Sukarnya Menentukan Judul Favorit
Seorang peminat novel remaja PTS ONE menulis begini kepada Ain Maisarah, novelis remaja paling ngetop dalam pasaran:
"Saya tak suka tajuk IMPIANA. Macam tajuk majalah. Saya sukakan tajuk-tajuk buku yang lebih sensasi dan eye catching seperti Aku Mahu Teman Tapi Mesra dan Aku Mahu Saiz S."
Ternyata bahawa penulis yang sama mungkin mencipta tajuk yang digemari oleh pembaca sasarannya, mahupun tajuk yang kurang digemari oleh peminat yang sama.
Seni mencipta judul memang triki. Ada kalanya ia seperti main teka-teka sahaja.
Di PTS, hak menentukan judul buku adalah pada pihak PTS. Pengarang boleh mencadangkan judul, namun akhirnya pihak PTSlah yang berhak menerima ataupun menolak judul yang diusulkan oleh pengarang.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya suka sekiranya puan mengadakan bengkel membuat judul.
Post a comment