Siri KOMIK MALAYSIA PTS dan Strategi Brain-based Learning
Pada hari Rabu lalu Sifu pergi mendengar ucap utama oleh Prof. Dato' Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malam, yang disampaikan pada Konvensyen Pendidikan Kebangsaan 2008. Prof. Aminah adalah penulis PTS.
Antara isi kandungan ucapan beliau adalah tentang strategi belajar yang menggunakan kaedah brain-based learning.
Menurut beliau, di Malaysia hari ini ada 162 ribu pelajar sekolah yang tidak dapat membaca, menulis dan mengira!
Brain-based learning paling sesuai digunakan bagi mengajar budak-budak itu kerana manusia tetap dapat belajar walaupun mereka tidak dapat membaca dan menulis.
Sebagai penerbit, PTS dapat membantu budak-budak itu belajar dengan menerbitkan komik-komik yang berfungsi sebagai alat bantu mereka belajar.
Komik adalah alat bantu belajar yang baik kerana budak-budak itu cuma tidak dapat membaca huruf dan angka, tetapi mereka dapat membaca gambar dan lukisan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pertama kali saya dengar bahawa begitu ramai pelajar sekolah tidak boleh membaca saya memang tidak percaya. Tetapi setelah saudara-saudara saya menceritakan bahawa ada pelajar tingkatan 4 sekalipun yang masih merangkak untuk membaca barulah saya percaya.
Hairannya, kes itu berlaku di sebuah negeri yang dianggap maju dan kaya. Sekolah itu bukannya terletak di pedalaman tetapi di sebuah pekan di tepi lebuhraya.
“Tanjung Malam”
Salah ejaan.Harap Sifu betulkan.
Post a comment