing kacukan..mcm kucing parsi ke..hope puan tulis buku mengenai kucing..saya orang pertama yg akan beli…he.he

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/23  at  05:43 PM

Puan Sifu,

Ketika kecil dahulu, saya pernah bercita-cita jadi seorang jutawan dan membuka pusat jagaan kucing. Fungsi pusat ini ialah mengutip dan menerima kucing-kucing terbiar dan sakit untuk dirawat. Cita-cita ini timbul setiap kali saya mengikut ibu ke pasar dan terserempak dengan baby-baby kucing yang lemah dan tiada ibu.

Rumah kami yang terletak berhampiran surau pula menjadi lokasi strategik untuk orang kampung membuang kucing. Bila mereka datang ke surau selepas Maghrib, kucing dibawa dalam guni dan ditinggalkan. Kebanyakannya kami bela dan beri makan.

Namun selepas satu demi satu mati dilanggar kereta (juga kerana lokasi strategik rumah kami di tepi jalan besar), saya patah hati dan tidak mahu ‘rapat’ dengan kucing lagi. Ibubapa saya sahajalah yang melayan mereka.

Pada pendapat saya, buku-buku kucing ini ada pasarannya di Malaysia. Antaranya kerana:
1. Kucing ada dimana-mana terutama di luar bandar dan menjadi sebahagian dari hidup masyarakat;
2. Kucing adalah binatang comel, kuat tidur (jadi kurang menyusahkan) dan tidak bising berbanding anjing, sebagai haiwan peliharaan;
3. Kucing boleh memupuk nilai kasih sayang dan bertanggungjawab dalam anak-anak;
4. Membela kucing boleh jadi aktiviti untuk keluarga meluangkan masa bersama;
5. Kucing boleh menjadi terapi untuk orang dewasa yang stres dan sunyi.

Buku-buku kucing boleh ditumpukan untuk pelajar sekolah 7-12 tahun. Bayangkan buku-buku kucing di perpustakaan sekolah dan kedai buku. Bayangkan masyarakat kita nantinya jadi pakar kucing seperti Puan - bila terserempak kucing sakit mereka tidak benci atau sepak ke tepi, sebaliknya sudah tahu apa perlu dibuat. Bayangkan rakyat Malaysia nanti terkenal kerana kucing-kucing Malaysia terjaga.

PTS boleh wajibkan penulis buku kucing mestilah ada membela kucing. Pada majlis pelancaran buku, bolehlah dipertontonkan kucing-kucing mereka itu. PTS juga boleh adakan pertandingan untuk pelajar sekolah menulis cerita dan melukis gambar kucing-kucing mereka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/09  at  03:48 AM

Bagus laman ni. Cuma perlukan lg maklumat berkaitan dgn kucing. Cthnya nama2 tempat yg terlibat dgn makanan atau ubat2an kucing dll.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/16  at  07:22 PM

assalamualaikum.
saya merupakan seorng peminat kucing. saya sangat menyayangi kucing-kucing saya. apabila terlihat kucing terbiar di tepi-tepi jalan. namun akhir-akhir ini jumlah kucing yang terlalu banyak menyebabkan tidak terkawal dan kucing tersebut menimbulkan banyak kerenah. ibu saya menyuruh saya membuang kucing-kucing tersebut namun saya tidak sampai hati dan tiap kali ibu menyuruh membunag kucing-kucing tesebut adakalanya saya berasa sedih hinggakan menangis. kalo boleh saya mahu mengetahui di mana tempat yang boleh saya tempatkan kucing-kucing tersebut. saya tidak sampai hati untuk membunag kucing-kucing yang telah saya jaga di tepi-tepi jalan ataupun di pasar-pasar kerana saya selalu terlihat manusia yang kejam menyepak kucing dan memukul kucing tersebut seperti haiwan tersebut tidak tahu sakit.
saya berharap sangt dapt meyelamatkan kucing saya daripda dibuang. saya dalam dilema antara sayang kepada ibu kerana penat menguruskan kucing dan tidak sampai hati melihat kucing saya teraniaya. harap dapt membantu saya.

SifuPTS  on  04/16  at  08:58 PM

Cik Nursuhadah,

Saya juga menjaga kucing-kucing terbiar. Sekarang sudah lebih 60 ekor. Memang terasa berat!

Kalau kucing masih kecil, mudah saya jaga, sebab dia tidak lari. Kalau sudah besar, dia lari. Maklumlah dia takut dengan kucing-kucing yang sedia ada.

Cikpuan tinggal di mana?

Kucing boleh dihantar ke rumah SPCA. Cuba google SPCA dan cari rumah yang terdekat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/18  at  08:52 PM

Assalamualikum..
terima kasih kerana memeberi maklumat tentang penempatan kucing-kucing terbiar. Saya ingin mengetahui sama ada sebarang bayaran akan dikenakan jika saya menempatkan kucing saya di situ?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/18  at  09:07 PM

Saya masih seorang pelajar di Universiti di Tanjong Malim, Perak. Saya tinggal di Felda Sri Ledang, Jementah Segamat. Faktor tempat tinggal yang jauh dari kawasan bandar menyebabkan saya sukar untuk menghantar kucing-kucing saya ke klinik haiwan. Apabila kucing yang terlalu banyak menyebabkan tidak terjaga dan kucing-kucing saya terkena pelbagai penyakit. Saya tidak sampai hati melihat kucing saya sakit. Walaupun berat untuk berpisah dengan kucing-kucing saya tapi saya akan merelakan sekirannya kucing-kucing kesayangan saya ditempatkan di kawasan yang lebih terjamin.
Bagi mereka yang tidak menyayangi kucing akan menganggap senang untuk membuang kucing tersebut di tepi jalan. Bagi saya kucing haiwan yang memahami dan tidak akan menyakiti hati saya seperti manusia-manusia yang tidak berperasaan dan sentiasa hidup dalam iri hati dan hasad dengki. Mereka tidak memahami bagaimana perasaan sayang terhadap kucing dan tuannnya. Apabila penat belajar ataupun dalam kesedihan saya akan menghabiskan masa bersama kucing-kucing saya. Mereka yang tidak sayang kepada kucing amat mudah membuat keputusan dengan membuang kucing-kucing tersebut di tepi-tepi jalan walaupun masih kecil dan tidak tahu mencari makan. Amat memilukan hati saya. Kalau lah saya seorang yang berada, impian saya mahu membuka sebuah tempat pemeliharaan kucing. Saya amat berbesar hati sekirannya saya ditawarkan untuk bekerja sambilan sewaktu cuti semester belajar di tempat pemeliharaan kucing ataupun secara sukarela. Saya amat berharap dapat menimba pengalaman dengan bekerja dengan pusatpusat pemeliharaan kucing. Saya berasa seakan-akan kucing memahami apa yang saya luahkan. Susah hendak diterangkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/14  at  09:44 AM

salam

saya mempunyai 2 anak kucing yang sebulan baru lahir.
mata kucing saya sebelah kanan bengkak dan merah membuatkan saya risau tentang keadaannya. saya banyak membaca artikel tapi takut untuk mencuba.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/14  at  04:52 PM

Puan Zarith,

Apabila kucing sakit mata, pergi ke farmasi dan beli ubat sakit mata manusia. Gunakan ubat itu, sebab kalau kita pergi klinik vet pun, mereka beri ubat sakit mata manusia juga!

Jangan beli EYE-MO! Itu bukan ubat sakit mata. Itu cecair pencuci mata.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/14  at  08:42 PM

ok. tp bgaimana jka phak vet ingin memberi suntikan kpd anak kucing sy?? adakah ia lbh berksan atau kesan sebaliknya. mata anakkucing saya bengkak dan bernanah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/14  at  10:04 PM

Nanah itu menunjukkan anak kucing itu sudah mengalami infeksi, yakni kuman masuk ke dalam tubuhnya, jadi mesti diberi antibiotik.

Kalau kucing sudah besar, mudah diberi pil. Jika anak kucing, mungkin terpaksa disuntikkan antibiotik itu.

Segera dapatkan rawatan jika tidak anak kucing sangat mudah mati!

Dr Rastom el Baginda Mongoliawi  on  06/14  at  10:14 PM

Menurut pakar mata, EYE-Mo adalah cecair yang tidak berkhasiat apa apa - lebih baik gunakan air mineral untuk mencuci mata.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/29  at  05:36 PM

assalamualaikum puan….
sy br pertama kali menjaga kucing.. sekarang dah masuk 2 minggu sy menjaganya.. tanpa saya sedari saya dapati kucing saya jalan terjengkot-jengkot….tp sebelum tue saya tgk dia elok je bermain…saya risau la puan…mcmner saya nk buat…sy takut dia mati..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  01:47 AM

SALAM…saya merupakan peminat kucing…kucing di rumah saya sudah melebihi 34 ekor..asalnya kucing liar betina yang diterkam dengan anjing telah datang ke rumah saya pada 1 mlm,mama saya nk rawat tapi dia lari x lama kemudian dia datang dan telah beranak 4 kali di rumah saya dan 17 ekor sume anaknya, itu pun 5 ekor telah hilang…mula-mula kucing saya hilang bulan Jun kemudian bulan Ogos kedua-dua kucing tersebut berusia 9 bulan semasa mereka hilang tapi sebulan yang lalu 3 ekor kucing saya yang berusia 6 bulan hilang selang seminggu…saya sangat sedih sebab adik beradik dan ibu kucing tersebut selalu mengiau mungkin perasan anak atau adiknya hilang sebab keadaan rumah kucing yang semakin kosong…kawasan rumah saya juga banyak anjing liar,hari tu adik saya ternampak satu van yang banyak kandang kat bahagian belakang van,saya takut kucing-kucing saya juga ditangkap sebab mereka tidak dipakaikan loceng kerana sebelum ini mereka bebas bermain dan makan rumput di sekitar rumah sebab rumah saya di hujung jalan..sekarang mama saya sudah tidak membenarkan kucing keluar lama bermain kerana takut hilang…kesian bila saya lihat mereka ingin bermain seperti dahulu..saya juga membawa balik seekor anak kucing dari uitm naik bas dari shah alam ke kl bulan puasa thn lepas sbb kesian slalu lepak depan bilik,skang dh beranak 2 kali anak 5 ekor,adik saya plak bwk blk dr sekolah 2 ekor anak kucing baru lahir tapi sekor mati 2 thn lepas skang dh besar…pastu baru-baru ni dtg plak sekor anak kucing sesat masa hjn lebat..nk amik tapi lari yela kesian sejuk kn tp akhirnya dapat gak tngkap lepas 3 hari dia duk dlm hutan blkg rumah..skang sib baik bleh kwn ngn anak kucing yg sama besar ngn die…tapi thn depan family saya nk pindah ke terengganu saya nk bwk kucing ni sume blk tp mcmane ek nk kena bg ubat tidur ke?nk kena letak dalam kandang ke mase naik lori?????saya dh syg sgt kt sume kucing ni yela dr br lahir sampai jd mak kucing kita bela xkn nk bg org plak kan…..apa-apa pun saya setuju kalau ade buku psl kucing dan kelebihan menjaga kucing serta kalau bleh wat la iklan kesedaran sivik utk org yg slalu mendera haiwan biar diorg insaf skit…kucing pun makhluk ALLAH s.w.t. jugak…kucing kn umpama air mata Nabi Muhammad s.a.w.

ZUBAIDAH BINTI DAUD  on  12/07  at  04:59 PM

Salam, saya ada pelihara 2 ekor kucing, yang seekor kucing yang dibuang orang, kaw rumah dekat dengan kedai makan, maka ramailah kucing2 yang bertandang kerumah saya, orang kata kalau ada kucing,binatang berbisa susah nak datang, maka suami kata biarlah kita bagi makan, yang seekor lagi kecil, tapi bulunya lebat, memang jadi kesayangan suami, nak jadi cerita, haritu, dia hilang, 7 harilah saya mencari sekitar quarters tempat kami tinggal, nak jadi cerita, terjumpalah, tapi kesian, bulu yang gebu, jadi luruh, memang sedih masa jumpatu.. kaki luka, kami bawa ke klinik, cuci telinga, bagi ubat cacing, dan ubat luka, sekarang ni dah baik lukanya. Tapi, lain pula yang timbul, hidungnya jadi berair, bawa keklinik kerajaan pula, dia suntik dan bagi vitamin c dan antibiotik tapi hidungnya tak baik-baik, dari selsema, jadi berdarah campur nanah, habis anak-anak tak nak dekat berbau busuk, tapi dia tetap aktif dan manja, makan pun kuat, suka sangt dengan makanan kucing yang lembik tu. Macamana ya saya nak mengatasi masalah ini, kesian tengok, kadang-kadang sampai kering darah kat hidung, saya cuci, ada masa kering, ingat dah baik, tapi lepas tu ada balik. Tolonglah saya macamana nak mengatasi masalah ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  06:49 PM

Puan Zubaidah binti Daud,

Saya bukan doktor haiwan, tetapi disebabkan saya membela kucing-kicing melata yang banyak, jadi saya selalu ulang-alik ke klinik vet swasta. Hidung berdarah lazimnya mereka beri antibiotik, sama ada pil, cecair ataupun suntik.

Saya dapati antibiotik untuk kucing (luka) serupa dengan antibiotik untuk manusia, sebab saya baca pada botolnya ada panduan dos untuk bayi dan orang dewasa….

Puan tinggal di mana? Adakah dekat-dekat kawasan Batu Caves. Kalu dekat-dekat situ, saya boleh beri antibiotik yang saya beli.

ZUBAIDAH BINTI DAUD  on  12/08  at  02:44 PM

Salam buat Puan Ainon, saya tinggal di Kuala Krai, Kelantan dan saya dah bawa kucing saya di dua tempat iaitu klinik haiwan kerajaan dan klinik haiwan swasta.  Kali pertama diklinik haiwan, dia bagi antibiotik jenis pil dan ubat sapu luka serta ubat air untuk vitamin kerana bulu di tengkuk yang dulunya kembang, kini dah nampak kulit tengkuk. dan kali ketiga saya bawa lagi ke klinik haiwan kali ni dia suntik sebab saya beritahu hidungnya berdarah dah lama sangat dan berbau busuk, tapi dia tak nampak macam sakit, tu yang merisaukan saya, ubat antibiotik tu dah habis dah. Malas dah nak pergi lagi, tapi kesian pula tengok hidung sentiasa berdarah. Adakah saya patut bawa ke klinik swasta pula, tapi klinik swasta pun, doktor tak sentiasa ada, cuma pembantu saja, lagi satu, bila saya bagi dia makan makanan kucing yang jenis lembut dalam tin, dia kerap kentut dan busuk, memang macam tu ke?.... mula dulu bila bawa naik kereta, selalu marahkan anak, ingat anak yang kentut, rupanya sikembang yang kentut, dan jikalau saya mandikan dia dengan shampoo baby boleh ke? atau kena guna shampoo khas untuk kucing.  Sekian, terima kasih sekali lagi kepada puan.

Page 1 of 3 pages  1 2 3 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: