Siri “Aku Mahu….”
![]()
Data jualan buku remaja PTS menunjukkan judul-judul yang lebih aktif keluar dari setor adalah terdiri daripada 2 jenis judul:
(1) Judul bersiri
Judul-judul yang ditulis bersiri-siri seperti siri "Penyiasat Ekstrovert", siri "Dear Yayah", siri "Sahabat Kole Kacang", siri "Sarah", siri "Adam" dan lain-lain siri.
(2) Pengarang yang sama
Judul indie, tetapi ditulis oleh pengarang yang sama, kerana nama pengarang itu sudah terkenal dan sudah mempunyai peminatnya sendiri, seperti novel-novel Puan Ida Rizyani Tahir dan Puan Ezee Rahmani.
Justeru, kita amat menggalakkan para penulis novel remaja mempunyai perancangan jangka panjang bagi menghasilkan karya bersiri.
Dua buku di atas adalah contoh siri "Aku Mahu...." oleh Puan Ain Maisarah. Beliau sedang menuliskan lebih banyak tema dalam siri ini.
Saudara perlu merancang sekurang-kurangnya 10 judul bagi setiap 1 siri, dan emelkan kertas rancangan saudara itu kepada editor PTS ONE supaya rancangan saudara itu dapat difikirkan oleh editor dan diberi feedback.
Sebagai contoh, saudara boleh cadangkan siri "Dahulu..."
a. "Dahulu Bodoh Sekarang Pandai..."
b. "Dahulu Malas..."
c. "Dahulu Jahat..."
d. "Dahulu Degil..."
e. "Dahulu Buruk..."
f. "Dahulu Corot..."
g. "Dahulu Kaya..."
Kemukakan cadangan siri saudara itu kepada editor. Tunggu diluluskan, baru ditulis.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment