Surat: Karya Disirikan dalam Utusan Malaysia
Assalamualaikum Puan Ainon. Salam Ramadhan. Semoga Puan Ainon dan warga kerja PTS berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan jutaan terima kasih saya kepada Puan Ainon dan warga kerja PTS yang terlibat kerana angan-angan saya akhirnya menjadi kenyataan apabila hasil karya saya sudah dua tahun disiarkan secara berturut-turut pada setiap hari selasa di dalam Utusan Malaysia (bermula 2009 hingga kini 2010). Ini adalah hasil usaha dan kerjasama pihak PTS Islamika yang telah memperkenalkan karya saya dari buku bertajuk Bidadari Syurga dan Sayap dari Syurga kepada pihak Utusan Malaysia.
Sejak dari bangku sekolah lagi saya sudah menyimpan angan-angan agar suatu hari nanti akan terpampang karya hasil tulisan saya di dada akhbar. Dan sekarang sudah menjadi kenyataan. Saya begitu gembira sekali. Untuk pengetahuan Puan Ainon sejak karya saya disiarkan dalam akhbar tersebut setiap hari saya dapati kunjungan yang ramai terhadap blog saya (http://ummusyifa.wordpress.com).
Sekian, terima kasih.
Nurasyikin Ahmad
Tanjong Malim, Perak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment