Friday, June 15, 2007

Segera! Tulis Emel kepada MKBK

Pegawai-pegawai Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK), Kementerian Pelajaran Malaysia, akan berbengkel selama 4 hari 4 malam di Pontian mulai Isnin.

Mereka berada di sana bersama-sama dengan wakil-wakil pelbagai sektor dalam industri buku bagi menyediakan perancangan 5 tahun pembangunan industri perbukuan negara ini.

Bagi saudara yang mempunyai sebarang idea, tulis emel terus kepada En. Arief Rahmad, setiausaha MABOPA. Beliau adalah wakil rasmi kita dalam bengkel itu.

Sifu sudah meminta beliau mencadangkan kepada MKBK supaya membawa pakar-pakar buku kanak-kanak dari luar negara dan mengadakan bengkel penulisan, editorial dan ilustrasi buku kanak-kanak, jadi kita semua dapat mengikuti bengkel itu.

Kita juga mencadangkan supaya dibuka sebuah Sekolah Penerbitan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Alahai Najib... Previous entry: Siapa Pembayar Royalti Paling Baik
Saifuddin  on  06/15  at  03:48 PM

Puan Ainon,

Saya ingin mencadangkan, tetapi saya tidak pasti samada ia relevan atau tidak. Setahu saya, negara-negara di Eropah atau Barat, mereka memberi subsidi kepada penerbit-penerbit buku, menyebabkan buku-buku di sana agak murah. Jika dilihat senario di negara kita, kebanyakan harga buku masih berada pada tahap agak mahal, kerana kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak penerbit. Apa pandangan Puan dalam hal ini?

samada (SALAH) = sama ada (BETUL)

Di Barat dan Amerika, buku-buku kegunaan pelajar sampai ke peringkat universiti semua diberi sudsidi ataupun pelepasan cukai kepada penerbitnya. Di Malaysia, hmm….
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: