Sekeluarga ke UK dengan Wang Royalti Novel PTS
Sebelum ini puan ada mencadangkan kepada saya supaya duit hasil pembelian novel saya Hanya Tuhan Yang Tahu oleh PNM itu saya gunakan untuk membeli rumah. Saya hanya senyum sahaja ketika itu kerana saya ada perancangan lain.
Sekarang ini saya sedang bercuti selama dua minggu di UK bersama isteri dan tiga orang anak saya. Kami beli tiket ke sini dengan menggunakan duit royalti itu. Kami menaiki AirAsia ke London sebelum menaiki EasyJet.Com ke Glasgow. Abang ipar saya sedang membuat PhD di Universiti Sterling.
Kami ke sini untuk "shooting filem" untuk novel saya yang berikutnya. InsyaAllah doakanlah agar novel ini berjaya diterbitkan. Saya perlu ke sini untuk merasai pengalaman sebenar dan melihat sendiri keadaan di sini agar penulisan novel saya akan lebih hidup lagi, maklumlah saya tidak pernah pergi ke UK. Saya cuma seorang guru sahaja. Inilah caranya untuk saya menanam modal dalam pembikinan novel ini.
Terima kasih kepada PTS dan Puan kerana merealisasikan impian keluarga kami, doakan agar novel ini berjaya dihasilkan. Terima kasih.
A Razak Adam
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment