Semakin Banyak Penerbit Malaysia Menerbitkan Novel Cinta Indonesia
Akhir-akhir ini, jumlah novel Indonesia yang diterbitkan semula di Kuala Lumpur semakin meningkat, walaupun belum terlalu banyak. Ia banyak dilakukan oleh penerbit yang baru muncul.
Trend penerbitan novel Indonesia di Malaysia ini banyak manfaatnya. Namun trend peningkatan jumlah judul Indonesia ini juga cenderung berfokus pada kategori novel cinta popular, manakala peningkatan judul bagi kategori lain tidak menunjukkan trend yang serupa.
PTS sendiri menerbitkan novel-novel Indonesia yang berciri Islami. Dalam strategi bisnes PTS, pasaran novel cinta Islami adalah Laut Biru yang sedang diterokai dengan tekun. Setiap bulan PTS menernitkan 2 judul novel cinta Islami.
Matlamat PTS adalah menjadikan brand PTS sebagai penerbit novel cinta Islami yang paling aktif dan komited mengembangkan sektor buku-buku syariah-compliant.
Pada waktu yang sama PTS juga menerbitkan kategori-kategori lain yang dilesen dari Indonesia.
Sememangnya sektor novel cinta adalah sektor yang besar, baik di mana-mana negara sekalipun. Dalam pasaran buku Melayu, sektor novel cinta sudah berkembang rancak, dan semakin rancak, dengan purata antara 25 - 30 judul baru diterbitkan setiap bulan.
Namun kategori-kategori lain perlu dikembangkan supaya masyakarat mendapat bekalan bahan bacaan yang memenuhi keperluan praktikal dan profesional mereka.
Meskipun jualan judul kategori bukan-cinta tidak sekeras novel cinta, tetapi pasaran itu ada dan saiznya cukup bagi membolehkan syarikat berkembang.
Selain judul novel cinta, pilihan judul-judul lain juga sangat banyak di Indonesia. Kita mengajak rakan-rakan penerbit supaya mengalihkan pandangan daripada setakat novel cinta kepada judul-judul lain juga.
Apatah lagi, maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh PTS menunjukkan jualan novel-novel cinta karya penulis tempatan adalah lebih tinggi daripada judul Indonesia versi Malaysia, kecuali bagi nama-nama besar seperti Andrea Hirata, Tuafiq Rahman dan Habiburrahman.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya ada membeli novel terjemahan Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha yang dikatakan sebagai novel cinta spiritualitas (saya kira diadaptasi dari kisah Nabi Yusuf). Tetapi saya tidak mahu kupas ceritanya. Cukup saya katakan, saya terasa kandungannya seperti memaksa-maksa pembaca mengkagumi watak utama di dalamnya.
Lebih utama, saya berasa marah kerana terlalu banyak kesalahan ejaan, tanda bacaan, tiada perenggan dan sebagainya. Saya jadi jengkel untuk menghabiskan novel itu. Sakit mata dan sakit hati membacanya. Saya belek untuk melihat nama editor, nama penerbit dan saya berasa kasihan.
Kenapalah begitu teruk ‘editing’nya?
Apakah kerana mereka memikirkan novel itu bestseller di Indonesia, maka mereka ‘edit’ sekadar melepaskan batuk di tangga, kerana yakin pembaca Malaysia akan membeli setelah melihat nama penulisnya yang agung.
Sudahnya, saya langsung tidak membaca novel itu sehingga habis. Rasa menyesal pun ada kerana membelinya.
Maaf, ini sekadar luahan ketidakpuasan hati saya (penulis roman picisan) tentang kualiti terjemahan novel itu.
Pengiriman novel
salam….saya berminat untuk menjadi seorang penulis dan ramai rakan-rakan saya menyuruh saya untuk menghantar karya saya….tapi,saya tidak tahu macam mana nak hantarkan karya saya tu
Post a comment