Sifu Terima Nasihat
Sejak beberapa hari yang lalu, UNIKA banyak menyiarkan entri tentang pelbagai isu berkenaan rasuah yang melibatkan penerbit-penerbit "cap ayam" dan kontraktor buku dalam tender dan kontrak kerajaan.
Ada sahabat dan pembaca UNIKA yang berasa bimbang apabila membaca entri-entri itu. Mereka bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas bisnes PTS.
Salah seorang berpesan dengan bersungguh-sungguh. Katanya, pihak-pihak yang tidak suka apa yang Sifu tulis itu boleh menekan bank-bank PTS supaya menarik balik fasiliti yang diberikan kepada PTS. Ini biasa dilakukan kepada musuh-musuh politik orang politik. Tanpa dukungan bank, pasti PTS tersungkur, begitulah nasihat mereka kepada Sifu.
Terima kasih atas keprihatinan itu. Perkara ini sudah Sifu fikir masak-masak.
Sebagaimana ada pihak tidak suka membaca apa yang Sifu tulis itu, lebih banyak yang menyokong tulisan-tulisan itu. Maka, cukuplah Tuhan sebagai pelindung PTS....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu,
Teruskan entri-entri sebegini juga kerana ia amat membantu kepada golongan usahawan yang masih baru untuk memahami realiti perniagaan di Malaysia ini.
Sebab itu dalam entri sya mengucapkan terima kasih kerana menyiarkan entri begini.
Allah SWT adalah Maha Pelindung!!
Bila si pandai berani bersuara, si bodoh mula huru-hara.
Post a comment