Tuesday, April 28, 2009

Surat Seorang Ibu

Assalamualaikum wrt, Puan Sifu Ainon.

Ke hadapan Puan sifu Ainon semoga sentiasa sihat sejahtera iman dan taqwa serta fizikal.  Semoga Allah melimpahi rahmah dan hidayahnya kepada puan supaya dapat mengeluarkan lagi buku-buku bermutu untuk umat Islam di Nusantara.

Ini adalah kisah ringkas saya.  Pada 21 April 2009, saya telah ke gerai PTS.  Saya telah membeli 19 buah buku PTS dengan harapan anak-anak saya (mereka ini peminat tegar buku-buku PTS) akan gembira dengan buku-buku tersebut.  Dipendekkan cerita, saya telah berbelanja sebanyak RM325.00. Alhamdulillah Puan Ainon yang ada di situ ketika itu telah dengan baik hatinya memberikan saya diskaun 25%.

Setelah anak-anak saya pulang dari sekolah, mereka ternyata gembira dengan buku-buku tersebut tetapi mereka merajuk kerana tidak di bawa bersama dan juga kerana saya tidak belikan untuk mereka Adam kecil.  Jadi saya telah didenda untuk pergi kembali ke Pesta Buku dan belikan buku-buku yang mereka tanda dalam katalog terkini PTS. Pada hari Jumaat 24 April, saya beli lagi 19 buah buku PTS berjumlah RM312.00.

Inilah tajuk buku yang telah di beli:

   1. Hai Suria
   2. Dunia Jam 10
   3. Glob Dunia
   4. Taman Botani
   5. 8 + 1
   6. Juara Kampung Badak Berendam
   7. Nasi Lemak Bonda
   8. Twin X-2
   9. Hafalan Solat Delisa
  10. Bidadari Syurga
  11. Bidadari Paderi
  12. Warkah Cinta Berbau Syurga
  13. Buat Duit dengan Foto
  14. Buat Duit dengan Blog
  15. Internet Marketing
  16. Umar al-Khattab
  17. Sultan Muhammad al-Fatih
  18. Geng Genius Misteri Luqman
  19. BSB
  20. Perubatan Islam
  21. Mendorong Diri Sendiri
  22. Benarkah Iskandar Zulqarnain bukan Alexander
  23. Yakjuj dan Makjuj
  24. Biskut Ajaib
  25. Kerepek AF
  26. Abang, Adik dan Ayam
  27. Pelaburan Hitam
  28. Tip Efektif Rohani untuk Remaja
  29. Tempat Ke-2
  30. Buli
  31. Sukma Dewi dan Ibu Tiri
  32. Sayalah Puteri Raja
  33. Harta itu Aku Punya
  34. Syoknya... Puasa
  35. Bayi Botol Kicap
  36. Alan Alone
  37. Sahabat Kole Kacang
  38. ADAM KECIL: SEDAPNYA (huruf besar sebab ini buku Adam kecil ke-10 yang telah dibeli).
 
Rak untuk buku PTS untuk anak remaja sudah tidak muat. Maka dengan ini saya dengan secara sahnya telah diPTSkan.

Yang Benar,
Wan Mazwati

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perlukah Kempen Membaca Previous entry: Bahaya 'Main Kontrak Kerajaan'
Web Sutera  on  04/29  at  12:11 AM

Subhanallah, ini pelaburan yang besar untuk satu gerai buku.

Saya pun sudah lama di’PTS’kan. grin

MBA  on  04/29  at  07:36 AM

Terima kasih kerana Puan juga telah membeli “Buat Duit Dengan Foto”. Semoga ada menafaatnya.

mal887  on  04/29  at  10:23 PM

Hu…hu… Saya juga telah diPTSkan… RM275 hanya digerai PTS sahaja… bersama anak-anak. Itu pun sebab lambat berjumpa gerai PTS

Ice  on  04/30  at  01:19 PM

Terima kasih kerana sudi membeli Sahabat Kole Kacang. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/30  at  03:59 PM

2004 - Kali pertama saya ke gerai PTS di KLIBF. Beli buku Dr Danial.  Resitnya bertulisan tangan dan tiada cetakan logo, masih saya simpan (untuk rekod cukai). Pada masa itu PTS belum gunakan ‘cash register’.  Sejak itu setiap tahun gerai PTS menjadi wajib bagi saya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/30  at  04:48 PM

Assalam..

Alhamdullillah.. Semoga PTS bertambah maju.

Sedang menunggu sekolah anak saya memberi tajuk buku, insyallah saya akan menderma buku PTS sahaja ke sekolah dalam anggarn 1,000. Telah memaklumkan kepada Cik Diana. Tetapi sekolah belum memberi maklum balas.

Hajat hati memang hendak menjadi penulis, telah menghadiri kursus penulis PTS, Tuan Zamri… berangan hendak buat cerita dari dalam kilang semoga anak-anak kita minat menjadi seorang yang berjaya di dalam kilang.

Sekian. Wasalam.

Jangkang

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/01  at  11:46 PM

Salam,

Saya mengucapkan terima kasih kepada puan kerana membeli buku pertama dalam siri Geng Genius, Misteri Luqman.

Moga-moga memberi manfaat.

Syarafuddin Sulaiman

Fadzli Yusof  on  05/02  at  02:21 PM

Sah!
Alfatihah!
(Doa sehingga akhir)...

amnikhassim  on  05/02  at  03:36 PM

Saya juga telah di-PTSkan. Jumlah keseluruhan RM150++

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: