Thursday, October 05, 2006

Surah Yusuf dan Logo HALAL

Seorang pemerhati bertanya apakah sesebuah karya yang tidak banyak menggunakan dialog, sebaliknya yang banyak menggunakan ayat-ayat naratif, tidak dapat mencapai taraf karya sastera yang indah dan yang evergreen?

Inilah respon kita:

Kita berpandangan, isu menilai apakah sesuatu karya itu indah ataupun kurang indah, perkara itu bukanlah objektif teori sastera Islami. Kita serahkan penilaian kepada Tuhan, sebab menilai adalah kerja Tuhan. Penilaian tentang indah ataupun buruk dilakukan ke atas hasil kerja, sedangkan yang lebih penting adalah usaha.

Dari sudut ideologi, kita meyakini, sesuatu karya yang dihasilkan dengan berpandukan ciri-ciri yang ada pada surah Yusuf, maka pastilah ia akan memiliki ciri-ciri kisah yang indah dan evergreen.

Teori dan teknik surah Yusuf yang sedang diusahakan ini adalah suatu benda ciptaan manusia, yang dibangunkan dengan cara menganalisis perbendaharaan kata, struktur ayat dan struktur teks surah Yusuf itu sendiri. Teori apa pun namanya, ia bukan wahyu.

Kita perlu mencipta teori sastera disebabkan teori berfungsi sebagai alat kerja bagi menghasilkan karya sastera yang bermutu, sebagaimana kita perlu mencipta berus yang baik bagi menghasilkan lukisan yang bermutu.

Objektif teori sastera Islami adalah mencipta alat-alat kerja bagi menghasilkan karya yang syariah-compliant, yakni karya yang mematuhi undang-undang Tuhan. Maka boleh sahaja ciri-ciri itu dijadikan kayu ukur keindahan sesebuah karya. Semakin banyak karya itu memiliki ciri-ciri surah Yusuf, semakin tinggi ranking yang dapat diberikan kepada keindahan karya itu.

Sesebuah buku sastera seharusnya layak menggunakan logo HALAL apabila setiap ayat di dalamnya dapat disahkan 100%, dari kulit depan sehingga kulit belakang, semuanya mematuhi undang-undang Tuhan. Logo HALAL sangat berguna kepada ibu bapa dan sekolah sewaktu memilih buku-buku bagi bacaan anak-anak dan pelajar.

Dalam pekerjaan mencipta karya yang syariah-compliant itu, di manakah hendak dicari senarai hukum-hakam, yang dapat dijadikan garis panduan sewaktu hendak menentukan ayat-ayat yang diizinkan dan yang dilarang, yang perlu dipatuhi oleh karyawan.

Berdasarkan nas-nas yang mana hendak dikatakan bahawa sesuatu tema itu boleh digarap dalam sesebuah karya, manakala tema yang bagaimana pula yang tidak boleh? Ataupun bahawa ayat-ayat yang begini boleh dituliskan, manakala ayat-ayat yang begitu tidak boleh dituliskan?

Teori sastera Islami aliran surah Yusuf adalah teori dan teknik-teknik bagaimana hendak menghasilkan karya sastera yang INDAH. Bagi menghasilkan karya-karya lain, spy-thriller ataupun novel perang umpamanya, perlu dibangunkan teori dan teknik-teknik lain pula, berdasarkan surah-surah lain pula.

Kita menunggu teori-teori dan teknik-teknik lain yang menyenaraikan ciri-ciri teknikal pelbagai genre yang syariah-compliant. Hasil daripada kepelbagaian hasil usaha itu nanti dapat menghasilkan alat-alat kerja yang praktikal bagi kegunaan karyawan Islami.

Tentang jaminan apakah dengan menggunakan teori dan teknik Surah Yusuf maka kita pasti dapat menghasilkan karya-karya yang evergreen, respon kita adalah: Tidak ada yang dapat dijamin oleh manusia, mahupun oleh teori ciptaan manusia, meskipun teori itu kononnya dibangunkan daripada analisis ayat-ayat dalam Quran.

Ini isu gabungan antara bakat, pengetahuan dan teknik. Teknik sahaja tidak cukup bagi menghasilkan karya yang indah. Ibarat pelukis yang hanya memiliki berus yang baik, sedangkan bakatnya rendah dan ilmunya sedikit, mana mungkin dia dapat menghasilkan lukisan yang setaraf Monalisa.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(18) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: WAJIB: Spellcheck Karya Sebelum Dihantar ke PTS Previous entry: Panduan Mengiklankan Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/05  at  07:53 AM

Saya betul-betul teruja membaca Diskusi Kuliah Pagi Ini, Saya 1,0000000000infiniti menyokong usaha sifu. Buku juga sepatutnya ditandakan dengan logo Halal untuk memastikan buku itu tidak bercanggah dengan ajaran islam. Saya terlibat dengan buku-buku kewangan dan merasa amat sedih apabila perkataan syurga dan halal & haram faedah tidak di ambil peduli oleh penulis yang beragama Islam apabila menulis article dan buku.
——-

alang bidara  on  10/05  at  10:03 AM

Assalamu’alaikum, Kalau novel menceritakan kisah konspirasi dan pembelotan, surah yang sesuai ialah Surah Al-Ahzab. Di dalam surah ini mengisahkan komplot jahat puak Yahudi di Madinah.

Mereka menghasut kaum Musyrikin Mekah sehingga berlakunya perang Ahzab.

alang bidara  on  10/05  at  10:17 AM

Untuk novel perang, boleh rujuk surah Al-Anfal, ada cerita secara detail kisah peperangan Badar.

Puan Ainon Mohd.  on  10/05  at  11:28 AM

Apabila JAKIM membenarkan penerbit meletakkan logo HALAL pada buku-buku (dan majalah) yang mereka jual, maka bolehlah pengguna membuat aduan apabila dalam buku “HALAL” yang mereka beli dan baca itu itu masih ada ayat-ayat dan ilustrasi yang diragui status halalnya.

Jadi Persatuan Pengguna Islam, janganlah sibuk menyerbu kilang roti dan sardin sahaja. Serbu juga setor penerbit!

Sebab, bukan yang masuk dalam perut sahaja mesti HALAL. Yang dibaca dan masuk ke dalam memori dan sanubari pun mesti HALAL.

Dengan menambahkan jenis-jenis produk yang diiktiraf layak memohon sijil dan logo HALAL itu, pendapatan JAKIM pun naiklah!

norziati (zeti)  on  10/05  at  11:58 AM

Bijak pandai kata ini antara estetika makna dan estetika bentuk. Antara makna dan luaran, penilainya ialah pembaca. Macam Gubra. ada kata ia filem sampah kalau dilihat dari estetika makna. Yang melihat dari estetika bentuk kata filem ni yang terbaik di Malaysia (huh!).

Saya percaya sastera Islam lebih menghargai estetika makna, sebab ia adalah cara berdakwah yang paling berkesan. Kalau kita baca dan faham kemudian praktikkan, maka tujuan dakwah buku itu tercapai sebenarnya. Itulah yang paling baik, kerana buku bukan sekadar untuk dibaca.

Ini pandangan sendiri. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. grin

Puan Ainon Mohd.  on  10/05  at  12:07 PM

Sdr Zeti,

Islam tidak memisahkan ‘form’ daripada ‘function’.

Bentuk dan fungsi, kedua-duanya mesti halal, baru boleh diberikan sijil HALAL dan diizinkan menggunakan logo HALAL.

Katanya Gubra adalah filem yang menyampaikan mesej dakwah, namun pada fromnya banyak unsur yang tidak halal.

Barangkali Islam Hadhari menerima ideologi yang memisahkan form and function dalam proses menilai filem-filem bikinan Malaysia.

Komen ini ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati. grin

Puan Ainon Mohd.  on  10/05  at  12:17 PM

Tuan Alang,

Saya suka sekali membaca cadangan Tuan supaya menggunakan surah Al-Ahzab untuk novel thriller konspirasi dan pembelotan, serta surah Al-Anfaal bagi thriller perang!

Nanti saya akan baca pelan-pelan terjemahan kedua-dua surah itu dan tengok apa yang dapat digali daripadanya bagi mengemukakan teori dan teknik yang praktikal.

Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan idea itu!

Zulkifli Khair  on  10/05  at  02:52 PM

Saya sokong tanda halal pada buku dan media seluruhnya. Nampak lucu tapi boleh diamalkan wink. Buku cetak rompak tempat tidak halal melainkan dihalalkan oleh empunya hak cipta. Halal haram tak boleh ikut niat pengkarya sebagaimana kata seorang pengkarya, “niat saya baik, suci dan kudus, tapi kalau tak serlahkan benda2 alah itu macam mana orang nak faham, tak real!”

rastom  on  10/05  at  11:54 PM

:mrgreen: Idea bagus tetapi implementasi bakal mengundang sesuatu yang tak pasti . Pelaksanaan logo Halal untuk makanan sekarang pun sudah ada dengar kongkalikong. Jalan terbaik ialah PTS perkukuhkan jenamanya hingga melekat kuat pada tanggapan umum bahawa setiap yang berlabel PTS dikaitkan dengan Halal. Tidak mustahil nanti wujud penerbitan seperti Mangga juga mampu pamerkan logo itu, maka akhirnya logo itu tidak lagi bermakna.

Puan Ainon Mohd.  on  10/06  at  07:55 AM

Tuan Rastom,

Orang berjiwa kecil sangat gerun pada “sesuatu yang tak pasti”. Mereka hanya mahu apa yang sudah pasti.

Apa yang sudah pasti adalah SEJARAH!

Dalam hidup ini banyak orang anak panah mentalnya sentiasa dihalakan ke belakang, ke arah apa yang berada di belakang kita, yakni sejarah.

Dalam perjuangan, kita memikul tanggungjawab mencipta sejarah. Sejarah itu duduknya di depan kita, maka anak panah mental kita mesti dihalakan ke depan. Dan pastilah, apa yang di depan itu tidak ada yang pasti.

Inilah masalah orang pandai di universiti. (Kebetulan saya ini tidurnya dengan orang besar di universiti!).

Orang-orang pandai sangat cekap melakukan analisis demi analisis. Seluruh pendidikan kita di universiti adalah historis dan analisis. Tesis-tesis PhD itu penuh dengan sejarah dan analysis.

Namun analisis hanya dilakukan ke atas sesuatu yang sudah berlaku, yakni sejarah. (Apakah kebetulan Gates dan Jobs tidak habis belajar di universiti?)

Apabila kita menggunakan perkataan “oleh sebab” dan “kerana”, itulah hasilnya analisis.

Justeru gantikan “oleh sebab” dan “kerana” dengan perkataan “SUPAYA…” yang berorientasikan ke depan.

Pernah dengar “paralysis by analysis”? Terjemahannya: Mentol otak padam oleh analisis.

Apa kata Mr. Honda tentang orang pandai? Sewaktu ditanya mengapa dalam makmal Honda tidak ada pemegang PhD, beliau menjawab:

Katanya, “Orang PhD memang pandai. Mereka pandai memberi jawapan 1001 alasan mengapa sesuatu itu tidak dapat dilaksanakan!”

Bagi orang pandai, sejarah itu hanya punya 1 dimensi: di belakang.

Bagi orang perjuangan, sejarah itu punya 3 dimensi: di belakang, di sini, dan di depan.

Sejarah yang di sini itu adalah apa yang sedang mati-matian kita kerjakan hari ini. Sejarah yang di depan itu adalah sejarah yang bakal kita berjaya menciptanya.

Justeru hari ini dan hari depan itu lebih bermakna bagi kita yang bernama orang perjuangan.

Wah! Berapi-api saya pagi ini!....

alang bidara  on  10/06  at  08:21 AM

Assalamu’alaikum Sifu,

Perjuangan yang berjaya mempunyai 3 ciri utama:
(1) Fundamentalis dari segi prinsipnya;
(2) Kontemporari bagi menyelesaikan masalah semasa;
(3) Futuristik dari segi perancangan masadepan.

Tapi Sifu, mereka yang pandai berteori, belum tentu handal dari segi mempraktikkannya.

Oleh kerana itu untuk berjaya eloklah ada kombinasi formula:”(teori+praktik) = kejayaan lengkap”.

Puan Ainon Mohd.  on  10/06  at  08:34 AM

Alaikumsalam, Tuan Alang.

Berkenaan teori dan praktik, ini komen saya.

Hujah yang saudara kemukakan bahawa “orang yang pandai berteori selalunya belum tentu handal dari segi mempraktikkannnya”  -  hujah ini kerap digunakan oleh orang2 pandai bagi membelasah orang yang mengemukakan idea-idea baru.

Teori itu alat kerja, seumpama “pedang” - maka ia banyak kegunaannya. Jangan suruh si pembuat pedang membuktikan kehandalannya di medan laga. Itu kerja pahlawan!

Jangan suruh saya, sebagai ahli teori sastera Islami, menulis novel Islami! Ini jalan pikir yang keliru. Ia ibarat menyuruh tukang masak menjadi manager restoran!

alang bidara  on  10/06  at  12:52 PM

Ya, benar Sifu.

”(teori+praktik) = kejayaan lengkap”—- Maknanya sesuatu projek memerlukan 2 kelompok individu, yang pandai teori dan yg pandai praktikkan teori.

Seperti bagi menjayakan projek pertempuran, perlukan kelompok tukang besi (pandai besi) bagi membuat pedang yang tajam dan tidak mudah patah dan kelompok pahlawan sebagai yg mempraktikkan teori (menggunakan pedang). Maka berjayalah ‘projek pertempuran’ itu.

Begitu juga Sifu sebagai ahli teori novel Islami dan penulis yang telah selesai dilatih di bidang novel Islami, maka dengan kombinasi (teori + praktik) akan berjayalah ‘projek penulisan/gagasan novel Islami’ itu.

Puan Ainon Mohd.  on  10/06  at  01:19 PM

Tuan Alang,

Ha! Baru sdr nampak bagaimana kita mesti bekerja sebagai jemaah. Tak boleh kerja sorang-sorang. Masing-masing buat ikut bakat masing-masing, baru jadi perjuangan kita hendak membangunkan angkatan sasterawan acuan kita sendiri.

Kalau tidak kita semua asyik menulis ikut teori-teori yang dibina tanpa merujuk kepada nas.

Saya ini ibarat Jeneral perang. Saya buat strategi, saya latih tentera saya, laskar2 pergi ke medan tempur. Takkan pulak saya general (chairman PTS-lah tu), saya juga kena masuk dalam parit-kubu!

Cepat siapkan travelogue sdr itu. Makin hari makin sedap saya membacanya!

alang bidara  on  10/06  at  02:15 PM

Insya Allah saya target nak siapkan travlogue vloume 1, 1 minggu atau selepas Raya,sebab sekarang ini dah hampir separuh siap. Sekarang nak cuba 2-3 episod dalam satu hari. agar siap cepat.

rastom  on  10/06  at  03:21 PM

:cool: isy, pagi pagi dah kena leter, bertambah letihlah puasa saya hari ini rolleyes

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  10:52 AM

Tuan Rastom,

Perbezaan antara leteran dan diskusi adalah:

1. Dalam discourse leteran tidak terkandung maklumat baru. Yang ada hanya maklumat lama yang diulang siar berulang-uang kali.

2. Dalam leteran ada unsur ‘mempersalah’ orang yang dileteri.

Jadi jangan hairan banyak ketua2 pejabat -  kerajaan - baik lelaki mahupun perempuan suka berleter.

Tuan kerap menjadi mangsa leterankah?

rastom  on  10/07  at  02:01 PM

LOL Saya suka yang no (1), Tak kisah sangat sebab ada maklumat baru. Ya, dulu memang selalu kena leter, sekarang tidak, rasanya saya pula yang rajin berleter. Betul juga. Kandungan leteran banyak yang remix dan recycle.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: