Tuesday, January 22, 2008

Strategi “positioning” PTS-METADOME Masuk Pasaran Buku-Mobile

PTS dan METADOME bersetuju bahawa kita memasuki pasaran M-book dengan mengekalkan imej dan branding PTS sebagai penerbit "M-Buku Berkualiti Tinggi" yang sudah mendapat kepercayaan guru-guru dan ibu bapa.

Ini bermakna brand "METADOME" akan dipromosi sebagai penerbit M-book yang terkenal berkualiti tinggi supaya ibu bapa tidak bimbang apabila anak-anak mereka membeli dan membaca M-book terbitan METADOME.

Malah ibu bapa yang mampu sanggup menyediakan bajet khas bulanan supaya anak-anak mereka dapat membeli dan membaca M-book METADOME. Inilah yang kini sedang berlaku di kalangan ramai ibu bapa yang memberikan bajet khusus kepada anak-anak mereka bagi membeli buku-buku PTS.

Para penerbit m-book mempunyai 2 pilihan.

(1) Pertama, melihat dirinya dengan mindset syarikat teknologi.

Dengan sikap begini, disebabkan ia memiliki teknologinya, maka ia menerbitkan apa sahaja yang sesuai dengan teknologi yang dimilikinya, dan apa sahaja buku yang laku dijual. Memang banyak penerbit m-book yang akan bersikap demikian. 

Mindset seperti itu sudah berlaku dalam bisnes internet, jadi banyak penerbit internet menerbitkan bahan-bahan bacaan dan gambar-gambar yang membahayakan masyarakat.

Dalam dunia bisnes buku-kertas pun demikian juga. Banyak penerbit menerbitkan buku-buku yang membahayakan masyarakat. 

(2) Kedua, melihat dirinya dengan mindset syarikat penerbitan buku, bezanya ia menerbitkan edisi digital.

Dengan sikap begini ia akan memasuki pasaran dengan mindset penerbit buku yang mempunyai komitmen kepada kualiti produknya, dan mempunyai misi mahu kekal lama dalam pasaran.

Dalam pasaran buku, ada dua sub-industri: (i) Industri buku berkualiti, dan (ii) Industri buku sampah. Dua industri ini amat berbeza. Pemain-pemainnya berbeza, dan saluran pemasarannya juga berbeza.

Pembeli dan pembaca buku juga terbahagi dua: (i) Mereka yang membeli buku-buku berkualiti dan (ii) Mereka yang membeli buku-buku sampah. Dua kumpulan pembeli itu tidak berkawan.

Penerbit buku-buku berkualiti tidak berkawan dengan penerbit buku-buku sampah.

Malah di kalangan para penulisnya pun begitu. Penulis buku-buku berkualiti tidak berkawan dengan penulis buku-buku sampah. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Mobile
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sdr. WanZu Mengetuai Projek Blue-Ocean Komik Syariah-Compliant Previous entry: Belajar Tampil ke Depan dan Buat Pembentangan Impresif
Syahrul Nizam  on  01/22  at  10:47 AM

Sifu

Saya cadangkan PTS buka satu satu portal sehenti dalam bentuk blog. (Buka link baru bawah universitipts.com)

Dengan itu nanti penulis-penulis berkualiti mudah berkenalan dan melawat blog-blog artikel penulis lain yang juga berkualiti.

Kelaskan penulis kepada genre tulisan masing-masing. Contoh: jika saya nak terjun ke bidang novel, saya senang nak hubungi penulis novel PTS melalui blog mereka.


Syahrul
Persembahan Hebat dengan PowerPoint

...............

NOTA SIFU: Ini cadangan bagus. Saya akan berunding dengan pegawai web PTS dan cari jalan melakukan ini. Minta sabar, sebab portal PTS masih dibangunkan. Kerjanya amat kompleks. Tidak lama lagi seorang jurutera akan mula berkhidmat dengan PTS khusus bagi menjaga portal kita.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: